Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Jumaat, 8 April 2011

Armada LL4G Ke-2 Meminta Perlindungan Masyarakat Antarabangsa Selepas Rejim Zionis Mengancam Untuk Menyerang Kapal LL4G Ke-2


Jumaat , 08/04/2011 - Ketua armada LL4G ke-2 menyeru campur tangan dunia selepas para pegawai Rejim zionis mengancam bahawa tentera akan menyerang konvoi ke-2 ini sekiranya ia meneruskan pelayarannya untuk menembusi sekatan rejim zionis yang dikuatkuasakan terhadap wilayah Gaza. Permintaan ini muncul selepas dokumen rahsia milik rejim zionis mendedahkan bahawa serangan terhadap armada LL4G pertama sebenarnya dirancang dengan teliti oleh rejim zionis.

Angkatan tentera laut rejim zionis yang menyerang operasi armada LL4G pertama pada akhir bulan Mei tahun lalu telah mengorbankan sembilan aktivis warga Turki dan menyebabkan ramai aktivis lain mengalami kecederaan.

“Apa yang diterbitkan dalam surat khabar Israel yang mengatakan bahawa tentera zionis bersedia untuk menyerang Armada Kebebasan 2 dan menguasai semua kapal dengan menggunakan kapal perang lengkap dengan peluru berpandu dan pengakuan sebelumnya bahawa zionis merancang pencerobohan sebelum ini boleh menyebabkan akibat yang serius.“ kata Mazen Kaheel, ahli Eropah yang terlibat dalam kempen tersebut kepada akhbar.

Dalam perkembangan berasingan, wartawan Israel telah membocorkan dokumen “rahsia” yang mengandungi maklumat bahawa serangan terhadap armada LL4G yang pertama dirancang dan rampasan kapal-kapal tersebut adalah sebahagian daripada senario rasmi yang digunakan rejim zionis untuk melakukan operasi.

Menurut dokumen tersebut, Jeneral Yoav Galant, komander selatan rejim zionis telah memberi amaran setahun sebelum kedatangan kapal-kapal LL4G pertama bahawa operasi berkenaan mempunyai kesan yang serius terhadap negara haram Israel.

Galant memberi amaran bahawa nyawa tentera rejim zionis akan terancam sekiranya operasi ala komando mereka keatas kapal LL4G pertama tidak dilakukan dan mereka tidak mempunyai pilihan lain selain melepaskan tembakan dan membunuh para aktivis yang mengikuti misi LL4G yang pertama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan