Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Isnin, 11 April 2011

Hizbullah Mampu Menyerang Dan Mengalahkan Negara Haram Israel


12/04/2011, Lubnan -: Pejuang Hizbullah mampu menyerang Tel Aviv kerana memiliki lebih daripada 20,000 peluru berpandu. Ini berikutan daripada pendedahan terbaru laman web pembocor rahsia, WikiLeaks, yang diasaskan oleh Julian Assange, kepada media.

Perkara itu didedahkan di dalam mesyuarat Kumpulan Kerjasama Tentera dan Politik pada November 2009 oleh pegawai risikan Israel kepada rakan sekutu Amerika Syarikat. “Pasukan Hizbullah bersedia untuk menghadapi konflik berpanjangan dengan Israel dan dapat melancarkan serangan peluru roket secara besar besaran keatas Israel setiap hari, antara 400 hingga 600 roket dan peluru berpandu setiap hari, 100 daripadanya disasarkan ke Tel Aviv,” kata mereka.

Kabel diplomatik itu turut mendedahkan hubungan Israel dengan musuh dan rakannya di rantau ini. Salah satu daripada pendedahannya ialah hubungan yang begitu akrab diantara Raja Bahrain dengan anggota Mossad. Kabel itu juga mendedahkan pertemuan antara Raja Hamad dengan Duta Amerika, Monore di mana pemerintah itu mendedahkan:

“Bahrain sudah hubungi Israel pada peringkat risikan dan keselamatan serta bersedia berunding mengenai kemajuan aspek lain.”

Menurut kabel itu juga, Raja Hamad turut menggalakkan pegawai rasmi Bahrain supaya tidak merujuk negara Yahudi itu dengan panggilan ‘entiti Zionis’ atau ‘musuh.’ Pendedahan lain kabel berkenaan pada tahun 2007 turut menyatakan bahawa pentadbiran Bashar al-Assad (syria) tidak mampu bertahan lama jika ada konflik ketenteraan serius dengan Israel.

Bekas ketua Mossad, Mossad Meir Dagan percaya pemerintah Arab tidak akan bersatu khususnya negara Mesir, Jordan, Syria dan Lubnan. Beberapa dokumen yang bocor itu turut mendedahkan pertemuan sulit pegawai rasmi Amerika dengan ketua Shin Bet yang bersara, Yuval Diskin pada November 2009.

Menurut Diskin, Hamas harus cukup kuat untuk melaksanakan gencatan senjata dan mengelak daripada melakukan serangan roket dan mortar ke arah Israel. Diskin menambah, kekuatan Hamas adalah untuk tempoh jangka pendek dan keutamaan zionis ialah menghalang Hamas daripada memperkukuhkan kuasanya di Gaza.

Diskin turut mengkritik warga Israel keturunan Arab menerusi kabel berkenaan pada bulan Mei 2008 dengan menyatakan bahawa mereka keterlaluan dalam menuntut hak dan berpendapat yang kebanyakan warga Israel berketurunan Arablah yang mencetuskan banyak masalah kerana mereka paling banyak diberi permit untuk masuk semula ke Israel untuk bersatu semula dengan keluarga.

Diskin berkata Israel bodoh kerana membenarkan puak Badwi mengambil isteri mereka dari Gaza dan masuk semula ke Israel. Di sebalik kritikannya, Diskin turut memberitahu kebanyakan penduduk Arab setia kepada Israel sepanjang tempoh 60 tahun ini termasuk semasa perang 1967 dan 1973 serta ketika keganasan berterusan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan