Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Rabu, 6 April 2011

Jet Pejuang Rejim Zionis Mengebom Pelabuhan Di Negara Sudan


7 April 2011 - Kerajaan Sudan semalam, 6/4/2011, menuduh Rejim Israel dengan sengaja melancarkan serangan udara yang mensasarkan sebuah kereta pada hari Selasa malam di Timur Bandar Port Sudan di sepanjang Laut Merah yang menyebabkan kematian 2 orang warganya. Menteri Luar Negeri Sudan di Khartoum, Ahmed Ali Karti berkata: "Kami mempunyai bukti yang menunjukkan bahawa serangan itu dilancarkan oleh Rejim Israel dan kami yakin serangan itu daripadanya tetapi kami tidak tahu kenapa serangan itu dilakukan." Menjawab siapakan identiti mangsa, beliau menjawab bahawa identiti mangsa masih belum dikenalpasti tetapi yang sudah pasti ianya adalah warga Sudan yang baru sahaja kembali daripada lapangan terbang.

Manakala akhbar Israel, Yediot Ahronot melaporkan bahawa tentera Israel melancarkan serangan terhadap Sudan, dalam tajuk utamanya. Sebelum ini jet pejuang Israel telah mengebom sebuah konvoi kapal yang didakwanya sebagai penyeludup senjata di Port Sudan pada bulan Januari 2009 menyebabkan kematian sebanyak 119 orang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan