Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Sabtu, 9 April 2011

Memperingati Tragedi Deir Yassin 9 April 1948


sekitar jam 4.30 pagi pada hari Jumaat 9 April 1948, sekumpulan pengganas zionis Haganah telah membariskan 33 orang palestin yang ingin menghadiri sebuah majlis perkahwinan disepanjang tembok bangunan. Kesemua mangsa yang syahid termasuk pasangan pengantin tersebut. Mereka kemudiannya ditembak tanpa belas kasihan oleh kumpulan zionis berkenaan.


Tarikh 9 April 1948 akan sentiasa terpahat dihati setiap rakyat Palestin sebagai tragedi pilu yang masih dirasai sehingga kini. Meskipun tragedi dahsyat itu sudah berlalu hampir 63 tahun yang lalu, ia tetap menghantui rakyat Palestin dan sesiapa sahaja yang masih mempunyai rasa kemanusiaan tanpa mengira bangsa dan agama.


Pada pagi hari sekitar jam 4.30 pagi pada hari Jumaat 9 April 1948, kumpulan pengganas zionis Haganah telah membariskan 33 orang yang ingin menghadiri majlis perkahwinan di sepanjang tembok bangunan. Kesemua mereka termasuk pasangan pengantin berkenaan kemudiannya telah ditembak tanpa belas kasihan. Hanya seorang kanak-kanak yang berumur 12 tahun ketika itu yang terselamat di dalam peristiwa berkenaan telah menceritakan pengalaman ngeri yang disaksikan dengan mata kepalanya sendiri. Beliau terselamat ketika itu kerana dilindungi oleh mayat-mayat ahli keluarganya. Beliau telah melihat sendiri bagaimana adik perempuannya yang ketika itu berusia 4 tahun bersepai kepalanya ditembak oleh pengganas-pengganas tersebut.

Itulah dia tragedi Deir Yassin yang akan kekal ditulis dengan tinta darah. Peristiwa yang amat dahsyat ini dilakukan oleh sekelompok manusia yang mendakwa mereka diseksa dengan kejam oleh Nazi di kem-kem Auswitch, Bergen-Belsen dan Dachau. Ternyata kezaliman dan tindakan yang tidak akan dilakukan oleh haiwan sekalipun membuktikan bahawa pendukong zionis hanya berselindung disebalik penderitaan mereka untuk melakukan perbuatan yang jauh lebih keji dari apa yang mereka alami. Peristiwa Deir Yassin menyaksikan bagaimana tahap kemanusiaan sudah jatuh ke tahap yang amat keji sehingga tidak mungkin dapat dibayangkan oleh sesiapa yang masih waras akal fikirannya.

Cukuplah apa yang didedahkan oleh beberapa orang yang terselamat kerana terlindung di sebalik tumpukan mayat dan timbunan batu dan kayu yang menyaksikan sendiri bagaimana wanita-wanita Palestin seramai 25 orang yang hamil ketika itu telah dirodok perut mereka dan dikeluarkan janinnya. Semua ke 25 orang ibu yang mengandung itu dipaksa melihat bagaimana bayi yang mereka kandung dikerat sebelum menghembuskan nafas mereka yang terakhir. Kanak-kanak pula dipancung dihadapan ibubapa mereka. Seramai 52 orang kanak-kanak telah dibunuh dengan kejam. Ternyata perbuatan amat biadap ini sengaja dirancang untuk menimbulkan ketakutan yang mencengkam di sanubari rakyat Palestin supaya mereka segera meninggalkan tanah air mereka demi keselamatan diri dan keluarga.

Siri-siri pembunuhan beramai-ramai ini telah berlaku di banyak tempat sebelum Deir Yassin, namun sebagai umat yang bermaruah, rakyat Palestin sama sekali tidak akan menyerah kalah. Mereka tetap bertahan dan mempertahankan kampung halaman mereka meskipun mereka terpaksa berhadapan dengan kumpulan pengganas Zionis yang disokong oleh Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), British dan negera-negara Eropah yang lain. Bantuan kewangan dan senjata terus dinikmati oleh tiga kumpulan pengganas yahudi seperti Irgun, Haganah dan Stern Gang. Menjelang November 1974 apabila pelan pemisahan (partition plan) dilaksanakan oleh PBB melalui resolusi 181, pengganas-pengganas yahudi ketika itu sudah memiliki 16,000 senjata api ringan, 1000 mesin gun dan 750 mortar. Dengan pelbagai senjata ini mereka boleh menceroboh kampung halaman rakyat Palestin di Qilqiya, Nablus, Akka, Tulkarem, Beersheba, Baisan, Haifa dan Yaffa bila-bila masa sahaja.

Tindakan biadap kumpulan Haganah disempurnakan oleh yahudi Irgun yang dipimpin oleh Menachem Begin. Dia bersama rakan-rakan remajanya lelaki dan perempuan telah melakukan "Operasi Pembersihan" ke atas Deir Yassin. Para doktor dari Persatuan Palang Merah yang telah menyaksikan bagaimana para remaja ini memastikan tidak ada yang hidup dengan membunuh sesiapa sahaja yang masih bergerak dengan sub mesingun, bayonet dan pisau. Cara pembunuhan mereka tidak pernah dilakukan di dalam sejarah perang iaitu dengan menghiris mangsa dari hujung kepala hingga ke hujung kaki dan membiarkan mereka mati dengan penuh seksa.

Menachem Begin kemudiannya telah diangkat menjadi PM Israel dan dijulang sebagai pejuang kemanan dunia dan dianugerahkan hadial nobel untuk keamanan. Anugerah berprestij ini juga telah dikongsi bersama dengan Anwar Sadat hasil daripada perjanjian damai Camp David pada tahun 1978 di antara Mesir dan negara haram Israel. Satu perjanjian yang menyaksikan Anwar Sadat dihina diseluruh dunia dengan mengiktiraf Israel dan ditempelak oleh Menachem Begin dengan ucapan biadapnya "Selamat dating ke Jerusalem, ibu Negara abadi Israel". Perjanjian inilah yang telah menggadaikan maruah umat Islam dan rakyat Mesir. Mesir yang sebelum itu merupakan satu-satunya negara arab yang mempunyai kekuatan yang setanding dengan Israel telah bertukar menjadi kambing biri-biri. Sejak tahun 1978 sehingga tumbangnya diktator Hosni Mubarak pada bulan Februari 2011, Mesir telah diberikan kepercayaan penuh oleh Amerika Syarikat untuk memastikan keselamatan Israel sentiasa dipelihara.

Tragedi Deir Yassin adalah simbol berdirinya negara haram Israel diatas darah rakyat Palestin yang tumpah membasahi bumi. Menachem Begin di dalam bukunya yang bertajuk "The Revolt’ dengan bangganya mengatakan "tanpa apa yang dilakukan di Deir Yassin maka tidak akan wujudlah negara Israel". Dia menambah lagi "ketika yahudi Haganah menjalankan beberapa operasi yang berjaya di medan-medan lain…orang-orang Arab telah lari menyelamatkan diri mereka dengan begitu panik sambil menjerit ketakutan "Deir Yassin!"

Menachem Begin dan semua pemimpin Israel telah dijulang sebagai negarawan dan pejuang keamanan dunia seperti Arial Sharon dan Shemon Peres adalah remaja-remaja bersenjata yang telah membunuh rakyat palestin tanpa sedikit pun berasa bersalah. Kejadian pembunuhan beramai-ramai di Sabra dan Shatila pada tahun 1982 yang menyaksikan lebih 3,000 rakyat Palestin dibunuh dengan kejam oleh Arial Sharon adalah bukti jelas bahawa "modus operandi’" mereka tidak akan berubah. Inilah pendekatan yang masih digunakan oleh Israel di Gaza, Nablus, Ramallah, Jenin, Baitulmaqdis dan al-Khalil bagi mengekalkan pendudukan, pengepungan dan penghinaan keatas Masjidil Aqsa. Bagi mereka nyawa rakyat Palestin tidak punya harga dan mereka akan hapuskan seramai mana rakyat palestin bagi memastikan negara haram Israel terus kekal wujud.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan