Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Jumaat, 29 April 2011

Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin: Buka Pintu Sempadan Rafah Selama-Lamanya


30 April 2011 - Mursidul Am Ikhwanul Muslimin di Mesir, Dr Mohammed Badi meminta junta tentera Mesir agar dapat membuka sempadan Rafah secara kekal untuk warga Palestin di Semenanjung Gaza serta membina kawasan perdagangan bebas di daerah Rafah, Mesir.

Dr Mohammed Badi menyambut baik perjanjian perdamaian yang telah ditandatangani minggu ini di Kaherah antara parti Fatah-Hamas yang ditaja negara Mesir sambil mengucapkan jutaan terima kasih kepada Majlis tentera dan kerajaan Mesir dalam mengembalikan peranan Mesir mencapai perdamaian di Palestin.

Beliau meminta kerajaan Mesir meletakkan perhatian ke dimensi yang lebih luas ke seluruh negara Afrika khususnya negara-negara di perairan Nil yang sememangnya memerlukan perhatian jiran mereka sendiri dari segi kemanusiaan serta menyeru Al-Azhar dan Gereja Mesir menyokong kedudukan Mesir ke atas Afrika.

Bangsa Arab terutamnya di Mesir sejarahnya terkenal dengan penguasa berkemanusiaan dan inilah masanya untuk memperbaiki kesilapan lalu serta menyeru kerajaan memperbaiki hubungan negara di seluruh dunia atas atas dasar persamaan dan perkongsian dalam kepentingan Mesir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan