Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Isnin, 4 April 2011

Netanyahu Meminta PBB Menghalang Misi LL4G-2


4 April 2011 - PM Zionis laknatullah, Benjamin Netanyahu telah meminta Setiausaha Agung PBB, Ban Ki Moon mencegah kedatangan konvoi "Armada Kebebasan Gaza II" ke Semenanjung Gaza.

Menurut akhbar "Yediot Aharonot", Netanyahu dilaporkan telah bercakap melalui telefon dengan Setiausaha Agung PBB, Ban Ki Moon pada hari Jumaat yang lalu bertarikh 1 April 2011. Netanyahu telah meminta bantuannya untuk mencegah sebarang misi "Armada Kebebasan Gaza" yang dijadualkan akan berlepas ke Gaza akhir bulan depan. Konvoi berkenaan melibatkan sejumlah besar aktivis keamanan serta sejumlah besar kapal.

Armada II ini dilihat sebagai memperingati ulang tahun pertama pencerobohan kapal Mavi Marmara milik kerajaan Turki yang menyaksikan pembunuhan kejam zionis terhadap 9 aktivisnya dan puluhan yang lain cedera. "Netanyahu menganggap sekarang ini Semenanjung Gaza terbuka untuk kemasukan sebarang bantuan dan tidak ada alasan untuk membenarkan armada bantuan lain mengeksploitasi keadaan yang "tenang" sekarang ini", demikian ulasan akhbar tersebut.

Antara alasan Netanyahu tidak membenarkan armada tersebut adalah kerana khuatir penggunaan kapal untuk menyeludup senjata ke Gaza dan meminta masyarakat dunia terutamanya PBB bergerak segera menghalang aramda tersebut dari sampai ke Gaza.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan