Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Isnin, 11 April 2011

Pemberontak Libya Beri Syarat Gencatan Senjata Dengan Diktator Muammar Gaddafi


12/14/2011, BENGHAZI-: Pemberontak Libya berkata semua tentera yang setia dengan Diktator Muammar Gaddafi perlu berundur dan menghentikan serangan serta merta dan rakyat mestilah diberi hak kebebasan bersuara sebelum sebarang perjanjian gencatan senjata dimeterai.

“Rakyat mesti dibenarkan mengadakan perhimpunan untuk menyuarakan pandangan mereka dan semua askar mesti kembali ke berek masing-masing. Jika rakyat dibenarkan keluar menunjuk perasaan di Tripoli, gencatan senjata boleh dimeterai. Saya membayangkan seluruh Libya dibebaskan dalam beberapa ketika.” kata jurucakap kumpulan pemberontak Majlis Peralihan Kebangsaan, Shamsiddin Abdulmolah.

Beliau juga mendesak kerajaan Diktator Muammar gaddafi membebaskan beratus-ratus orang hilang yang dipercayai mereka semua itu telah ditahan oleh tentera Gaddafi, sejak pemberontakan bermula.

Shamsiddin Abdulmolah juga menyatakan keraguannya adakah Diktator Muammar Gaddafi akan memenuhi tuntutan mereka. “Seluruh dunia sudah menyaksikan bagaimana tawaran gencatan senjata sebelum ini berkuatkuasa dalam tempoh 15 minit sahaja dimana tentera pro Diktator Muammar Gaddafi telah melancarkan serangan semula selepas itu,” katanya.

Pemberontak sebelum itu berkata, mereka bersedia mengadakan rundingan peralihan sistem politik kearah demokrasi dengan beberapa tokoh kanan rejim Diktator Muammar Gaddafi tetapi dengan syarat beliau dan anaknya mestilah meninggalkan negara itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan