Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Khamis, 28 April 2011

Rejim Zionis Marah Apabila Hamas Dan Fatah Berdamai Dan Bakal Membentuk Kerajaan Perpaduan


29/04/2011 - RAMALLAH: Pemimpin Fatah dan Hamas telah membuat satu kejutan apabila mencapai persetujuan semalam untuk berdamai seterusnya membentuk kerajaan perpaduan sementara dan berikrar mengadakan pilihan raya dalam tempoh setahun lagi. Langkah tersebut telah dikecam oleh rejim zionis dan melihatnya sebagai "melangkah ke garisan merah."

Perjanjian antara perunding Fatah dan Hamas itu dicapai di Kaherah semalam selepas rundingan berkenaan berlangsung selama 18 bulan. Ia mendapat pujian PM Palestin, Salam Fayyad yang berharap ianya dapat menjadi asas untuk segera mewujudkan pentadbiran perpaduan.

Iran turut menyatakan pujian dan percaya ia dapat mempercepatkan perkembangan di Palestin dan mencapai kemenangan besar ke atas rejim zionis. Dua pergerakan Palestin itu telah bermusuh sejak awal tahun 1990-an lagi.

Rejim zionis pula memberi reaksi marah dengan Menteri Luar Luar, Avigdor Lieberman dan Menteri Pertahanan, Ehud Barak memberi amaran bahawa rejim zionis di Tel Aviv tidak akan menerima kerajaan Hamas.

“Perjanjian itu dilihat sebagai satu langkah melepasi garisan merah,” kata Avigdor Lieberman kepada radio tentera Israel sambil memberi amaran bahawa rejim zionis akan mengambil tindakan balas manakala Ehud Barak berkata tentera Yahudi akan bersikap kuku besi untuk menangani sebarang ancaman dan berikar tidak akan berunding dengan pihak Hamas.’

PM zionis laknatullah, Benjamin Netanyahu pula menuntut pemimpin Fatah, Mahmoud Abbas memilih antara perdamaian dengan zionis atau berdamai dengan Hamas. "Persetujuan berkenaan telah menetapkan dua pihak berkenaan akan bekerjasama membentuk kerajaan perpaduan sehingga pilihan raya tempatan diadakan." kata ketua perunding Fatah, Azzam al-Ahmad. Wakil Hamas dan Fatah akan pulang ke Kaherah minggu depan bagi menandatangani dokumen yang turut menetapkan syarat pembebasan tahanan politik dua parti berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan