Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Selasa, 31 Mei 2011

Iklan Jawatan Kosong

TEMUDUGA JAWATAN INI TERBUKA KEPADA SEMUA YANG BERGELAR MAKHLUK ALLAH

KEHADIRAN:

SEMUA DIWAJIBKAN HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

Message:

Jawatan ini khas kepada sesiapa yang berminat menjadi calon jenazah!!!

KEKOSONGAN JAWATAN:

(A) Ahli Syurga Dari Awal
(b) Ahli Neraka Dari awal
(C) Ahli Neraka Sementara, Kemudian Dilantik Menjadi Ahli Syurga

GANJARAN KHAS (khas buat jawatan A sahaja):

1. Nikmat Kubur
2. Perlindungan Di Padang Mahsyar
3. Keselamatan Ketika Meniti Titian Sirat
4. Ganjaran Syurga

TARIKH TEMUDUGA JAWATAN:

Bila-bila masa bermula dari saat membaca iklan ini

LOKASI TEMUDUGA JAWATAN:

Alam Barzakh (alam kubur)

KELAYAKAN:

Sila bawa dokumen asal: Iman, amalan anda dan sedekah jariah

PENEMUDUGA:

Mungkar Dan Nakir

SOALAN YANG DITANYA KETIKA DITEMUDUGA:

1) Siapa Tuhan Anda???
2) Siapa Nabi Anda???
3) Apa Agama Anda???
4) Apa Kitab Anda???
5) Dimana Kiblat Anda???
6) Siapa Saudara Anda???



CARA MEMOHON:

anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber datang menjemput anda... Penjemput berkenaan cuma berlembut pada orang yang tertentu dan bengis pada orang yang tertentu.

Nama Penjemput:

Izrail

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat anda.

Semoga anda berjaya dalam temuduga jawatan ini.

Isnin, 30 Mei 2011

Armada LL4G Ke-2 Jerman Mula Bersiap Sedia Untuk Bergerak Pertengahan Jun Depan

31 Mei 2011 - Kempen memecahkan kepungan terhadap Gaza akan terus giat dilakukan walaupun sempadan Rafah telah dibuka. Masyarakat dunia tidak akan berdiam diri selagi Israel terus angkuh dengan sikapnya. Kempen ini memperlihatkan kapal pertama "Armada Kebebasan II" dari Eropah yang berpusat di Brussels akan belayar ke Gaza pada 20 Jun 2011. Ianya kemudiannya akan diikuti oleh kapal lain dari 11 buah negara Eropah yang lain.

Jurucakap jawatankuasa kempen bagi kawasan Eropah tersebut, Anwar Arabi berkata, penyertaan kali ini adalah yang terbesar dimana kapal pertamanya "Freedom II" adalah sebuah kapal milik Jerman yang kini berada di Switzerland dan akan bergerak pada 20 Jun 2011 dari pelabuhan Hamburg di Sungai Elbe menuju ke Laut Utara dan akan bergabung dengan baki armada kapal LL4G ke-2 yang lain. Keistimewaan kapal tersebut adalah ia terdiri daripada 40 orang Switzerland dalam pelbagai bidang termasuk ahli politik, wartawan, ahli undang-undang dan termasuk 10 aktivis sukarelawan Jerman dalam rangka memecahkan kepungan yang tidak adil ke atas Semenanjung Gaza untuk tahun ke-5 berturut-turut.

Dalam masa yang sama, kerajaan Kanada mengeluarkan kenyataan menegah warganegaranya terlibat dalam konvoi LL4G ke-2 ini amat dikesali apatah lagi kenyataan tersebut disokong oleh Setiausaha Agung Pertubuhan PBB, Ban Ki-Moon yang memberi amaran keras kepada mana-mana warganegara yang terlibat agar menghentikan konvoi LL4G ke-2 dari dilaksanakan.

Emas Dan Perak


Rasulullah s.a.w. bersabda: "Akan tiba suatu zaman dimana tiada apa yang bernilai dan berguna ketika itu. Maka simpanlah dinar (emas) dan dirham (perak) untuk digunakan."

- Musnad Imam Ahmad b Hambal -

Sabtu, 28 Mei 2011

Perlantikan Pengerusi Baru Aqsa Syarif



Assalamualaikum

Dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Pusat IKRAM Malaysia telah memperakui keputusan yang dibuat oleh Lembaga Pemegang Amanah Aqsa Syarif pada 17 Mei 2011, untuk melantik Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor (gambar) sebagai Pengerusi Aqsa Syarif yang baru.

Sehubungan dengan ini, Aqsa Syarif mengucapkan Jazakallahu Khairan Kathira kepada Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus di atas sumbangan beliau yang cemerlang sebagai Pengerusi Pengasas dalam melonjakkan kewibawaan Aqsa Syarif di Malaysia dan peringkat antarabangsa, Alhamdulillah. Sama-sama kita mendoakan agar Aqsa Syarif akan terus cemerlang di bawah kepemimpinan Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor, Insya-Allah.

Sekian.

(DR MOHD TAHIR ABDUL RAHMAN)
Setiausaha,
Lembaga Pemegang Amanah
Aqsa Syarif Berhad

Rabu, 25 Mei 2011

Games Yang Menghina Agama Islam

Assalamualaikum... Saya ingin berkongsi dengan anda semua beberapa games computer yang menghina agama Islam dan Allah... Antara games-games tersebut ialah:

1) Counter Strike Condition Zero Deleted Scenes

Di dalam games ini kita mesti menembak askar-askar yang beragama Islam. Kalau kita sedar, semasa kita menembak askar tersebut, kita boleh dengar askar yang terkena tembakan menjerit "ALLAHUAKBAR" dan "JIHAD".

2) Stronghold Crusader

Permainan Perang Salib. Pemain games ini akan memainkan watak sebagai Crusader dan menentang musuhnya iaitu adalah orang Arab. Ketika perang Salib diantara tentera kristian menentang tentera Islam pimpinan Salahuddin Al-Ayyubi, orang Arab ketika itu semestinya adalah orang Islam.

3) Guitar Hero 3 Legends Of Rock

Tidak cukup dengan karikatur dan filem pendek "Fitna" yang menghina kesucian Islam, datang pula games komputer yang menghina kalimah Allah. Kali ini games "Guitar Hero 3" telah menghina kalimah "Allah". Guitar Hero 3 adalah permainan komputer yang memainkan lagu-lagu rock klasik.

Games ini menjadikan perkataan "Allah" sebagai hiasan lantai

Lihatlah bagaimana kalimah Allah ini telah dijadikan corak lantai dan kemudian dipijak-pijak oleh makhluk yang berupa “syaitan” bermain gitar. Sungguh biadap games ini. Games ini dibangunkan oleh syarikat Neversoft dan dikeluarkan oleh Activision dan Red Octane. Neversoft adalah sebuah syarikat pembangunan video game yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Dimiliki oleh Joel Jewett (berasal dari Montana, Amerika) bersama dengan Chris Ward dan Mick West. Chris dan Mick kedua-duanya berasal dari Yorkshire, England.

Gambar perkataan Allah dipijak-pijak

Jika kita tidak teliti gambar diatas, kita tidak akan menyedari terdapat kalimah Allah SWT di dalam games ini. Sungguh halus permainan golongan Yahudi dan Nasrani untuk menyesatkan dan mempermainkan orang Islam. Kita perlu sentiasa waspada sebelum membeli mana-mana permainan komputer.

4) Resident Evil 4


Resident Evil 4 merupakan sebuah games yang berkisarkan mengenai bahayanya biologi iaitu virus dan zombie. Ringkasnya, misi games ini adalah untuk menyelamatkan anak presiden Amerika yang diculik oleh satu kumpulan yang bernama "Los Illuminados". Los Illuminados bermaksud “The Illuminated!”

Gambar berikutnya adalah lambang illuminiti pada game tersebut.

Simbol Illuminiti yang terdapat di dalam games ini

Zoom pada pintu tersebut

Perasan tak apa yang tidak kena dengan gambar di atas? Kalau nak tahu itulah pintu Umar Al-Khattab yang terdapat di Masjid Nabawi, Madinah Al-Munawwarah. Macam mana boleh ada di dalam game ni?

Pintu Umar Al-Khattab yang terdapat di Masjid Nabawi,
Madinah Al-Munawwarah

Apa yang lebih teruk lagi ialah pintu tersebut telah di Illuminitikan. Sila lihat gambar di bawah ini.

Perbezaan pintu dalam games dengan pintu yang realiti punya

Selepas meletakkan logo Illuminiti games tersebut

Diharap semua umat Islam dapat menjauhkan diri daripada bermain permainan video ini dan permainan video-video yang lainnya kerana ianya boleh melekakan umat Islam. Ternyata musuh Islam memerangi umat Islam dari segenap sudut.

Selasa, 24 Mei 2011

Wordpress Yang Menghina Allah, Nabi Muhammad Dan Agama Islam

Assalamualaikum...
Di sini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai 1 wordpress yang menghina Allah, Nabi Muhammad s.a.w. dan agama Islam... Tajuk wordpress yang menghina Allah, Nabi Muhammad s.a.w. dan agama Islam ialah "Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara".

Alamat wordpress yang menghina Allah, Nabi Muhammad s.a.w. dan agama Islam ialah: http://makcikhajjahsittalwuzara2u.wordpress.com (page ini sudah tidak boleh di access)

Berikut adalah kenyataan yang menghina Allah, Nabi Muhammad s.a.w. dan agama Islam yang terdapat di dalam wordpress berkenaan:





3 Simbol Tangan Ahli Freemason Dan Maksudnya


Maksud Simbol Tangan Ini Ialah: "Merujuk Kepada Baphomet (Tuhan yang Berbentuk Kambing Yang Dipuja Oleh Golongan pengamal Ajaran Syaitan"


Maksud Simbol Tangan Ini Ialah: "Simbol Alat Kelamin Wanita, Sembahan 3 Tuhan Iaitu Iblis, Dewa Babylon & Antichrist (Dajjal) Dan The Divine King/Antichrist"


Maksud Simbol Tangan Ini: "I LOVE YOU SYAITAN"


- Kepada yang beragama Islam, Anda dilarang sama sekali membuat simbol tangan seperti diatas...

Isnin, 23 Mei 2011

Fatah Cuba Membelot Dan Memusnahkan Perjanjian Damai Kumpulan Pejuang Palestin


24 Mei 2011 - MP Hamas, Hamed Al-Betawi berkata penangkapan politik di kawasan Tebing Barat semakin meningkat setelah berlakunya perjanjian damai Hamas-Fatah pada awal bulan ini di Kaherah menunjukkan Fatah sebenarnya mempunyai agenda tersendiri di sebalik perjanjian damai itu. "Kami mengharapkan tahanan politik di penjara FATAH akan dibebaskan setelah berlakunya damai tetapi berlaku pula perkara sebaliknya bahkan berlaku peningkatan penangkapan secara mendadak bagi mereka yang bergabung dengan gerakan Islam", katanya lagi.

Beliau menambah lagi bahawa operasi penyelarasan keselamatan antara Israel dan PA tidak akan berhenti, perjanjian yang ditandatangani di Kaherah, Mesir tidak diendahkan langsung oleh para pemimpin badan keselamatan di Tebing Barat. "Kami akan hentikan perjanjian dengan kekuatan", demikian ungkapan yang keluar dari mulut pemimpian pihak keselamatan di Tebing Barat sebagai kenyataan bahawa mereka tidak akan mengiktiraf perjanjian damai Hamas-Fatah, bahkan mengutuk perjanjian tersebut.

Ahad, 22 Mei 2011

Presiden Yaman Berbohong Dan Enggan Menyerah Kuasa

Ribuan Rakyat Yaman Protes, Tuntut Presiden Ali Abdullah Salleh Letak Jawatan

SANAA - Diplomat Barat dan negara-negara Teluk gagal memujuk Presiden Yemen, Ali Abdullah Saleh menandatangani perjanjian untuk menyerahkan kuasa hari ini (22/05/2011). “Ia (usaha memujuk Ali serah kuasa) gagal,” kata salah seorang daripada diplomat Barat manakala diplomat-diplomat dari negara Teluk pula berkata, Majlis Kerjasama Teluk yang terdiri daripada negara-negara jiran Yaman yang merupakan negara pengekport minyak mungkin menarik diri daripada menjadi pendamai ekoran keengganan Presiden Ali Abdullah Salleh melepaskan jawatannya.

Sebelum ini, Presiden Ali Abdullah Salleh dilaporkan akan menandatangani perjanjian penyerahan kuasa hari ini (22/05/2011) setelah dua kali beliau mengubah keputusan itu. Sementara itu, ratusan penyokong setia Presiden Ali Abdullah Salleh menghalang jalan raya sebagai tanda protes sebaik sahaja mengetahui berita perjanjian penyerahan kuasa itu dengan melonggokkan batu-batu sebagai penghadang manakala di kota Sanaa pula beribu-ribu rakyat yang menentang Presiden Ali Abdullah Salleh meneruskan protes mereka.

Kempen Konvoi Memperingati Peristiwa Nakbah Di Astro Awani

Rabu, 18 Mei 2011

Aqsa Syarif Hantar Surat Bantahan Kepada Akhbar Kosmo

Keratan akhbar KOSMO 14 Mei 2011 tentang Konvoi Pembebasan Palestin 2011 yang akan diadakan pada 21 Mei 2011. Penggunaan perkataan PELESIT adalah
bukan dari Aqsa Syarif.

Tarikh : 16 Mei 2011

En. Baharom Mahusin
Pengarang KOSMO !
46M, Jalan Lima,
Off Jalan Chan Sow Lin,
55200 Kuala Lumpur

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Tuan,

BANTAHAN PENGGUNAAN LARAS BAHASA DAN PEMBETULAN MAKLUMAT DALAM PENYIARAN BERITA KOSMO PADA 14 MEI 2011

Merujuk kepada naskhah akhbar Kosmo! pada Sabtu 14 Mei 2011, yang menyiarkan berita bertajuk: "Pelawa Pelesit Rempit Sertai Konvoi Nakhbah", Aqsa Syarif Berhad (Aqsa Syarif) memohon perhatian pihak tuan.

Aqsa Syarif percaya bahawa berita tersebut didasarkan kepada sidang media dan hebahan yang diadakan di Hotel Singgahsana Petaling Jaya pada 13 Mei 2011 yang lalu, mengenai satu program besar-besaran anjuran Aqsa Syarif iaitu ‘Konvoi Pembebasan Palestin 2011’. Pihak Aqsa Syarif mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran wartawan Kosmo! di sidang media tersebut.

Namun, pada masa yang sama, Aqsa Syarif membantah penggunaan perkataan "Pelesit Rempit" pada tajuk dan isi berita tersebut. Istilah tersebut langsung tidak ada disebut atau digunakan oleh mana-mana wakil Aqsa Syarif yang hadir bersama di sidang media itu. Istilah sedemikian telah menyebabkan berlakunya persepsi negatif terhadap Aqsa Syarif.

Selain itu, terdapat kesilapan maklumat nama jawatan En Zun Arif Hakim Abdul Rahman, iaitu Pengurus Sekretariat Aqsa Syarif Negeri Selangor (bukannya Pengerusi Sekretariat Aqsa Syarif Berhad, seperti di dalam berita) merangkap Pengarah Program Konvoi Pembebasan Palestin 2011.

Dengan pernyataan bantahan dan pembetulan maklumat di atas, Aqsa Syarif menuntut agar pihak Kosmo! membuat pembetulan terhadap berita tersebut dan memohon maaf atas perkara yang tidak sepatutnya berlaku.

“Memperkasa Ummah, Membebaskan Al-Aqsa”

…………………………………..
(PROF. MADYA DR. HAFIDZI MOHD NOOR)
Pemangku Pengerusi,
Aqsa Syarif Berhad

Selasa, 17 Mei 2011

9 Website Anti Islam Yang Wajib Anda Jauhi

Assalamualaikum...
Di sini saya ingin sebarkan beberapa laman web anti Islam yang wajib anda jauhi. Laman-laman web ini telah didapati cuba untuk memesongkan akidah umat Islam pada masa kini. Laman web ini juga telah banyak mempermainkan ajaran Islam yang sebenar serta berjenaka dengan menggunakan ayat al-Quran. Diharap para muslimin dan muslimat sekalian dapat menghindar dari singgah ke laman web ini. Semoga dengan penyebaran laman web ini dapat memberikan kebaikan kepada seluruh umat Islam.

Laman-laman webnya ialah:

1. www.aol.com/suralikeit

2. www.alrisalah.org

3. www.goharshahi.com

4. www.answering-islam.org

5. www.aboutislam.com

6. www.allahassurance.com

7. www.islam.org.uk

8. www.alislam.org

9. www.thequran.com

Silalah sebarkan kepada setiap orang Islam...

Zionis Kecut Perut Apabila Nabil Arabi Dilantik Menjadi Setiausaha Agung Baru Liga Arab

18 Mei 2011 - "Arabi sekarang lebih dikenali kerana "anti-Semitisme', menuduh kami sebagai penumpah darah dan akan menjadikan 22 negara Arab bersatu menentang Israel dan kepentingannya di wilayah ini (Palestin)" inilah respon yang dikeluarkan akhbar Israel setelah Nabil Arabi dilantik menjawat jawatan Setiausaha Agung Liga Arab yang baru bagi menggantikan Amru Moussa.

Manakala akhbar Ha'aretz, Jerusalem Post dan Yediot Aharonot dalam halaman mereka memperlihatkan betapa kuatnya Tel Aviv kebimbangan mereka terhadap Nabil Arabi. Ini disebabkan kritikan hebat Nabil Arabi terhadap Israel semasa berada di PBB suatu ketika dulu.

Setelah berjaya menjadi Menteri Luar Negeri Mesir selepas kejayaan revolusi 25 Januari lalu, beliau telah berjaya menamatkan pembahagian Palestin dan kejayaan perjanjian damai Fatah-Hamas disamping berjanji akan membuka sempadan Rafah secara kekal bagi rakyat Palestin bagi meringankan penderitaan mereka dari kepungan zionis laknatullah.

Menurut media Israel, Nabil Arabi dilihat berpotensi tinggi untuk menyatukan semula kesatuan Arab dalam tempoh kepimpinannya di Liga Arab dan membolehkan beliau mengubah semua dasar-dasar luar negeri Mesir dalam masa yang singkat serta memulihkan peranan Mesir di wilayah timur tengah itu. Ia juga dilihat bakal membuka laman baru hubungan Mesir dengan Iran dan negara-negara arab dan teluk yang lain dan menunjukkan sokongan padu Mesir terhadap Palestin.

Hamas Dan Fatah Bersepakat Menyelesaikan Segala Masalah Yang Berkaitan Dengan Kerajaan Perpaduan

18 Mei 2011 - Kedua-dua gerakan terbesar Palestin, Hamas dan Fatah telah berjaya mendapat kata sepakat mengenai semua masalah yang dibincangkan di Kaherah terutamanya mengenai Kerajaan Perpaduan yang bakal dibentuk di Palestin. Sumber rasmi Mesir mengatakan dalam sebuah kenyataannya semalam, Selasa (17/05/2011) pertemuan di Kaherah itu dianjur oleh Mesir dan berlangsung selama dua hari telah berjaya mencapai kata sepakat kedua-dua pihak untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan Palestin..

"Kedua-dua belah pihak menunjukkan satu pemahaman dan kerjasama yang luar biasa. Ini mencerminkan tekad mereka untuk mempercepatkan pelaksanaan semua persetujuan yang telah ditandatangani pada 4 Mei lalu", menurut sumber tersebut. "Kami sekarang sedang menjadualkan pertemuan akan datang dan penyertaan Setiausaha Agung semua kumpulan pejuang Palestin dalam pertemuan akan datang", ulas mereka lagi.

Ahad, 15 Mei 2011

Salam Hari Guru


Saya mengucapkan selamat menyambut hari Guru kepada semua pengunjung blog sautulhaqq yang bergelar pendidik... Jasamu mendidik anak bangsa begitu dikenang dan tidak dapat dibalas oleh anak muridmu... Semoga allah membalasmu dengan ganjaran yang setimpal... Insyaallah...

Sabtu, 14 Mei 2011

Perutusan Pengerusi Aqsa Syarif Sempena Memperingati Peristiwa Nakbah Yang Ke-63


Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh...

Tarikh 15 Mei adalah sejarah penting bagi seluruh warga dunia. Pada setiap tahun rakyat Palestin akan mengingati tarikh tersebut di mana mereka telah ditimpa satu tragedi yang tidak ada tolok bandingnya dalam sejarah kemanusiaan. Mereka diusir keluar dari tanah air mereka sendiri setelah ribuan rakyat Palestin dibunuh dengan begitu kejam sekali dan ratusan kampung dan pekan mereka dimusnahkan oleh pengganas-pengganas Zionis. Adalah amat mendukacitakan apabila tragedi kemanusiaan yang dahsyat ini berlaku pada tahun yang sama di mana Deklarasi Hak Asasi Manusia disepakati dan menjadi sebahagian daripada Piagam PBB. Sebaik sahaja deklarasi ini diluluskan, bangsa Palestin telah menjadi mangsa pelanggaran hak asasi yang pertama di dunia! Deklarasi hanya tinggal di atas kertas sahaja kerana selama 63 tahun, pencabulan ke atas hak asasi rakyat Palestin masih berterusan dan tidak mendapat perhatian yang sewajarnya oleh masyarakat dunia.

Aqsa Syarif yang sentiasa merasakan penderitaan rakyat Palestin bahkan setiap saat sentiasa mencari jalan untuk membantu menghentikan penindasan, kezaliman dan pencabulan ke atas hak dan maruah rakyat Palestin tidak akan berdiam diri. Sebaliknya di atas rasa persaudaraan dan rasa kemanusiaan yang dikongsi dengan seluruh warga dunia akan sama menangisi tragedi Nakbah yang merupakan titik hitam di dalam sejarah manusia sejagat.

Untuk membuktikan rasa kebersamaan dalam memikul luka berpanjangan yang ditanggung oleh rakyat Palestin maka Aqsa Syarif akan menganjurkan aktiviti ‘KONVOI MEMBEBASKAN PALESTIN’. Aktiviti ini membuktikan komitmen Aqsa Syarif bersama warga Malaysia untuk terus menerajui kempen pembebasan bumi Palestin seperti yang digariskan dalam agenda nasional perjuangan rakyat Palestin iaitu penubuhan sebuah negara Palestin yang berdaulat dengan Baitul Muqaddis sebagai ibu negara dan hak rakyat Palestin yang berlindung di kem-kem pelarian di timur tengah bahkan yang berada di seluruh dunia untuk pulang ke tanah air mereka. Konvoi ini secara simboliknya melambangkan aspirasi rakyat Palestin yang tidak pernah berputus asa untuk kembali ke tanah air mereka.

Bagi para peserta yang menyertai konvoi ini, Aqsa Syarif mengucapkan jutaan penghargaan di atas kebersamaan dan solidariti utuh yang dipamerkan. Konvoi ini adalah merupakan satu syiar (lambang) bahawa warga Malaysia tanpa mengira kaum dan agama akan sentiasa mendukong perjuangan pembebasan bumi Palestin dari cengkaman rejim Zionis Israel. Konvoi ini adalah bukti bahawa warga Malaysia berganding bahu dengan seluruh masyarakat antarabangsa yang berdiri teguh di belakang perjuangan rakyat Palestin.

Sokongan yang dizahirkan di peringkat antarabangsa adalah bukti bahawa tidak ada kuasa yang boleh menghalang hasrat masyarakat antarabangsa untuk melihat hak rakyat Palestin ke atas tanah air mereka dikembalikan. Kuasa-kuasa besar dunia harus sedar dan insaf bahawa mereka tidak mungkin dapat mempertahankan rejim haram Israel yang didirikan pada 15 Mei 1948 dengan cara yang paling jijik dan keji untuk selamanya. Roda kehidupan akan berputar dan kezaliman yang ditimpakan ke atas rakyat Palestin akan berakhir. Israel hanya menunggu ajalnya tiba. Tanda-tanda bahawa Israel sedang berada di penghujung usianya semakin jelas apabila rejim-rejim Arab yang bersekongkol dengan Zionis ditumbangkan satu persatu oleh rakyat mereka sendiri dalam tempoh yang amat singkat.

Pada para peserta konvoi, Aqsa Syarif mendoakan agar anda semua mendapat keberkatan yang besar dari amal yang anda lakukan. Setiap wang yang dibelanjakan akan menjadi rezeki yang dilipatgandakan. Bahan api yang menggerakkan kuasa kuda pelbagai kapasiti akan melonjakkan kualiti hidup di dunia dan akhirat. Setiap debu yang melekat pada tubuh badan, pakaian dan kenderaan anda akan menjadi saksi perjuangan pembebasan bumi Palestin.

Bersama Aqsa Syarif ‘MEMPERKASA UMMAH, MEMBEBASKAN MASJID AL-AQSA’.

Dr Hafidzi Mohd Noor
Pemangku
Pengerusi Aqsa Syarif
bersempena 15 Mei 2011

Konvoi Memperingati Peristiwa Nakbah 2011



Tempat: Dataran Merdeka, KL hingga Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam
Masa: 21 May 2011 (Sabtu)

* untuk maklumat lanjut konvoi/ingin menyertai konvoi, sila call Syed Mohd Radhi (013-3909881), Amirul Letfee (019-3836859) dan Rose Jazimah (019-3151542)

* e-mail: konvoipembebasanpalestin@gmail.com

Muslimin Dan Muslimat Dijemput Hadir Beramai-Ramai

Isteri Diktator Hosni Mubarak Masuk ICU

14/05/2011 - SHARM EL-SHEIKH (Mesir): Isteri diktator Hosni Mubarak yang digulingkan, Suzanne Mubarak (gambar) telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital komuniti dekat pusat peranginan Laut Merah selepas mengadu sakit dada. Beliau dilaporkan mengalami sakit dada selepas mendapat tahu mengenai arahan penahanannya di atas dakwaan rasuah.

Pengarah hospital berkenaan berkata, isteri diktator Hosni Mubarak, Suzanne Mubarak telah mengalami masalah jantung dan kini berada dalam keadaan stabil setelah dirawat di hospital berkenaan. Pegawai keselamatan berkata, isteri diktator Hosni Mubarak akan ditempatkan di hospital berkenaan buat sementara waktu. Bekas wanita no 1 Mesir itu dijangka akan dibawa ke penjara wanita di Kaherah.

Jumaat, 13 Mei 2011

Mesir Dakwa Diktator Hosni Mubarak Menjadi Kaya Secara Haram


14/05/2011 - KAHERAH: Kerajaan Mesir semalam telah mengarahkan bekas Presiden Mesir, Diktator Hosni Mubarak ditahan selama 15 hari di atas tuduhan menyalahgunakan kuasanya sebagai presiden Mesir untuk meraih kekayaan secara haram. Agensi berita MENA melaporkan, ketua pihak berkuasa penyiasat harta haram, Essam al-Gohari telah memberi arahan berkenaan selepas menyoal siasat diktator Hosni Mubarak dan isterinya di Sharm el-Sheikh.

Ia adalah kali pertama diktator Hosni Mubarak dan isterinya disoal siasat oleh pihak berkuasa penyiasat harta haram tersebut. Diktator Hosni Mubarak kini masih lagi ditahan di sebuah hospital di Sharm el-Sheikh kerana diserang sakit jantung sewaktu siasatan keatasnya dijalankan. Beliau juga disoal siasat berhubung dengan beberapa tuduhan lagi termasuk memberi arahan untuk menembak mati dengan menggunakan peluru hidup kepada penunjuk perasaan antikerajaan.

Pemerintahan diktator Hosni Mubarak selama 30 tahun yang disifatkan sebagai pemerintah kuku besi berakhir 11 Februari 2011 (Jumaat) apabila rakyat bangkit mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran menuntut pengunduran beliau dari tampuk pemerintahan Mesir.

Tempoh penahanan diktator Hosni Mubarak dan keluarganya telah dilanjutkan sebanyak dua kali dengan yang terbaru Selasa lalu (10/05/2011). Majlis tentera yang mengambil alih kuasa selepas diktator Hosni Mubarak meletak jawatan bertekad membawanya ke muka pengadilan kerana mereka dituduh menyalahgunakan kuasa dan terbabit dengan pelbagai penyelewengan.

Mubarak, isterinya Suzanne dan dua anak mereka serta isteri masing-masing telah dilarang keluar negara dan harta mereka telah dibekukan oleh pendakwa raya Abdel Magid Mahmud. Kedua-dua anak lelaki Mubarak dan beberapa pegawai kanan kerajaan yang dulu dan beberapa ahli perniagaan yang berpengaruh kini ditahan di penjara Tora.

Isnin, 9 Mei 2011

Ulama Lubnan, Qadi Faqih Faisal Mawlawi Kembali Kerahmatullah

Biodata Ringkas

- Beliau Dilahirkan pada tahun 1941 di Lubnan.

- Merupakan seorang aktivis dan pemikir Islam yang dikenali di Dunia Islam, Arab & Eropah.

- Berkhidmat sebagai Ketua Pendidikan Islam Masyarakat Lubnan, Setiausaha Agung Kumpulan Islam Lubnan dan AJK Pengurusan Persidangan Nasional Islam.

Kembali kerahmatullah pada hari Ahad 08/05/2011... Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya dan ditempatkan bersama dengan orang yang beriman... Insyaallah...
Al-fatihah...

Armada Perancis Akan Bergabung Dengan Armada LL4G Ke-2

10 Mei 2011 - Sebuah kapal Perancis akan belayar dari Marseilles pada akhir Jun akan datang dan bergabung dengan konvoi Armada LL4G ke-2 setelah setahun memperingati peristiwa serangan biadap zionis laknatullah ke atas konvoi Armada LL4G yang pertama. Jurucakap Armada Perancis tersebut, Claude Lostic dalam satu sidang akhbar di Paris berkata, krew mereka telah berjaya mengumpul wang untuk menyewa sebuah kapal Perancis dan akan bergerak dari Marseille pada minggu ke-3 dalam bulan Jun nanti.

Pada bulan Mei 2010, sukarelawan Perancis telah menyertai konvoi Armada LL4G yang pertama tanpa kapal. Claude Lostic menambah lagi, mereka akan menyertai Armada LL4G ke-2 ini memandangkan keadaan di Gaza tidak boleh dibiarkan berterusan lagi bahkan bukan kami sahaja yang akan pergi tetapi negara-negara lain seperti Sepanyol, Sweden, Norway, Greece dan Turki akan menyertainya juga.

"Kapal kami akan dipenuhi dengan aktivis dan sukarelawan dari dunia seni dan sukan serta beberapa tokoh tetapi kami tidak mahu mendedahkan identiti mereka sekarang", tambahnya lagi.

Hamas Dan Fatah Setuju Melantik Syeikh Yusuf Juma' Salamah Menjadi Menteri Waqaf Palestin

10 Mei 2011 - Pihak Hamas dan Fatah telah bersepakat melantik Syeikh Yusuf Juma' Salamah, khatib Masjidil Aqsa dan bekas Menteri Waqaf Palestin menjadi orang yang bertanggungjawab menguruskan bahagian Wakaf untuk pemerintahan yang akan datang. Pihak Hamas dan fatah bersepakat memilih Syeikh Yusuf Juma' Salamah kerana beliau adalah tokoh agama yang diterima kedua-dua belah pihak dan telah memimpin Jabatan Waqaf selama beberapa tahun.

Ahad, 8 Mei 2011

Ibu Mertua Osama Bin Laden Meninggal Dunia

DUBAI: Ibu mertua Osama bin Laden meninggal dunia akibat serangan sakit jantung sebaik sahaja menerima berita pemimpin al-Qaeda itu maut dibunuh tentera AS. Sebuah akhbar berbahasa Arab yang diterbitkan di London, Asharq Al-Awsat melaporkan Nabih al-Ghanem, ibu isteri pertama Osama iaitu Najwa telah dibawa ke hospital di Latakia, utara Syria selepas mengadu sakit dada. Doktor mengesahkan beliau telah mengidap penyakit jantung.

Menurut akhbar berkenaan, wanita yang berusia 70-an itu pengsan selepas Presiden AS, Barack Obama mengumumkan pembunuhan Osama bin Laden (gambar) dalam satu serangan di Pakistan 2 Mei lalu. Osama bin Laden telah berkahwin dengan Najwa, sepupunya yang berdarah Syria ketika beliau berusia 17 tahun dan mereka dikurniakan dengan 11 orang cahaya mata. Najwa telah meninggalkan Afghanistan beberapa hari sebelum peristiwa serangan 11 September 2001 terhadap bangunan PWTC yang terletak di AS dan kini menetap di Syria.

Januari tahun lalu, akhbar berkenaan melaporkan bahawa seorang anak pemimpin al-Qaeda itu telah dibenarkan meninggalkan Iran untuk menjaga ibunya di Syria. Kedudukan sebahagian anggota keluarga Osama bin Laden tidak diketahui sejak peristiwa serangan 11 September 2001. Menurut akhbar itu lagi, Osama juga telah mengahwini isteri keduanya pada tahun 1983 dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata sebelum mereka mengambil keputusan untuk bercerai.

Beberapa orang telah tinggal bersamanya di Abbottabad, Pakistan. Antaranya ialah tiga orang isterinya dan kira-kira 12 anak mereka. Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dalam serangan tentera AS pada 2 Mei yang lalu. Mereka ialah Osama bin Laden yang mayatnya didakwa diambil oleh anggota komando AS, seorang anaknya, dua orang pengawal peribadi dan seorang wanita.

Yang terselamat di dalam serangan berkenaan ialah tiga orang wanita dan anak mereka yang kini ditahan oleh tentera Pakistan. Ketika disoal siasat, isteri termudanya, Amal Ahmed Abdulfattah, 29 warganegara Yaman telah memberitahu bahawa Osama telah menetap di villa berkenaan sejak lima tahun lalu.

Kerajaan Qatar Mengadakan Perjumpaan Sulit Dengan Negara Haram Zionis Di Britain


9 Mei 2011 - Sumber diplomat Britian mengatakan bahawa PM Qatar, Sheikh Hamad bin Jassim bin Jabr Al-Thani telah bertemu secara rahsia di sebuah hotel di London dengan PM zionis laknatullah, Benjamin Netanyahu. Wartawan berita Iran, Faris menegaskan bahawa PM Qatar, Sheikh Hamad bin Jassim bin Jabr Al-Thani telah berpindah secara rahsia ke hotel tempat PM zionis laknatullah, Benjamin Netanyahu menginap yang agak jauh dari media dan berbincang selama sejam dengan kawalan ketat pihak berkuasa kerajaan Britian.

Selepas beberapa jam pertemuan tersebut berlangsung, kerajaan Qatar telah mengeluarkan kenyataan bahawa Qatar akan menjual gas asli kepada Zionis bagi menampung kekurangan gas asli yang mereka terima dari Mesir. Beberapa pertemuan juga telah diatur diantara badan perisikan zionis dan Qatar sejak beberapa tahun lepas dan banyak perkara dibincangkan dan perbincangan lebih tertumpu pada bidang keselamatan.

Khamis, 5 Mei 2011

Qatar Ingin Bekal Gas Asli Ke Negara Haram Zionis


6 Mei 2011 - Sebuah akhbar Zionis Israel yang diterbitkan semalam telah mendedahkan niat Qatar untuk membekalkan gas asli kepada Israel dan menggantikan Mesir. Menurut akhbar "Klklst", Menteri Perdagangan dan Industri Qatar telah membuat beberapa panggilan dengan rakannya di Israel dan memberitahu ingin membekalkan "Tel Aviv" dalam gas asli dengan harga yang lebih rendah daripada harga sebenar gas asli di pasaran dunia.

Dengan tajuk akhbar yang berbunyi "Qatar tertarik untuk melabur di Israel", Menteri Perdagangan dan Industri Israel telah mengulasnya dan menyatakan penghargaan Israel terhadap pendirian Kerajaan Qatar itu. Qatar adalah diantara pemegang utama pasaran gas asli di peringkat antarabangsa iaitu sebanyak 15%. Perbincangan mengenai membekalkan gas asli kepada Zionis sebenarnya telah lama berlaku akan tetapi tidak ada pencapaian yang dicapai dalam rundingan sehingga kini.

PM Zionis Laknatullah Merajuk Dan Enggan Berunding Dengan Pihak Palestin


6 Mei 2011 - PM zionis laknatullah, Benjamin Netanyahu menekankan bahawa kerajaan Palestin yang dibina antara Fatah dan Hamas sebenarnya akan lebih kepada Hamas dan ini akan membentuk sebuah kerajaan Palestin yang tidak sah, demikian katanya semasa berkunjung ke Britian dan bertemu dengan David Cameron, PM Britian sebelum bertemu dengan PM Perancis, Nicolas Sarkozy.

Benjamin Netanyahu laknatullah menjelaskan bahawa negaranya tidak akan berunding dengan kerajaan "salinan" al-Qaeda walau bagaimana keadaan sekalipun. Beliau menambah lagi bahawa Mahmoud Abbas berhak untuk merosakkan proses damai "Palestin-Israel" dan pilihannya amat jelas iaitu memilih Hamas sebagai rakannya yang ingin memusnahkan Israel. Hamas tidak ada beza dengan al-Qaeda dan Mahmoud Abbas telah membentangkan karpet merah kepada pemimpin Hamas dan ini tidak dapat diterima sama sekali.

Kenyatan-kenyataan PM laknatullah itu dikutip oleh radio Zionis semalam dan sumber-sumber yang terdekat dengan Benjamin Netanyahu sendiri mengatakan keputusan terakhir perbincangannya dengan PM Perancis adalah bahawa negaranya tidak dapat menerima sebuah negara Palestin yang merdeka kecuali Hamas mengakui negara Israel.

Selasa, 3 Mei 2011

Semua Kumpulan Pejuang Palestin Menandatangani Perjanjian Damai Hari Ini

4 Mei 2011 - Seorang pegawai Palestin mengumumkan bahawa Fatah dan Hamas serta 13 kumpulan pejuang Palestin dan beberapa tokoh bebas telah menandatangani perjanjian damai semalam, selasa (03/05/2011) di Kaherah, Mesir.

Bilal Kassem, Setiausaha Biro Politik Barisan Pembebasan Palestin (PLO) berkata bahawa semua pihak telah menandatangani perjanjian damai dalam pertemuan berskala besar yang pertama kali diadakan dengan agen perisikan Mesir di sebuah hotel di Kaherah. Upacara rasmi akan diadakan pada hari ini, Rabu (04/05/2011).

Beliau menambah bahawa semua delegasi telah menumpukan pemerhatian dalam semua piagam yang disepakati bersama setelah beberapa kajian dan perbincangan dijalankan dengan baik. Ketua Pihak Berkuasa Palestin, Mahmoud Abbas tiba di Kaherah pada hari Selasa (03/05/2011) untuk menghadiri upacara menandatangani perjanjian damai tersebut dengan gerakan Hamas. Delegasi dari kumpulan Palestin tiba di Kaherah dua hari lebih awal untuk mengadakan pertemuan intensif dengan semua pegawai Mesir bagi membincangkan segala komen dalam perjanjian tersebut.

Asal Usul Perayaan Hari Ibu


Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece. Ianya disambut oleh orang-orang Greece sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England telah merayakan hari berkenaan dan mereka menamakan perayaan tersebut sebagai perayaan "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent ialah satu tempoh masa 40 hari dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama mereka. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa a.s. atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Dalam tempoh itu juga, kebanyakan rakyat England yang faqir miskin akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga mereka kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan kepada mereka dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad ke-4, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan dan mereka akan pulang ke kampung halaman untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan "Mothering Cake" atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini telah menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memulihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itulah, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

Di AS, Hari Ibu disambut seawal tahun 1872. Ianya adalah hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic". Puisi ini telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga AS. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut begitu menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.

Pada tahun 1907, Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar merayakan dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun ke-2 kematian ibunya iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itulah, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.

Anna Jarvis dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri-menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik dan meminta agar Hari Ibu itu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah AS. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti diraikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

Antara Perjanjian Damai Dan Persefahaman Yang Dicapai Oleh Fatah Dan Hamas


KAHERAH – Permusuhan yang berlarutan antara Hamas dengan Fatah akhirnya tamat dengan termeterainya perjanjian diantara mereka. Hamas dan Fatah juga bersetuju untuk membentuk sebuah kerajaan sementara menjelang pilihan raya dalam tempoh setahun.

Dokumen persefahaman telah ditandatangani dalam pertemuan mereka di Kaherah yang ditaja oleh kerajaan Mesir pada Rabu (27 April 2011) yang lalu. Pertemuan tersebut menghasilkan persefahaman yang menyeluruh seperti yang tersebut dalam dokumen tersebut. Dokumen tersebut dijangka akan ditandatangani oleh seluruh kumpulan pejuang yang wujud di Palestin pada Rabu (4 Mei 2011) dan Khamis (5 Mei 2011). Kedua-dua pihak juga bersetuju bahawa persefahaman ini terikat bagi kedua-dua pihak dalam menerapkan perpaduan nasional di Palestin.

Persefahaman yang dicapai Fatah dan Hamas adalah seperti berikut:

1. Pilihan raya

a. Jawatankuasa pilihan raya:

Fatah dan Hamas sepakat menentukan nama-nama anggota jawatankuasa pilihan raya pusat berdasarkan persetujuan dengan kumpulan-kumpulan pejuang kecil di Palestin dan mengajukannya kepada Presiden Palestin untuk mengeluarkan surat keputusan pembentukan jawatankuasa ini.

b. Mahkamah pilihan raya:

Kedua-dua pihak, Fatah dan Hamas bersetuju dengan pencalonan 12 hakim sebagai anggota mahkamah pilihan raya dan mengajukannya kepada Presiden Palestin untuk membuat keputusan dalam pembentukannya berdasarkan persetujuan dengan kumpulan-kumpulan pejuang di Palestin.

c. Waktu pilihan raya:

Pilihan raya Legislatif dan Eksekutif dilakukan setahun setelah tandatangan persetujuan nasional oleh pihak kumpulan-kumpulan pejuang kecil dan penguasa Palestin.

2. Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO)

Fatah dan Hamas bersepakat bahawa keputusan kepemimpinan sementara tidak boleh digagalkan jika tidak bertentangan dengan kepentingan eksekutif PLO.

3. Keamanan

Fatah dan Hamas juga menegaskan bahawa pembentukan Jawatankuasa Tinggi Keamanan yang diputuskan Presiden Palestin terdiri daripada para pegawai tentera mestilah melalui persetujuan.

4. Pemerintahan

a. Membentuk Pemerintahan:

Fatah dan Hamas bersepakat membentuk pemerintahan Palestin, menentukan Perdana Menteri dan Menteri-menterinya mestilah melalui persetujuan.

b. Tugas pemerintah:

1. Menyediakan situasi kondusif bagi pilihan raya eksekutif, legislatif dan Dewan Nasional Palestin.

2. Mengawasi persoalan perpaduan dalaman Palestin jika terjadi perpecahan.

3. Memantau pembinaan semula Gaza dan mengakhiri sekatan keatasnya.

4. Memantau penerapan apa yang dicapai dalam persetujuan nasional Palestin.

5. Menyelesaikan persoalan sivil dan birokrasi akibat perpecahan.

6. Menyatukan lembaga kekuasaan nasional di Tebing Barat, Semenanjung Gaza dan Baitul Muqaddis.

7. Membuat peraturan bagi penyatuan dan lembaga-lembaga tempatan dan sosial.

5. Dewan Legislatif.

Kedua-dua pihak bersepakat untuk menghidupkan kembali Lembaga Legislatif Palestin menurut undang-undang dasar.

Ahad, 1 Mei 2011

Benarkah Osama Bin Laden Syahid Dibunuh AS???


Saya terpanggil untuk post artikel ini di ruangan blog saya tatkala terdengar satu berita yang digembar gemburkan di media massa khususnya di dada akhbar, TV, facebook dan blog mengenai terbunuhnya seorang pejuang yang bernama Osama Bin Laden. Osama Bin Laden dianggap sebagai seorang terrorist dan dalang peristiwa pelanggaran bangunan PWTC di Amerika Syarikat pada 11 sep 2001. Tetapi pada hakikat sebenarnya tragedi berkenaan adalah salah satu perancangan rapi yahudi laknatullah. Yahudi telah merancang peristiwa itu dan menuduh agama Islam sebagai agama terrorist. Dengan modal peristiwa 11/9 inilah AS dan Britain menyerang dan memusnahkan Afghanistan dan Iraq tanpa sebab yang jelas dan munasabah.

sekiranya benarlah dia sudah kembali kerahmatullah... semoga dia memperolehi syahid fisabilillah... perjuangan untuk memartabatkan Islam tidak akan berhenti begitu sahaja... perjuangan tetap perlu diteruskan sehinggalah memperolehi kemenangan atau pun syahid... Apabila terbunuhnya seseorang pemimpin Islam itu... Maka akan muncullah pemimpin yang baru yang akan menggantikannya dan memikul tugasnya... semoga kita juga memperolehi syahid sepertinya...