Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Selasa, 3 Mei 2011

Antara Perjanjian Damai Dan Persefahaman Yang Dicapai Oleh Fatah Dan Hamas


KAHERAH – Permusuhan yang berlarutan antara Hamas dengan Fatah akhirnya tamat dengan termeterainya perjanjian diantara mereka. Hamas dan Fatah juga bersetuju untuk membentuk sebuah kerajaan sementara menjelang pilihan raya dalam tempoh setahun.

Dokumen persefahaman telah ditandatangani dalam pertemuan mereka di Kaherah yang ditaja oleh kerajaan Mesir pada Rabu (27 April 2011) yang lalu. Pertemuan tersebut menghasilkan persefahaman yang menyeluruh seperti yang tersebut dalam dokumen tersebut. Dokumen tersebut dijangka akan ditandatangani oleh seluruh kumpulan pejuang yang wujud di Palestin pada Rabu (4 Mei 2011) dan Khamis (5 Mei 2011). Kedua-dua pihak juga bersetuju bahawa persefahaman ini terikat bagi kedua-dua pihak dalam menerapkan perpaduan nasional di Palestin.

Persefahaman yang dicapai Fatah dan Hamas adalah seperti berikut:

1. Pilihan raya

a. Jawatankuasa pilihan raya:

Fatah dan Hamas sepakat menentukan nama-nama anggota jawatankuasa pilihan raya pusat berdasarkan persetujuan dengan kumpulan-kumpulan pejuang kecil di Palestin dan mengajukannya kepada Presiden Palestin untuk mengeluarkan surat keputusan pembentukan jawatankuasa ini.

b. Mahkamah pilihan raya:

Kedua-dua pihak, Fatah dan Hamas bersetuju dengan pencalonan 12 hakim sebagai anggota mahkamah pilihan raya dan mengajukannya kepada Presiden Palestin untuk membuat keputusan dalam pembentukannya berdasarkan persetujuan dengan kumpulan-kumpulan pejuang di Palestin.

c. Waktu pilihan raya:

Pilihan raya Legislatif dan Eksekutif dilakukan setahun setelah tandatangan persetujuan nasional oleh pihak kumpulan-kumpulan pejuang kecil dan penguasa Palestin.

2. Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO)

Fatah dan Hamas bersepakat bahawa keputusan kepemimpinan sementara tidak boleh digagalkan jika tidak bertentangan dengan kepentingan eksekutif PLO.

3. Keamanan

Fatah dan Hamas juga menegaskan bahawa pembentukan Jawatankuasa Tinggi Keamanan yang diputuskan Presiden Palestin terdiri daripada para pegawai tentera mestilah melalui persetujuan.

4. Pemerintahan

a. Membentuk Pemerintahan:

Fatah dan Hamas bersepakat membentuk pemerintahan Palestin, menentukan Perdana Menteri dan Menteri-menterinya mestilah melalui persetujuan.

b. Tugas pemerintah:

1. Menyediakan situasi kondusif bagi pilihan raya eksekutif, legislatif dan Dewan Nasional Palestin.

2. Mengawasi persoalan perpaduan dalaman Palestin jika terjadi perpecahan.

3. Memantau pembinaan semula Gaza dan mengakhiri sekatan keatasnya.

4. Memantau penerapan apa yang dicapai dalam persetujuan nasional Palestin.

5. Menyelesaikan persoalan sivil dan birokrasi akibat perpecahan.

6. Menyatukan lembaga kekuasaan nasional di Tebing Barat, Semenanjung Gaza dan Baitul Muqaddis.

7. Membuat peraturan bagi penyatuan dan lembaga-lembaga tempatan dan sosial.

5. Dewan Legislatif.

Kedua-dua pihak bersepakat untuk menghidupkan kembali Lembaga Legislatif Palestin menurut undang-undang dasar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan