Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Isnin, 30 Mei 2011

Armada LL4G Ke-2 Jerman Mula Bersiap Sedia Untuk Bergerak Pertengahan Jun Depan

31 Mei 2011 - Kempen memecahkan kepungan terhadap Gaza akan terus giat dilakukan walaupun sempadan Rafah telah dibuka. Masyarakat dunia tidak akan berdiam diri selagi Israel terus angkuh dengan sikapnya. Kempen ini memperlihatkan kapal pertama "Armada Kebebasan II" dari Eropah yang berpusat di Brussels akan belayar ke Gaza pada 20 Jun 2011. Ianya kemudiannya akan diikuti oleh kapal lain dari 11 buah negara Eropah yang lain.

Jurucakap jawatankuasa kempen bagi kawasan Eropah tersebut, Anwar Arabi berkata, penyertaan kali ini adalah yang terbesar dimana kapal pertamanya "Freedom II" adalah sebuah kapal milik Jerman yang kini berada di Switzerland dan akan bergerak pada 20 Jun 2011 dari pelabuhan Hamburg di Sungai Elbe menuju ke Laut Utara dan akan bergabung dengan baki armada kapal LL4G ke-2 yang lain. Keistimewaan kapal tersebut adalah ia terdiri daripada 40 orang Switzerland dalam pelbagai bidang termasuk ahli politik, wartawan, ahli undang-undang dan termasuk 10 aktivis sukarelawan Jerman dalam rangka memecahkan kepungan yang tidak adil ke atas Semenanjung Gaza untuk tahun ke-5 berturut-turut.

Dalam masa yang sama, kerajaan Kanada mengeluarkan kenyataan menegah warganegaranya terlibat dalam konvoi LL4G ke-2 ini amat dikesali apatah lagi kenyataan tersebut disokong oleh Setiausaha Agung Pertubuhan PBB, Ban Ki-Moon yang memberi amaran keras kepada mana-mana warganegara yang terlibat agar menghentikan konvoi LL4G ke-2 dari dilaksanakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan