Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Isnin, 9 Mei 2011

Armada Perancis Akan Bergabung Dengan Armada LL4G Ke-2

10 Mei 2011 - Sebuah kapal Perancis akan belayar dari Marseilles pada akhir Jun akan datang dan bergabung dengan konvoi Armada LL4G ke-2 setelah setahun memperingati peristiwa serangan biadap zionis laknatullah ke atas konvoi Armada LL4G yang pertama. Jurucakap Armada Perancis tersebut, Claude Lostic dalam satu sidang akhbar di Paris berkata, krew mereka telah berjaya mengumpul wang untuk menyewa sebuah kapal Perancis dan akan bergerak dari Marseille pada minggu ke-3 dalam bulan Jun nanti.

Pada bulan Mei 2010, sukarelawan Perancis telah menyertai konvoi Armada LL4G yang pertama tanpa kapal. Claude Lostic menambah lagi, mereka akan menyertai Armada LL4G ke-2 ini memandangkan keadaan di Gaza tidak boleh dibiarkan berterusan lagi bahkan bukan kami sahaja yang akan pergi tetapi negara-negara lain seperti Sepanyol, Sweden, Norway, Greece dan Turki akan menyertainya juga.

"Kapal kami akan dipenuhi dengan aktivis dan sukarelawan dari dunia seni dan sukan serta beberapa tokoh tetapi kami tidak mahu mendedahkan identiti mereka sekarang", tambahnya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan