Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Isnin, 23 Mei 2011

Fatah Cuba Membelot Dan Memusnahkan Perjanjian Damai Kumpulan Pejuang Palestin


24 Mei 2011 - MP Hamas, Hamed Al-Betawi berkata penangkapan politik di kawasan Tebing Barat semakin meningkat setelah berlakunya perjanjian damai Hamas-Fatah pada awal bulan ini di Kaherah menunjukkan Fatah sebenarnya mempunyai agenda tersendiri di sebalik perjanjian damai itu. "Kami mengharapkan tahanan politik di penjara FATAH akan dibebaskan setelah berlakunya damai tetapi berlaku pula perkara sebaliknya bahkan berlaku peningkatan penangkapan secara mendadak bagi mereka yang bergabung dengan gerakan Islam", katanya lagi.

Beliau menambah lagi bahawa operasi penyelarasan keselamatan antara Israel dan PA tidak akan berhenti, perjanjian yang ditandatangani di Kaherah, Mesir tidak diendahkan langsung oleh para pemimpin badan keselamatan di Tebing Barat. "Kami akan hentikan perjanjian dengan kekuatan", demikian ungkapan yang keluar dari mulut pemimpian pihak keselamatan di Tebing Barat sebagai kenyataan bahawa mereka tidak akan mengiktiraf perjanjian damai Hamas-Fatah, bahkan mengutuk perjanjian tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan