Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Rabu, 25 Mei 2011

Games Yang Menghina Agama Islam

Assalamualaikum... Saya ingin berkongsi dengan anda semua beberapa games computer yang menghina agama Islam dan Allah... Antara games-games tersebut ialah:

1) Counter Strike Condition Zero Deleted Scenes

Di dalam games ini kita mesti menembak askar-askar yang beragama Islam. Kalau kita sedar, semasa kita menembak askar tersebut, kita boleh dengar askar yang terkena tembakan menjerit "ALLAHUAKBAR" dan "JIHAD".

2) Stronghold Crusader

Permainan Perang Salib. Pemain games ini akan memainkan watak sebagai Crusader dan menentang musuhnya iaitu adalah orang Arab. Ketika perang Salib diantara tentera kristian menentang tentera Islam pimpinan Salahuddin Al-Ayyubi, orang Arab ketika itu semestinya adalah orang Islam.

3) Guitar Hero 3 Legends Of Rock

Tidak cukup dengan karikatur dan filem pendek "Fitna" yang menghina kesucian Islam, datang pula games komputer yang menghina kalimah Allah. Kali ini games "Guitar Hero 3" telah menghina kalimah "Allah". Guitar Hero 3 adalah permainan komputer yang memainkan lagu-lagu rock klasik.

Games ini menjadikan perkataan "Allah" sebagai hiasan lantai

Lihatlah bagaimana kalimah Allah ini telah dijadikan corak lantai dan kemudian dipijak-pijak oleh makhluk yang berupa “syaitan” bermain gitar. Sungguh biadap games ini. Games ini dibangunkan oleh syarikat Neversoft dan dikeluarkan oleh Activision dan Red Octane. Neversoft adalah sebuah syarikat pembangunan video game yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Dimiliki oleh Joel Jewett (berasal dari Montana, Amerika) bersama dengan Chris Ward dan Mick West. Chris dan Mick kedua-duanya berasal dari Yorkshire, England.

Gambar perkataan Allah dipijak-pijak

Jika kita tidak teliti gambar diatas, kita tidak akan menyedari terdapat kalimah Allah SWT di dalam games ini. Sungguh halus permainan golongan Yahudi dan Nasrani untuk menyesatkan dan mempermainkan orang Islam. Kita perlu sentiasa waspada sebelum membeli mana-mana permainan komputer.

4) Resident Evil 4


Resident Evil 4 merupakan sebuah games yang berkisarkan mengenai bahayanya biologi iaitu virus dan zombie. Ringkasnya, misi games ini adalah untuk menyelamatkan anak presiden Amerika yang diculik oleh satu kumpulan yang bernama "Los Illuminados". Los Illuminados bermaksud “The Illuminated!”

Gambar berikutnya adalah lambang illuminiti pada game tersebut.

Simbol Illuminiti yang terdapat di dalam games ini

Zoom pada pintu tersebut

Perasan tak apa yang tidak kena dengan gambar di atas? Kalau nak tahu itulah pintu Umar Al-Khattab yang terdapat di Masjid Nabawi, Madinah Al-Munawwarah. Macam mana boleh ada di dalam game ni?

Pintu Umar Al-Khattab yang terdapat di Masjid Nabawi,
Madinah Al-Munawwarah

Apa yang lebih teruk lagi ialah pintu tersebut telah di Illuminitikan. Sila lihat gambar di bawah ini.

Perbezaan pintu dalam games dengan pintu yang realiti punya

Selepas meletakkan logo Illuminiti games tersebut

Diharap semua umat Islam dapat menjauhkan diri daripada bermain permainan video ini dan permainan video-video yang lainnya kerana ianya boleh melekakan umat Islam. Ternyata musuh Islam memerangi umat Islam dari segenap sudut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan