Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Selasa, 17 Mei 2011

Hamas Dan Fatah Bersepakat Menyelesaikan Segala Masalah Yang Berkaitan Dengan Kerajaan Perpaduan

18 Mei 2011 - Kedua-dua gerakan terbesar Palestin, Hamas dan Fatah telah berjaya mendapat kata sepakat mengenai semua masalah yang dibincangkan di Kaherah terutamanya mengenai Kerajaan Perpaduan yang bakal dibentuk di Palestin. Sumber rasmi Mesir mengatakan dalam sebuah kenyataannya semalam, Selasa (17/05/2011) pertemuan di Kaherah itu dianjur oleh Mesir dan berlangsung selama dua hari telah berjaya mencapai kata sepakat kedua-dua pihak untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan Palestin..

"Kedua-dua belah pihak menunjukkan satu pemahaman dan kerjasama yang luar biasa. Ini mencerminkan tekad mereka untuk mempercepatkan pelaksanaan semua persetujuan yang telah ditandatangani pada 4 Mei lalu", menurut sumber tersebut. "Kami sekarang sedang menjadualkan pertemuan akan datang dan penyertaan Setiausaha Agung semua kumpulan pejuang Palestin dalam pertemuan akan datang", ulas mereka lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan