Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Ahad, 8 Mei 2011

Ibu Mertua Osama Bin Laden Meninggal Dunia

DUBAI: Ibu mertua Osama bin Laden meninggal dunia akibat serangan sakit jantung sebaik sahaja menerima berita pemimpin al-Qaeda itu maut dibunuh tentera AS. Sebuah akhbar berbahasa Arab yang diterbitkan di London, Asharq Al-Awsat melaporkan Nabih al-Ghanem, ibu isteri pertama Osama iaitu Najwa telah dibawa ke hospital di Latakia, utara Syria selepas mengadu sakit dada. Doktor mengesahkan beliau telah mengidap penyakit jantung.

Menurut akhbar berkenaan, wanita yang berusia 70-an itu pengsan selepas Presiden AS, Barack Obama mengumumkan pembunuhan Osama bin Laden (gambar) dalam satu serangan di Pakistan 2 Mei lalu. Osama bin Laden telah berkahwin dengan Najwa, sepupunya yang berdarah Syria ketika beliau berusia 17 tahun dan mereka dikurniakan dengan 11 orang cahaya mata. Najwa telah meninggalkan Afghanistan beberapa hari sebelum peristiwa serangan 11 September 2001 terhadap bangunan PWTC yang terletak di AS dan kini menetap di Syria.

Januari tahun lalu, akhbar berkenaan melaporkan bahawa seorang anak pemimpin al-Qaeda itu telah dibenarkan meninggalkan Iran untuk menjaga ibunya di Syria. Kedudukan sebahagian anggota keluarga Osama bin Laden tidak diketahui sejak peristiwa serangan 11 September 2001. Menurut akhbar itu lagi, Osama juga telah mengahwini isteri keduanya pada tahun 1983 dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata sebelum mereka mengambil keputusan untuk bercerai.

Beberapa orang telah tinggal bersamanya di Abbottabad, Pakistan. Antaranya ialah tiga orang isterinya dan kira-kira 12 anak mereka. Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dalam serangan tentera AS pada 2 Mei yang lalu. Mereka ialah Osama bin Laden yang mayatnya didakwa diambil oleh anggota komando AS, seorang anaknya, dua orang pengawal peribadi dan seorang wanita.

Yang terselamat di dalam serangan berkenaan ialah tiga orang wanita dan anak mereka yang kini ditahan oleh tentera Pakistan. Ketika disoal siasat, isteri termudanya, Amal Ahmed Abdulfattah, 29 warganegara Yaman telah memberitahu bahawa Osama telah menetap di villa berkenaan sejak lima tahun lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan