Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Sabtu, 14 Mei 2011

Isteri Diktator Hosni Mubarak Masuk ICU

14/05/2011 - SHARM EL-SHEIKH (Mesir): Isteri diktator Hosni Mubarak yang digulingkan, Suzanne Mubarak (gambar) telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital komuniti dekat pusat peranginan Laut Merah selepas mengadu sakit dada. Beliau dilaporkan mengalami sakit dada selepas mendapat tahu mengenai arahan penahanannya di atas dakwaan rasuah.

Pengarah hospital berkenaan berkata, isteri diktator Hosni Mubarak, Suzanne Mubarak telah mengalami masalah jantung dan kini berada dalam keadaan stabil setelah dirawat di hospital berkenaan. Pegawai keselamatan berkata, isteri diktator Hosni Mubarak akan ditempatkan di hospital berkenaan buat sementara waktu. Bekas wanita no 1 Mesir itu dijangka akan dibawa ke penjara wanita di Kaherah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan