Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Ahad, 8 Mei 2011

Kerajaan Qatar Mengadakan Perjumpaan Sulit Dengan Negara Haram Zionis Di Britain


9 Mei 2011 - Sumber diplomat Britian mengatakan bahawa PM Qatar, Sheikh Hamad bin Jassim bin Jabr Al-Thani telah bertemu secara rahsia di sebuah hotel di London dengan PM zionis laknatullah, Benjamin Netanyahu. Wartawan berita Iran, Faris menegaskan bahawa PM Qatar, Sheikh Hamad bin Jassim bin Jabr Al-Thani telah berpindah secara rahsia ke hotel tempat PM zionis laknatullah, Benjamin Netanyahu menginap yang agak jauh dari media dan berbincang selama sejam dengan kawalan ketat pihak berkuasa kerajaan Britian.

Selepas beberapa jam pertemuan tersebut berlangsung, kerajaan Qatar telah mengeluarkan kenyataan bahawa Qatar akan menjual gas asli kepada Zionis bagi menampung kekurangan gas asli yang mereka terima dari Mesir. Beberapa pertemuan juga telah diatur diantara badan perisikan zionis dan Qatar sejak beberapa tahun lepas dan banyak perkara dibincangkan dan perbincangan lebih tertumpu pada bidang keselamatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan