Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Jumaat, 13 Mei 2011

Mesir Dakwa Diktator Hosni Mubarak Menjadi Kaya Secara Haram


14/05/2011 - KAHERAH: Kerajaan Mesir semalam telah mengarahkan bekas Presiden Mesir, Diktator Hosni Mubarak ditahan selama 15 hari di atas tuduhan menyalahgunakan kuasanya sebagai presiden Mesir untuk meraih kekayaan secara haram. Agensi berita MENA melaporkan, ketua pihak berkuasa penyiasat harta haram, Essam al-Gohari telah memberi arahan berkenaan selepas menyoal siasat diktator Hosni Mubarak dan isterinya di Sharm el-Sheikh.

Ia adalah kali pertama diktator Hosni Mubarak dan isterinya disoal siasat oleh pihak berkuasa penyiasat harta haram tersebut. Diktator Hosni Mubarak kini masih lagi ditahan di sebuah hospital di Sharm el-Sheikh kerana diserang sakit jantung sewaktu siasatan keatasnya dijalankan. Beliau juga disoal siasat berhubung dengan beberapa tuduhan lagi termasuk memberi arahan untuk menembak mati dengan menggunakan peluru hidup kepada penunjuk perasaan antikerajaan.

Pemerintahan diktator Hosni Mubarak selama 30 tahun yang disifatkan sebagai pemerintah kuku besi berakhir 11 Februari 2011 (Jumaat) apabila rakyat bangkit mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran menuntut pengunduran beliau dari tampuk pemerintahan Mesir.

Tempoh penahanan diktator Hosni Mubarak dan keluarganya telah dilanjutkan sebanyak dua kali dengan yang terbaru Selasa lalu (10/05/2011). Majlis tentera yang mengambil alih kuasa selepas diktator Hosni Mubarak meletak jawatan bertekad membawanya ke muka pengadilan kerana mereka dituduh menyalahgunakan kuasa dan terbabit dengan pelbagai penyelewengan.

Mubarak, isterinya Suzanne dan dua anak mereka serta isteri masing-masing telah dilarang keluar negara dan harta mereka telah dibekukan oleh pendakwa raya Abdel Magid Mahmud. Kedua-dua anak lelaki Mubarak dan beberapa pegawai kanan kerajaan yang dulu dan beberapa ahli perniagaan yang berpengaruh kini ditahan di penjara Tora.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan