Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Sabtu, 28 Mei 2011

Perlantikan Pengerusi Baru Aqsa Syarif



Assalamualaikum

Dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Pusat IKRAM Malaysia telah memperakui keputusan yang dibuat oleh Lembaga Pemegang Amanah Aqsa Syarif pada 17 Mei 2011, untuk melantik Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor (gambar) sebagai Pengerusi Aqsa Syarif yang baru.

Sehubungan dengan ini, Aqsa Syarif mengucapkan Jazakallahu Khairan Kathira kepada Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus di atas sumbangan beliau yang cemerlang sebagai Pengerusi Pengasas dalam melonjakkan kewibawaan Aqsa Syarif di Malaysia dan peringkat antarabangsa, Alhamdulillah. Sama-sama kita mendoakan agar Aqsa Syarif akan terus cemerlang di bawah kepemimpinan Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor, Insya-Allah.

Sekian.

(DR MOHD TAHIR ABDUL RAHMAN)
Setiausaha,
Lembaga Pemegang Amanah
Aqsa Syarif Berhad

Tiada ulasan:

Catat Ulasan