Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Khamis, 5 Mei 2011

PM Zionis Laknatullah Merajuk Dan Enggan Berunding Dengan Pihak Palestin


6 Mei 2011 - PM zionis laknatullah, Benjamin Netanyahu menekankan bahawa kerajaan Palestin yang dibina antara Fatah dan Hamas sebenarnya akan lebih kepada Hamas dan ini akan membentuk sebuah kerajaan Palestin yang tidak sah, demikian katanya semasa berkunjung ke Britian dan bertemu dengan David Cameron, PM Britian sebelum bertemu dengan PM Perancis, Nicolas Sarkozy.

Benjamin Netanyahu laknatullah menjelaskan bahawa negaranya tidak akan berunding dengan kerajaan "salinan" al-Qaeda walau bagaimana keadaan sekalipun. Beliau menambah lagi bahawa Mahmoud Abbas berhak untuk merosakkan proses damai "Palestin-Israel" dan pilihannya amat jelas iaitu memilih Hamas sebagai rakannya yang ingin memusnahkan Israel. Hamas tidak ada beza dengan al-Qaeda dan Mahmoud Abbas telah membentangkan karpet merah kepada pemimpin Hamas dan ini tidak dapat diterima sama sekali.

Kenyatan-kenyataan PM laknatullah itu dikutip oleh radio Zionis semalam dan sumber-sumber yang terdekat dengan Benjamin Netanyahu sendiri mengatakan keputusan terakhir perbincangannya dengan PM Perancis adalah bahawa negaranya tidak dapat menerima sebuah negara Palestin yang merdeka kecuali Hamas mengakui negara Israel.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan