Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Ahad, 22 Mei 2011

Presiden Yaman Berbohong Dan Enggan Menyerah Kuasa

Ribuan Rakyat Yaman Protes, Tuntut Presiden Ali Abdullah Salleh Letak Jawatan

SANAA - Diplomat Barat dan negara-negara Teluk gagal memujuk Presiden Yemen, Ali Abdullah Saleh menandatangani perjanjian untuk menyerahkan kuasa hari ini (22/05/2011). “Ia (usaha memujuk Ali serah kuasa) gagal,” kata salah seorang daripada diplomat Barat manakala diplomat-diplomat dari negara Teluk pula berkata, Majlis Kerjasama Teluk yang terdiri daripada negara-negara jiran Yaman yang merupakan negara pengekport minyak mungkin menarik diri daripada menjadi pendamai ekoran keengganan Presiden Ali Abdullah Salleh melepaskan jawatannya.

Sebelum ini, Presiden Ali Abdullah Salleh dilaporkan akan menandatangani perjanjian penyerahan kuasa hari ini (22/05/2011) setelah dua kali beliau mengubah keputusan itu. Sementara itu, ratusan penyokong setia Presiden Ali Abdullah Salleh menghalang jalan raya sebagai tanda protes sebaik sahaja mengetahui berita perjanjian penyerahan kuasa itu dengan melonggokkan batu-batu sebagai penghadang manakala di kota Sanaa pula beribu-ribu rakyat yang menentang Presiden Ali Abdullah Salleh meneruskan protes mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan