Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Khamis, 5 Mei 2011

Qatar Ingin Bekal Gas Asli Ke Negara Haram Zionis


6 Mei 2011 - Sebuah akhbar Zionis Israel yang diterbitkan semalam telah mendedahkan niat Qatar untuk membekalkan gas asli kepada Israel dan menggantikan Mesir. Menurut akhbar "Klklst", Menteri Perdagangan dan Industri Qatar telah membuat beberapa panggilan dengan rakannya di Israel dan memberitahu ingin membekalkan "Tel Aviv" dalam gas asli dengan harga yang lebih rendah daripada harga sebenar gas asli di pasaran dunia.

Dengan tajuk akhbar yang berbunyi "Qatar tertarik untuk melabur di Israel", Menteri Perdagangan dan Industri Israel telah mengulasnya dan menyatakan penghargaan Israel terhadap pendirian Kerajaan Qatar itu. Qatar adalah diantara pemegang utama pasaran gas asli di peringkat antarabangsa iaitu sebanyak 15%. Perbincangan mengenai membekalkan gas asli kepada Zionis sebenarnya telah lama berlaku akan tetapi tidak ada pencapaian yang dicapai dalam rundingan sehingga kini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan