Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Selasa, 3 Mei 2011

Semua Kumpulan Pejuang Palestin Menandatangani Perjanjian Damai Hari Ini

4 Mei 2011 - Seorang pegawai Palestin mengumumkan bahawa Fatah dan Hamas serta 13 kumpulan pejuang Palestin dan beberapa tokoh bebas telah menandatangani perjanjian damai semalam, selasa (03/05/2011) di Kaherah, Mesir.

Bilal Kassem, Setiausaha Biro Politik Barisan Pembebasan Palestin (PLO) berkata bahawa semua pihak telah menandatangani perjanjian damai dalam pertemuan berskala besar yang pertama kali diadakan dengan agen perisikan Mesir di sebuah hotel di Kaherah. Upacara rasmi akan diadakan pada hari ini, Rabu (04/05/2011).

Beliau menambah bahawa semua delegasi telah menumpukan pemerhatian dalam semua piagam yang disepakati bersama setelah beberapa kajian dan perbincangan dijalankan dengan baik. Ketua Pihak Berkuasa Palestin, Mahmoud Abbas tiba di Kaherah pada hari Selasa (03/05/2011) untuk menghadiri upacara menandatangani perjanjian damai tersebut dengan gerakan Hamas. Delegasi dari kumpulan Palestin tiba di Kaherah dua hari lebih awal untuk mengadakan pertemuan intensif dengan semua pegawai Mesir bagi membincangkan segala komen dalam perjanjian tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan