Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Selasa, 17 Mei 2011

Zionis Kecut Perut Apabila Nabil Arabi Dilantik Menjadi Setiausaha Agung Baru Liga Arab

18 Mei 2011 - "Arabi sekarang lebih dikenali kerana "anti-Semitisme', menuduh kami sebagai penumpah darah dan akan menjadikan 22 negara Arab bersatu menentang Israel dan kepentingannya di wilayah ini (Palestin)" inilah respon yang dikeluarkan akhbar Israel setelah Nabil Arabi dilantik menjawat jawatan Setiausaha Agung Liga Arab yang baru bagi menggantikan Amru Moussa.

Manakala akhbar Ha'aretz, Jerusalem Post dan Yediot Aharonot dalam halaman mereka memperlihatkan betapa kuatnya Tel Aviv kebimbangan mereka terhadap Nabil Arabi. Ini disebabkan kritikan hebat Nabil Arabi terhadap Israel semasa berada di PBB suatu ketika dulu.

Setelah berjaya menjadi Menteri Luar Negeri Mesir selepas kejayaan revolusi 25 Januari lalu, beliau telah berjaya menamatkan pembahagian Palestin dan kejayaan perjanjian damai Fatah-Hamas disamping berjanji akan membuka sempadan Rafah secara kekal bagi rakyat Palestin bagi meringankan penderitaan mereka dari kepungan zionis laknatullah.

Menurut media Israel, Nabil Arabi dilihat berpotensi tinggi untuk menyatukan semula kesatuan Arab dalam tempoh kepimpinannya di Liga Arab dan membolehkan beliau mengubah semua dasar-dasar luar negeri Mesir dalam masa yang singkat serta memulihkan peranan Mesir di wilayah timur tengah itu. Ia juga dilihat bakal membuka laman baru hubungan Mesir dengan Iran dan negara-negara arab dan teluk yang lain dan menunjukkan sokongan padu Mesir terhadap Palestin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan