Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Khamis, 30 Jun 2011

Rejim Zionis Laknatullah Sabotaj Armada Kapal Ireland, Armada Ireland Terpaksa Menarik Diri Dari Menyertai Misi LL4G Ke-2

GOCEK (TURKEY) 30 Jun 2011 - Aktivis Ireland menuduh rejim zionis mensabotaj kapal mereka yang ingin menyertai misi LL4G ke-2 yang bertujuan untuk mencabar sekatan rejim Zionis ke atas semenanjung Gaza. Tujuan zionis sabotaj armada kapal milik Ireland ialah untuk menghalang mereka daripada tiba ke Pelabuhan Semenanjung Gaza. Insiden ini sekali gus memaksa armada berkenaan terpaksa menarik diri daripada menyertai misi LL4G ke-2.

Wakil kumpulan aktivis daripada armada Kapal Ireland berkata, aci kipas kapal itu telah dipotong dan ia boleh membahayakan anak kapal sekiranya kapal berkenaan meneruskan pelayarannya.Tambahnya lagi, insiden kerosakan itu serupa dengan kerosakan yang dialami oleh armada kapal Sweden beberapa hari yang lalu yang mana armada berkenaan turut menyertai misi LL4G ke-2.

Ehud Barak: Kami Akan Sekat Semua Kapal Armada LL4G Ke-2 Dengan Menggunakan Kekerasan Tahap Maksimum

30 Jun 2011 - Menteri Pertahanan Zionis, Ehud Barak telah mengeluarkan arahan kepada semua tenteranya supaya menghentikan konvoi armada kapal LL4G ke-2 dengan menggunakan kekerasan tahap maksimum sekiranya aktivis LL4G ke-2 gagal menghentikan kapal mereka dari terus mara ke pelabuhan Semenanjung Gaza.

Radio Israel memetik ucapan Ehud Barak itu "Saya mengeluarkan arahan kepada semua armada laut tentera Israel supaya menghentikan konvoi "LL4G ke-2" dengan menggunakan keganasan dan kekerasan tahap maksimum jika perlu", kata Ehud Barak. Sementara itu, jurucakap tentera rejim Zionis, Avijay Aderay bertindak menafikan bahawa pihaknya bertanggungjawab mensabotaj dan merosakkan beberapa buah kapal konvoi LL4G ke-2 tetapi tidak menafikan insiden berkenaan adalah salah satu arahan daripada rejim tersebut untuk menghalang kedatangan konvoi tersebut dengan apa cara sekali pun.

Avijay Aderay berkata pihaknya tetap akan memastikan konvoi tersebut berlabuh sama ada di pelabuhan Israel di "Ashdod" atau di pelabuhan El Arish, Mesir dan setelah pemeriksaan dilakukan barulah semua barang akan dipunggah untuk dihantar ke Gaza melalui jalan darat. Jurucakap armada LL4G ke-2 berkata, terdapat percubaan zionis untuk menenggelamkan salah sebuah kapal konvoi yang dilakukan oleh agen Mossad Israel sebelum bantuan kemanusiaan itu belayar menuju ke Semenanjung Gaza.

Rabu, 29 Jun 2011

Rejim Zionis: Kami Tidak Akan Benarkan 1 Kapal Pun Dari Armada LL4G Ke-2 Sampai Ke Perairan Gaza

30 Jun 2011 - Ketua Turus Tentera Rejim Zionis, Jeneral Benny Gantz berkata bahawa pihaknya tidak akan sesekali membenarkan kapal armada LL4G ke-2 sampai ke perairan Gaza.

Jeneral Benny Gantz berkata sedemikian semasa majlis tamat tentera tambahan zionis. Bagi Israel, misi LL4G tersebut sebenarnya bukan sahaja tidak menghormati Israel sebagai sebuah negara tetapi secara tidak langsung mencabar kewibawaan Israel dan kami bersiap sedia menyahut cabaran itu, katanya lagi.

Rejim tentera Zionis telah melakukan persiapan rapi bagi menghadapi armada kapal LL4G ke-2 dan tidak akan membenarkan mereka melampaui sekatan tentera laut zionis yang dikenakan ke atas perairan Gaza, tidak kira samada aktivis membawa senjata atau tidak.

Jeneral Benny Gants menambah lagi, keadaan di Semenanjung Gaza adalah stabil, kerja-kerja pembangunan sedang pesat berlaku, rakyat Gaza boleh datang ke restoran, memandu kereta, menonton televisyen dan lainnya, apa lagi yang menyebabkan aktivis ini bersungguh-sungguh menghantar bantuan ke Gaza, tidak lain kecuali hendak mencabar Israel.

Selasa, 28 Jun 2011

Salam Isra' Dan Mikraj


Saya mengucapkan selamat menyambut peristiwa Isra' dan Mikraj kepada semua pengunjung blog sautulhaqq khususnya kepada yang beragama Islam... Semoga kita memperoleh keberkatan bersempena dengan peristiwa Isra' dan Mikraj ini.., Insyaallah... Marilah kita memperingati peristiwa ini dengan berusaha sedaya upaya membebaskan bumi Palestin dan Masjidil Aqsa dari cengkaman Zionis dan Yahudi laknatullah...

Ahad, 26 Jun 2011

NGO Jordan Membeli Kapal "Al-Karamah" Dan Menyertai Armada LL4G Ke-2

27 Jun 2011 - NGO Jordan mengumumkan mengenai pembelian sebuah kapal dengan kos 560,000 EURO bagi membawa aktivis mereka bersama-sama dengan 70 orang aktivis daripada 5 buah negara Arab yang lain yang akan menyertai konvoi LL4G ke-2 yang dijadual akan belayar akhir bulan ini ke Semenanjung Gaza sebagai sebahagian daripada kempen antarabangsa perpaduan untuk rakyat Palestin.

Bekas aktivis Jordan tahun lepas, Wael Saka katanya dalam sidang medianya semalam Ahad (26/06/2011), kapal tersebut boleh menampung kira-kira 200 orang penumpang. Pembayaran kapal berkenaan telah dibuat sebanyak 10% manakala bakinya akan dilangsaikan pada hari ini Isnin (27/06/2011). Wael Saka meramalkan bilangan aktivis Jordan yang menyertai armada LL4G ke-2 seramai 35 orang daripada 70 orang aktivis dari pelbagai negara arab sambil menambah bahawa kapal dari negara Arab itu salah satu daripada lapan buah kapal yang akan mengambil bahagian dalam armada LL4G ke-2. Kapal ini diberi nama "Al Karamah".

~ MAWAR BERDURI ~

MAWAR BERDURI,
Indah sungguh kelopak bungamu,
Secantik bahasa dan gerak gerimu,
Sopan ditiup sang bayu,
Batang dan dahanmu tetap tunduk malu,

MAWAR BERDURI,
Kelopakmu tetap dipelihara,
Daripada kumbang yang membinasa,
Duri di dahanmu tetap tersedia,
Mempertahankan kecantikkan dan kesucian jiwa,

MAWAR BERDURI,
Kau tetap sentiasa berdiri,
Menahan cabaran yang diberi,
Tetap tidak pernah hilang harga diri,
Dirimu indah sukar untuk didekati,
Walaupun dipujuk dan dirayu oleh nafsu sendiri,
Melainkan syariat yang memberi,

WAHAI MAWAR,
Si kumbang perkasa tidak akan tertawan,
Jika mawar kehilangan perawan dan keagungan,
Kerana dirimu telah rosak dibinasakan,

MAWAR,
Hilangnya hargamu wahai sekuntum mawar murahan,
Menayangkan kecantikkan yang tiada kesempurnaan,
Hanya terus bertuhankan nafsu dan keseronokan,
Dirimu ditinggalkan patah kelayuan.

Jumaat, 24 Jun 2011

MP Shah Alam Menarik Diri Dari Menyertai Misi LL4G Ke-2

Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad (gambar) telah membuat keputusan muktamad iaitu menarik diri daripada menyertai misi LL4G ke-2 yang dijadualkan berlangsung selama seminggu bermula minggu hadapan. YB Khalid Samad berkata, misi ke Gaza kali ini telah dicemari oleh politik BN dan penganjurnya.

“Saya sudah buat keputusan untuk menarik diri. Misi Gaza kali ini telah dicemari politiking oleh (PM) Najib Razak dan penganjurnya. Saya dimaklumkan NGO yang menyertai misi LL4G ke-2 ini pun hanya NGO yang pro-BN iaitu Aman Malaysia dan Ihsan (Pekida). Muslimcare, Haluan Palestin,Yayasan Amal serta beberapa NGO yang lain semua menarik diri.

“Selebihnya saya akan kemas kini dalam blog saya sebaik sahaja kembali dari Mekah ke Jazan,” katanya petang ini. Dalam kenyataan Ahad lalu, YB Khalid Samad mengakui “berat hati” untuk menyertai misi keselamatan membantu rakyat Palestin selepas mendapati Umno cuba memonopoli program itu dengan menggugurkan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) pro-Pakatan Rakyat ke Palestin.

Justeru itu, beliau yang akan mewakili ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat berkata perkara tersebut akan dibincangkan terlebih dahulu bersama kepimpinan PR dan akan memutuskan sama ada menarik diri ataupun sebaliknya. Mengulas lanjut, YB Khalid Samad juga berkata beliau langsung tidak tahu menahu mengenai 10 orang sukarelawan Malaysia yang lain yang menyertai misi ini yang akan berlepas ke Athens, Ahad ini (26/06/2011).

“Saya tidak menerima sebarang maklumat daripada penganjur berkenaan perkara terbaru ini. Kali terakhir saya menelefon penganjur pada 20 Jun lepas tetapi tiada kata putus berkenaan sukarelawan yang akan terlibat. “Ini yang buat saya lebih yakin ada agenda lain… bukan untuk menolong rakyat Palestin di Gaza tetapi bermotifkan politik semata-mata,” ujarnya lagi.

“Kali terakhir saya menghubungi penganjur pada 20 Jun 2011 (Isnin), tiada pengesahan pada masa itu,” katanya lagi dalam kenyataan SMS hari ini. YB Khalid Samad akan kembali ke tanah air pada Selasa depan (28/6/2011). Berdasarkan laporan semalam, 10 sukarelawan pasukan LL4G ke-2 yang akan mewakili Malaysia akan berlepas Ahad ini(26/6/2011).

Menurut laporan itu sukarelawan itu terdiri daripada Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, rombongan yang diketuai Presiden LL4G Dr Noorazman Mohd Samsudin, disertai Pengerusi Aman Malaysia Datuk Ahmad Zaki Zahid, Khalid Samad dan Bendahari Muslim Care Malaysia Zulkefli Wahijan. Mengikut laporan media sebelum ini, misi tersebut yang dijangka memulakan pelayaran ke Gaza pada 27 atau 28 Jun bertemakan “Pertahankan Kemanusiaan” dan akan disertai 13 kapal antarabangsa — 10 kapal penumpang dan tiga kapal kargo.

Misi yang menghantar bantuan kemanusiaan itu turut akan memberi tekanan kepada Israel supaya menamatkan sekatan ekonomi terhadap penduduk Palestin khususnya di Gaza. Flotilla itu bukan hanya disertai sukarelawan negara Islam, malah dari AS, Eropah dan negara-negara Barat.

Dalam tulisan di blognya kelmarin, YB Khalid Samad berkata Umno sekali lagi membuktikan bahawa ia adalah parti yang sentiasa berusaha untuk menipu rakyat dan menghalang kebenaran daripada terserlah. “Saya masih ingin menyertai walaupun misi ini ketika ini dikelilingi dengan pemainan politik, penipuan serta ketidakikhlasan. Insya-Allah saya akan ke Mekah pada petang Rabu (22/06/2011) dan di hadapan Kaabah nanti saya akan beristikharah mengenai penglibatan saya dalam misi ini.

“Misinya penting seperti yang saya sebutkan di atas, namun tidak perlu saya terlibat sekiranya ia bermatlamatkan kepentingan politik Umno dan untuk dijadikan hujah untuk menipu rakyat. Kononnya mereka membela rakyat Palestin sedangkan sumbangan mereka kepada APCO sebanyak RM147 juta dalam tempoh dua tahun amat disyukuri Israel,” katanya lagi. Kata beliau kagi, “misi yang semulia ini tidak sepatutnya dicemari melalui putar belit politik dan penipuan dan pembohongan seperti yang telah berlaku.”

“Belum apa-apa lagi, ia sudah jelas, misi LL4G ke-2 tidak akan sama seperti misi LL4G yang pertama. Sebenarnya, flotilla pertama dahulu tidak diambil tahu pun oleh pihak kerajaan BN sehinggalah apa yang telah berlaku. “Sekembalinya mereka ke tanah air, mereka disambut oleh Najib dan segala kepura-puraan bermula selepas itu. Cuma bezanya pada kali ini, ia bermula dari awal lagi,” kata YB Khalid Samad yang juga ahli jawatankuasa kerja PAS pusat.

Rabu, 22 Jun 2011

Hamas Tolak 100% Pandangan Dan Kenyataan Bodoh Mahmoud Abbas

23 Jun 2011 - Pergerakan HAMAS telah menolak kenyataan dan pandangan yang telah dikeluarkan oleh Presiden FATAH, Mahmoud Abbas dimana beliau telah berkata "bahawa dia seorang sahaja yang bertanggungjawab dalam pembentukan kerajaan akan datang". Pergerakan HAMAS menggambarkan komen beliau sebagai satu kenyataan media yang tidak wajar dikeluarkan dan bodoh. Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri telah berkata bahawa kenyataan Mahmoud Abbas sebenarnya akan menjejaskan kepentingan negara Palestin dan usaha-usaha perdamaian. Beliau meminta supaya pihak FATAH dan Mahmoud Abbas berhenti mengeluarkan kenyataan bodoh yang boleh merosakkan usaha damai Hamas-Fatah.

Abbas berkata demikian dalam siaran TV LBC, Lubnan yang disiarkan secara langsung bahawa hak untuk memilih ketua kerajaan yang akan dibentuk berada di tangannya dan Salam Fayyad adalah pilihannya dan berjaya atau tidak kerajaan tersebut ditentukan olehnya bukan Khaled Meshaal. Beliau menambah, bahawa kerajaan peralihan akan mengambil masa selama 10 atau 11 bulan dan tugas utamanya adalah pembinaan semula Gaza dan bersedia untuk pilihan raya.

Selasa, 21 Jun 2011

Sabtu, 18 Jun 2011

Khas Untuk Calon Bidadariku


Ukhti…
Jikalau tiba saatnya kita bertemu…
bersabarlah dikau dengan kekuranganku…
bersabarlah dikau dengan apa yang tampak sekilas…
sesungguhnya aku ini hanyalah seorang anak adam yang biasa-biasa saja…
yang biasa dipandang sebelah mata…

Ukhti…
Jika Allah memang memilihku untuk mendampingimu…
Kumohon…
Hendaklah dikau selalu mengingatkan diriku yang lemah ini…
Yang mungkin mengabaikan hak-hakmu…
Yang mungkin lupa diri dan tak tau diri…
Yang mungkin lupa akan segala kewajipanku ini.

Ukhti…
Terimalah salamku ini…
Jagalah dirimu dengan sebaik-baiknya ukhti…
Berimanlah kepada Allah…
dan bertaqwalah kepada Allah…
Patuhilah perintah Allah dan Rasul-Nya…
Jangan terikut dengan tipu muslihat musuh-musuh Islam...

Ukhti…
Ingatlah…
Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar…
Jikalau bukan takdir kita untuk bertemu...
Mungkin itulah yang terbaik dari-Nya…
Doaku semoga Allah mempertemukanmu dengan Ikhwan yang lebih baik dariku...
Yang akan membahagiakanmu di dunia dan membimbingmu menuju kebahagiaan akhirat…
Akhir kata…
Wassalam...

Jumaat, 17 Jun 2011

Haluan Palestin Menarik Diri Dari Menyertai Misi LL4G Ke-2

NGO Haluan Palestin

HALUAN PALESTIN menyokong setiap usaha membantu rakyat Palestin dan membebaskan bumi wakaf umat Islam itu dari kezaliman dan penaklukan rejim pengganas zionis Israel. Sukacita kami memaklumkan bahawa pihak HALUAN PALESTIN telah membuat keputusan untuk TIDAK MENYERTAI misi pelayaran Lifeline4Gaza (LL4G) Ke-2 kerana sebab-sebab berikut:

1) Perkembangan geopolitik positif yang sedang berlaku di Mesir dan Gaza pada ketika ini dan pintu masuk Rafah telah mula dibuka. Pihak HALUAN PALESTIN berpendapat penduduk Palestin, khususnya di Gaza lebih memerlukan bantuan kewangan dan keperluan asas yang boleh disalurkan secara langsung melalui pintu masuk Rafah. Oleh kerana itu sumbangan yang telah dikumpulkan untuk tujuan misi LL4G ke-2 lebih utama disampaikan melalui jalan darat daripada digunakan untuk pembiayaan pelayaran LL4G ke-2.

2) Oleh kerana LL4G diwujudkan bertujuan untuk menjayakan konvoi bantuan ke Gaza, maka pihak HALUAN PALESTIN dengan berat hati memutuskan menarik diri dari menyertai gabungan LL4G dan aktiviti-aktiviti berkaitan dengannya.

3) HALUAN PALESTIN akan terus beriltizam untuk memperjuangkan nasib rakyat Palestin yang tertindas dan melaksanakan aktiviti-aktiviti pada masa akan datang, terutama dalam program dan projek yang melibatkan kerjasama badan-badan lain. Program-program bantuan dan pemulihan jangka pendik dan juga jangka panjang gigih dirancang dan dilaksanakan oleh pihak HALUAN PALESTIN melalui Biro HALUAN Palestin.

4) Mesyuarat Tahunan Perwakilan HALUAN pada 1hb Mei 2011 di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, telah melantik Dr Syed Muhamad Haleem Bin Syed Hassan sebagai Pengerusi Biro HALUAN Palestin bagi sesi 2011/2013. Beliau bertanggungjawab kepada HALUAN dalam aktiviti, projek dan isu-isu Palestin.

"Bersatu Untuk Palestin"



-----------------------
Unit Media HALUAN.
17 Jun 2011.

Mavi Marmara Menarik Diri Dari Menyertai Misi LL4G Ke-2

(kapal mavi marmara)

17 Jun 2011 - Penganjur Armada LL4G Turki telah mengambil keputusan untuk menarik diri dari menyertai Misi LL4G ke-2 dalam usaha memecahkan kepungan ke atas Gaza. Jurucakap Yayasan Bantuan Kemanusiaan Turki, Hussein Oroch berkata kepada media bahawa serangan Israel ke atas kapal Mavi Marmara telah membawa krisis yang serius antara Turki dan Israel.

Hussein Oroch menekankan bahawa beberapa dokumen untuk perjalanan masih lagi hilang akibat daripada kerosakan yang dialami semasa serangan Mei tahun lalu. Beliau berkata demikian dalam temuramah dengan Agence France Presse kemungkinan keputusan akhir penyertaan kapal Mavi Marmara akan diketahui Jumaat depan dan kemungkinan keputusan menangguhkan perjalanannya beberapa minggu.

Majlis Perasmian Pasukan LL4G Malaysia

MAJLIS PELANCARAN PASUKAN LL4G MALAYSIA

TEMPAT:
STADIUM BADMINTON CHERAS, SELANGOR

TARIKH:
18 JUN 2011 (SABTU)

MASA:
7.00 MALAM

DIRASMIKAN OLEH:
YAB DATO’ SRI MOHD NAJIB TUN HJ ABDUL RAZAK

PEMIDATO KHAS:
YB KHAIRI JAMALUDDIN BIN AKU BAKAR (MP REMBAU)

&

TUAN HJ MOHAMAD SABU

(tentatif program)

"Ya ALLAH, bantulah dan kasihanilah pejuang-pejuang yang mempertahan dan memperjuangkan agama-Mu di Gaza dan Palestin. Ya ALLAH… hanya kepada-Mu kami berserah dan memohon pertolongan. Andai dosa kami begitu besar sehingga ENGKAU tidak memandang kami, maka ENGKAU pandanglah darah-darah yang tersembur keluar dari tubuh pejuang-pejuang-Mu di Gaza dan Palestin."

Amin...


MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI

Rabu, 15 Jun 2011

Hamas Mengucapkan Tahniah Diatas Kejayaan Besar Parti AK Dalam Pilihanraya Umum Ke-13 Turki

16 Jun 2011 - PM Palestin, Ismail Haniyeh mengucapkan tahniah atas kemenangan parti Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan dari parti Keadilan dan Pembangunan (AK Party) dalam pemilihan parlimen Turki yang berlangsung pada hari Ahad yang lalu. Ismail Haniyeh dalam kenyataan akhbarnya berharap Recep Tayyip Erdogan dan jentera partinya akan berjaya dalam tempoh yang mendatang.

Parti AK telah memenangi lebih daripada 50 peratus kerusi di Parlimen Turki dan cukup untuk membentuk kerajaan bagi tempoh 3 penggal berturut-turut. Presiden Mahmoud Abbas juga dalam dua telegram yang berasingan mengucapkan tahniah kepada Presiden Turki, Abdullah Gul dan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan diatas kemenangan partinya.

Mahmoud Abbas berkata demikian dalam sidang medianya menyatakan kebanggaannya dalam ikatan persahabatan dan perpaduan antara kedua-dua negara serta melihat sokongan Turki itu sebagai salah satu perjuangan mereka membebaskan dan impian untuk menjadikan negara Palestin sebagai negara yang merdeka. Manakala Parti Rakyat Republik - parti sekular pembangkang terbesar telah mendapat undian sebanyak 25.8 peratus.

Akhbar Utusan Menghina Hukum Hudud

Karikatur Yang Terdapat Di Dalam Akhbar Utusan Yang Bertarikh
15/06/2011 (Rabu) Halaman 15

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Saya nak kongsi dengan anda semua mengenai satu penghinaan terhadap salah satu hukum hudud iaitu hukum zina di akhbar tempatan yang bernama "UTUSAN"... Saya mintak ketepikan fahaman politik anda dan kerjasamalah mendesak kerajaan Malaysia khususnya menyiasat penghinaan terhadap hukum Allah ini dan jangan bertindak berdiam diri dan melindungi pelakunya disebabkan pelakunya cenderong menyokong pihak kerajaan...

Umat Islam diajak bersama-sama mengutuk sekeras-kerasnya tindakan akhbar Utusan menyiarkan karikatur berkenaan... Lakaran kartun berkenaan dilihat begitu jelas sekali memperlekehkan aspek sistem keadilan di dalam Islam dengan memaparkan seorang wanita yang mendakwa dirogol dan diminta mendatangkan 4 orang saksi serta ditolak bukti melalui rakaman videonya. Jelas sekali mesej yang ingin disampaikan oleh pelukis kartun berkenaan ialah betapa zalim dan primitifnya Islam dalam menggariskan syarat penghakiman bagi kes zina, liwat dan rogol.

Kepada pihak kerajaan khususnya kerajaan Malaysia, perlu diingatkan bahawa penentuan hukuman bukan dibuat oleh mana-mana manusia seperti mana yang ingin disampaikan melalui kartun tersebut tetapi ia dibuat melalui firman Allah yang bermaksud:" Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak memdatangkan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebatan dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya kerana mereka adalah tergolong dikalangan orang-orang yang fasik." (Surah an-Nur ayat 4)

Antara tujuan hukuman sebat dikenakan kepada penuduh yang gagal mendatangkan 4 orang saksi ialah untuk memelihara maruah orang yang dituduh, nama baiknya telah dicemarkan dengan tuduhan yang tidak berasas iaitu zina (termasuk juga rogol dan liwat). Dalam kes seorang wanita yang mendakwa dirinya dirogol, pengadu juga wajib membawa empat orang saksi yang melihat perkara tersebut. Bagaimanapun, jika saksi tidak dapat dibawa, video atau apa jua bukti yang lain yang disebut sebagai "qarinah" boleh diterima pakai namun perlulah dibuat secara tertutup tanpa sebarang hebahan kepada masyarakat awam kerana pertuduhan tersebut masih belum dibuktikan. Tuduhan dan bukti-bukti tersebut hendaklah dibicara di dalam mahkamah dihadapan hakim yang berautoriti dan berkaliber. Justeru itu, video dan apa jua bahan bukti boleh diterima sebagai bukti untuk dibicarakan di mahkamah tetapi ia tidak mutlak sebagaimana empat orang saksi yang adil. Ia tidak boleh dijadikan rujukan asas kerana ia boleh dimanipulasi dan terdedah kepada rekaan dan pengubahsuaian.

Inilah keadilan hukum Islam. Ia menjaga hak orang yang menuduh dan juga menjaga hak orang yang dituduh. Jika hanya orang yang menuduh sahaja mempunyai hak, sesiapa sahaja berhak untuk tampil mendakwa dirinya dirogol dengan membawa bahan bukti yang direka-reka sementara menunggu perbicaraan bermula, si tertuduh telah diaibkan dan dijatuhkan maruahnya.

Marilah kita sama-sama menuntut Akhbar Utusan memohon maaf secara terbuka

Isnin, 13 Jun 2011

Parti AK Menang Besar Dalam Pilihanraya Umum Ke-13 Turki

ANKARA: Parti AK (keadilan dan pembangunan) pimpinan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan telah mencapai kemenangan besar bagi penggal ketiga dalam pilihan raya parlimen negara itu namun parti berkenaan kekurangan empat kerusi dan ia menghalang parti berkenaan untuk meminda perlembagaan Turki jika tidak berpakat dengan parti lain. Recep Tayyip Erdogan telah berjaya menjadikan ekonomi Turki ke tahap yang paling pesat membangun dan berjaya mematahkan beberapa cubaan rampasan kuasa tentera terhadapnya. Parti AK pimpinannya juga menang pada p[ilihanraya kali ini dengan kiraan 49.9 peratus daripada keseluruhan undi dalam pilihan raya umum ke-13 sekaligus mencatatkan undi yang paling besar yang pernah dimenangi parti itu sepanjang penubuhannya.

Parti AK yang mula berkuasa pada tahun 2002 bagaimanapun memperoleh kurang empat kerusi daripada majoriti 330 kerusi yang diperlukan untuk meminda perlembagaan TURKI jika tidak mendapatkan sokongan dari parti lain. Keputusan itu bagaimanapun telah meningkatkan pasaran kewangan Turki dengan nilai mata wang lira menjadi semakin kukuh berbanding dolar. Parti AK terpaksa berkompromi dengan beberapa parti lain bagi meminda perlembagaan yang ditulis mengikut undang-undang tentera 30 tahun lalu. Erdogan ketika menyampaikan ucapan selepas kemenangan partinya, berikrar akan mendapatkan kompromi dengan parti pembangkang.

“Rakyat sudah memberikan mesej bahawa pindaan perlembagaan baru perlu dilakukan melalui rundingan tolak ansur dan bersepadu. Kami juga tidak akan menutup pintu kepada pembangkang, sebaliknya akan mendapatkan pandangan mereka,” katanya. Parti AK dalam kempen pilihan raya sebelum ini memberi jaminan untuk meminda perlembagaan dan menjadikannya lebih liberal, bagi menggantikan perlembagaan sedia ada, walaupun Erdogan enggan mengulas lanjut mengenainya.

Parti pembangkang utama, Parti Rakyat Republikan (CHP) menduduki tempat kedua dengan memperolehi undi sebanyak 25.9 peratus undi dan 135 kerusi parlimen, diikuti Parti Tindakan Nasionalis (MHP) yang memperoleh 53 kerusi. Selain Parti AK, Parti Demokrasi dan Keamanan Kurdis (BDP) juga mencapai kemenangan besar apabila calonnya yang bertanding sebagai wakil bebas telah mendapat sekurang-kurangnya 10 peratus undi dan berjaya menambah lagi kerusi daripada 20 kepada 36.

Diktator Zine El Abidine Ben Ali Dibicara Pada 20 Jun 2011

TUNISIA: Perbicaraan terhadap bekas Presiden Tunisia, diktator Zine El Abidine Ben Ali (gambar) yang kini berada dalam buangan di Arab Saudi akan bermula pada 20 Jun 2011 (Isnin). Kenyataan itu diumumkan oleh Perdana Menteri sementara Tunisia, Beji Caid Essebsi pada hari Selasa (14 Jun 2011).

“Saya mengumumkan buat kali pertama, perbicaraan itu akan bermula pada 20 Jun ini," kata Beji Caid Essebsi kepada stesen televisyen rasmi Tunisia. Beliau berkata lagi, diktator Zine El Abidine Ben Ali dan rakan sekutunya akan berdepan dengan lebih 90 pertuduhan.

Setakat ini, kerajaan Arab Saudi masih tidak memberi sebarang reaksi terhadap permintaan Tunisia bagi mengekstradisi dan menyerahkan bekas Presiden itu ke Tunisia bagi menghadapi perbicaraan disana.

Jumaat, 10 Jun 2011

Mohon Jasa Baik Anda

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Saya telah menyertai sebuah pertandingan membina blog di laman web "Selangor Idaman ku"... Saya mohon jasa baik anda semua vote blog saya yang baru direka yang bernama "MUJAHID MEMBURU SYAHID" Semoga Jasa anda semua vote blog saya dibalas Allah dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda... Insyaallah...

Cara-cara anda vote blog saya...

1) Anda perlu membuka laman web "Selangor Idaman Ku" di alamat: http://selangoridamanku.com/



2) Anda perlu menekan butang "Click Here To Vote" di Open Category... Ianya berada dibahagian kanan sekali...



3) Seterusnya anda vote blog saya yang bernama "MUJAHID MEMBURU SYAHID" dengan menekan butang yang tertera kalimah "VOTE"

Semoga jasa baik anda semua Allah membalasnya dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda... Jasa anda semua sangat dihargai dan diucapkan dengan ribuan terima kasih... Semoga Allah memberkati hidup anda.

Bukti Kebesaran Allah... Kalimah Allah Dan Nabi Muhammad Kelihatan Pada Peta Dunia

Assalamualaikum... Saya ingin kongsi dengan anda semua mengenai 1 bukti kekuasaan dan kebesaran Allah... Bukti tersebut terdapat di peta dunia... Ianya jelas setelah diterbalikkan dan dicerminkan... Saksikan...

(gambar diatas) gambar peta dunia setelah diterbalikkan dan dicerminkan

(gambar diatas) cuba anda lihat... ianya nampak terbentuk satu kalimah... dan apabila kalimah Allah dan Nabi Muhammad ditulis mengikut bentuk muka bumi... Subhanallah... ia kelihatan dengan jelas sekali...


Maksud Ayat Al-Quran Surah Al-An'aam: ayat 75... :
"Dan demikian Kami (Allah) perlihatkan kepada Ibrahim tanda-tanda keagungan di langit dan di bumi agar dia termasuk dikalangan orang yang yakin."

Ceramah Khas Bersama Ulama' Palestin Di Selangor

CERAMAH KHAS ULAMA' PALESTIN

Tarikh:
14 Jun 2011 (Selasa)

Tempat:
Surau As-Siddiqin, Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor

Masa:
9.00 Malam

Penceramah Jemputan:
Syeikh Abu bakar Al-Awawida (Penasihat kanan Ikatan Ulama' Palestin)

Muslimin Dan Muslimat Dijemput hadir beramai-Ramai




Ceramah Khas Bersama Ulama' Palestin Di Pahang


CERAMAH KHAS ULAMA' PALESTIN

Tarikh:
11 Jun 2011 (Sabtu)

Tempat:
Masjid Syaidina Umar Al-Khattab, Perkampungan Cenderawasih, Kuantan, Pahang

Masa:
7.45 Malam

Penceramah Jemputan:
Syeikh Abu bakar Al-Awawida (penasihat kanan ikatan ulama Palestin)

Muslimin Dan Muslimat Dijemput Hadir Beramai-Ramai

Rabu, 8 Jun 2011

♥ ♥ ♥ Aku Telah Dikhitbah ♥ ♥ ♥

Assalamualaikum... Pasti pembaca sekalian (khususnya sahabat-sahabat yang mengenali diri ini) terkejut dengan berita ini. Ana mohon maaf kerana tidak memberitahu dan menjemput kalian. Tetapi, ana minta anda teruskan membaca artikel ini... Jazakallah Khairan Kathira ana ucapkan...

-----------------------------------------------------

Hari-hari yang berlalu kulewati rasanya seakan-akan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Ya, hanya beberapa minggu sudah berlalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha untuk berlapang dada. Kadang-kadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir dengan kita disaat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpinku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang insyirah. Tiada kelebihan yang istimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalanku juga menggunakan dua kaki, aku melihat juga dengan menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku boleh melihat dengan menggunakan sepasang mata pinjaman Allah, aku boleh mendengar dengan menggunakan sepasang telinga pinjaman Allah juga dan aku boleh bercakap dengan menggunakan lidah yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Saidatina Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Saidatina Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahandanya dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah... Destinasi aku juga sama seperti destinasi kalian iaitu Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabat yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat dua tanganku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diamku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diamku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab dengan tenang... "Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu mengangguk perlahan.

Dalam beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh sanubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang di fikiranku, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya dan aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah...

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak menbaca al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh ini. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemaniku ketika sedang menanti kedatangan hari itu. Benar, aku sedang memujuk gelora hatiku. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukuplah mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluargaku sahaja.

"Insya Allah, "dia" tiada rupa tetapi "ia" mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah berapa kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyum dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabat juga merasa kehilanganku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa'ku iaitu al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafasku dalam menanti kedatangan hari itu.

"Bila anti menikah?" Khalilah bertanya.

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti anda akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.

"Kalau anda tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak ye!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahanku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati denganku.

"Insyaallah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya mampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

"Insyirah, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, ana puasa."

Sahabat-sahabat semakin galak mengusik.

"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku wahai sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya... Subhanallah... Allahuakbar..."

"Ya Allah, tenangnya..."

"Moga Allah memberkatinya...."

Ya Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, ucapan teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabat ramai yang datang di majlis walimahku meskipun aku tidak menjemput mereka.

Akhirnya, mereka ketahui sosok "dia" yang mendekatkan aku kepada Allah.

Akhirnya, mereka kenali sosok "dia" yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.

Akhirnya, mereka sama-sama mengambil "ibrah dari sosok "dia" yang mengkhitbahku.

Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan "dia" yang mendekatkan aku dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukanlah kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba-Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran dan harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Khalilah datang dan bertanya kepada ibuku beberapa minggu kemudian...

"Insyirah bertunang dengan siapa, makcik?"

Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan dari terus mengalir.

"Buku yang sering dibacanya ini, malam pertama???" Tanya Khalilah.

Ibu mengangguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk "Malam Pertama di Alam Kubur".

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Sejak dari hari dia "dikhitbah" , selalu Insyirah berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan nanti..."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terkeluar dari mulutnya. Matanya basah tatkala menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibunya.

"Satu cincin ini yang aku pakai sebagai tanda aku dirisik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diriku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim. Baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH memintanya. Dan ibu mengambil "ibrah" ini bukan kerana namanya (Ummu Sulaim), tetapi kerana akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."

* Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tidak berharga.

~ Kullu nafsin za'iqatul maut ~

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Ini bukan kisah hidupku. Namun, aku yakin dan pasti, aku bakal menemui Hari Bahagia itu. Tapi adakah sama dengan jalan ceritanya???? Ayuh fikirkan! Hati sedih berbaur pedih jika ia berlaku dekat denganku... Adakah ia sama dengan kehidupan yang sedang anda lalui... Bangga aku dengan Insyirah, apabila dia telah disahkan "dikhitbah". Dia semakin mendekatkan dirinya pada-Nya.

Apabila kita menyingkap tirai kehidupan reality, apabila seseorang itu telah dikhitbah, orang itu mahu menghabiskan masanya untuk "enjoy", menghabiskan masa bersama kawan-kawan, makan sepuas-puasnya. Kerana berfikir bahawa selepas ini, tidak akan ada masa lagi untuk semua itu. Semoga Kisah pertunangan Insyirah ini dapat dijadikan pedoman..

Fikirkan: Adakah kita telah 'dikhitbah'? ya, mungkin tanpa pengetahuan kita... Sangat sedikit yang mengetahui akan waktu itu... Sama-samalah kita membuat persedian untuk "hari bahagia" itu... Jangan ditunggu hari itu baru nak beramal dan mendekatkan diri pada-Nya. Jadikan AL-QURAN sebagai teman sepanjang masa dan dimana jua anda berada. Semoga Allah sentiasa melindungi dan memberi hidayah kepada kita semua. amin...

Selasa, 7 Jun 2011

Mesir Membuka Semula Pintu Sempadan Rafah Selepas Menutupnya Selama 3 Hari

8 Jun 2011 - Ketua Penyelaras Sempadan Rafah, Ir. Hatem Uwaidah berkata pintu sempadan Rafah akan dibuka semula pada hari Rabu (08/06/2011) kepada penumpang yang ingin bergerak ke Gaza yang telah mendaftar pada hari Sabtu dan Khamis lalu sahaja.

Pihak imigresen Palestin terpaksa menutup pintu sempadan akibat daripada Mesir yang bertindak menutup pintu sempadannya tanpa sebab selama 3 hari berturut-turut. Kerajaan Palestin juga menolak untuk membuat telahan dan dakwaan bahawa penutupan pintu sempadan di pihak Mesir disebabkan berlakunya perbincangan untuk memulihkan lagi keadaan.

Kerajaan Palestin terkejut pada pagi Sabtu lalu apabila Mesir menutup pintu sempadan Rafah tanpa sebarang pemberitahuan kerana antara syarat perdamaian yang ditandatangani di Kaherah, Mesir ialah pintu sempadan Rafah akan dibuka secara kekal tanpa gangguan oleh Kerajaan Mesir.

Hamas Risau Mesir Tunduk Kepada Tekanan Rejim Zionis Laknatullah Dan AS

8 Jun 2011 - Pemimpin Hamas, Mahmoud Zahar menuntut kerajaan Mesir komitmen dalam membuat keputusan yang telah diumumkan dalam beberapa ketetapan yang telah dipersetujui bersama terutamanya pembukaan sempadan Rafah secara kekal. Pihaknya melahirkan rasa kecewa atas sikap Mesir yang tidak komited terhadap keputusannya sendiri.

Mahmoud Zahar melahirkan rasa kekhuatirannya terhadap kemungkinan Mesir akan menarik balik segala keputusannya termasuk isu pembukaan sempadan Rafah akibat tekanan politik dan keselamatan. Keputusan mengejut Mesir itu berlaku tanpa memberikan sebarang alasan dan bertulis menampakkan jelas bahawa Mesir kini berada di dalam tekanan yang kuat dari pihak Israel dan AS.

T-Shirt Konvoi Memperingati Peristiwa Nakbah Di Pasaran


sesiapa yang ingin membeli baju t-shirt "MENYOKONG PEMBEBASAN AL-AQSA... MEMPERINGATI AN-NAKBAH!!!" anda bolehlah:

* hubungi saudari syimah di talian: 03-87334636
* email: produk@aqsasyarif.org.my
* harga sehelai t-shirt: RM25.00 (termasuk kos hantaran)
* size: M, L & XL

Isnin, 6 Jun 2011

Palestin Menuntut Janji Kerajaan Mesir Membuka Pintu Sempadan Rafah Selama-Lamanya

7 Jun 2011 - Kerajaan Palestin memohon kepimpinan Mesir yang dipimpin oleh Tentera untuk mengekalkan kemudahan sebagaimana yang telah diumumkan sebelumnya di sempadan Rafah untuk meringankan penderitaan warga palestin di Semenanjung Gaza khususnya.

"Kami menyeru kepimpinan Mesir yang dipimpin oleh Tentera, kerajaan Mesir, Perisikan, Tentera Perisikan, Kementerian Luar Negeri Mesir dan semua pihak Mesir untuk mengembalikan kemudahan seperti yang dijanjikan sebelum ini untuk meringankan penderitaan pesakit dan pelajar warganegara Palestin", kata jurucakap rasmi kerajaan Palestin.

Jurucakap kerajaan Palestin, Hasan Abu Hashish berkata lebih dari 10 ribu orang palestin telah berdaftar untuk melakukan perjalanan melalui pintu sempadan Rafah beberapa hari lepas, disamping sudah hampir musim umrah serta cuti musim panas yang akan meningkatkan jumlah kadar keluar masuk dari Gaza ke Mesir.

Sempadan Rafah Ditutup 3 Hari

7 Jun 2011 - Pengarah sempadan Rafah Ayyub Abu Sya'ri, berkata kerja-kerja di persimpangan sempadan Rafah masih lagi tertunda selama tiga hari berturut-turut. Beliau dalam kenyataan akhbar hari ini: "Kami belum menerima jawapan daripada Kementerian Luar Negeri Palestin mengenai rundingan dengan pihak Mesir mengenai mekanisme kerja di persimpangan tersebut". Pihak berkuasa Mesir telah menutup sempadan Rafah tanpa rundingan sebelumnya dengan pihak Palestin bermula Sabtu lalu.

Sabtu, 4 Jun 2011

Mohon Kerajaan Malaysia Segera Mengambil Tindakan Tegas



Assalamualaikum... Saya nak kongsi dengan anda semua mengenai sebuah wordpress yang menghina Allah, Nabi Muhammad dan agama Islam... (saya ada terbit artikel mengenainya sebelum ini)... Wordpress ini didapati beberapa kali mengubah URLnya bagi mengelakkan wordpressnya dikesan dan diaccess... Mohon yang beragama Islam membuat laporan polis mengenai wordpress ini kerana ia terang-terangan menghina agama Islam...

Saya juga berharap anda semua mendesak kerajaan Malaysia khususnya mengambil tindakan tegas keatas wordpress ini dan tuan empunya... Kerajaan Malaysia sangat dikesali kerana sampai sekarang masih tidak mengambil tindakan meskipon sudah heboh isu ini di dada-dada akhbar utama dan ribuan laporan polis dibuat... Kerajaan Malaysia mengaku Malaysia adalah negara Islam, sewajarnya kerajaan Malaysia membuktikannya dengan mengambil tindakan tegas terhadap wordpress ini dan tuan empunya wordpress... Mohon anda semua tunjukkan bukti anda sayangkan Islam dan Nabi anda...

Pemuda Yang Dikahwini Dengan Bidadari Syurga

Assalamualaikum... Saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai satu kisah yang bertajuk "Pemuda Yang Dikahwini Dengan Bidadari Syurga". Bertuah sungguh pemuda berkenaan. Pemuda berkenaan dikenali sebagai Sa'ad bin Assulami, salah seorang daripada sahabat Rasulullah s.a.w.. Begini kisahnya:

Pada suatu hari, Sa’ad bin Assulami datang bertemu Rasulullah s.a.w. dan berkata:“ Ya Rasulullah, apakah akan terhalang seseorang itu masuk syurga disebabkan mukanya yang hitam dan hodoh?” Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak, demi Allah yang jiwa aku di tangannya selama mana kamu yakin kepada Tuhan kamu dan ajaran Rasul-Nya.”

Maka Sa’ad berkata: “Ya Rasulullah, demi Allah yang memuliakan kamu dengan kenabian. Saya telah mengucapkan kalimah syahadat kira-kira lapan bulan yang lalu dan saya telah datang ke sini untuk meminang seorang yang ada di sini tetapi mereka semua menolak pinanganku dan mengatakan saya ini hitam dan hodoh”. Sa’ad berkata lagi:“ Ya Rasulullah, sebenarnya saya adalah daripada keturunan yang baik iaitu dari suku Bani Sulaim, hodohnya saya adalah daripada keturunan ibu saya.”

Kemudian Rasulullah s.a.w. bertanya kepada yang hadir:“ Adakah Amru bin Wahab yang baru masuk Islam daripada suku kaum Tsaqief berada di sini?” Maka yang hadir berkata:“ Tidak ada ya Rasulullah.” Lalu Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Sa’ad:“ Adakah kamu mengetahui dimana rumahnya?” Sa’ad berkata:“ Ya, saya tahu dimana rumahnya, ya Rasulullah.” Rasulullah s.a.w. lalu berkata:“ Pergilah kamu ketuk rumahnya perlahan-lahan kemudian kamu beri salam kepadanya. Apabila dia mengizinkan kamu masuk, maka katakan kepadanya bahawa Rasulullah s.a.w. mengahwinkan aku dengan puterinya.”

Amru bin Wahab mempunyai seorang puteri yang sangat cantik dan cerdik yang bernama Atiqah. Selepas Sa’ad tiba di rumah Amru, dia disambut dengan begitu baik sekali walaupun Amru tidak berapa senang dengan kedatangannya disebabkan mukanya yang hitam dan hodoh. Amru semakin tidak senang apabila Sa’ad menyampaikan kata-kata Rasulullah s.a.w.. Dia menolaknya dengan cara kasar hingga menyebabkan Sa’ad terus keluar dan bertemu Rasulullah s.a.w..

Sebaik sahaja Sa’ad pergi, maka puterinya berkata:“ Wahai ayahku, carilah keselamatan sebelum turunnya wahyu membuka perbuatan kamu itu. Jika benar Rasulullah mengahwinkan aku dengan orang itu, maka aku terima dengan hati terbuka dan rela. Aku rela atas apa yang diredakan oleh Allah dan Rasul-Nya untukku.”

Maka pergilah Amru ke majlis Rasulullah s.a.w. dan dia telah ditegur oleh orang yang berada di situ:“ Jadi kamulah orang yang menolak pinangan Rasulullah itu?” Amru berkata:“ Ya benar, tetapi aku minta ampun kepada Allah kerana aku sangka dia berdusta. Apabila aku dapati dia benar maka aku terima dia dan sedia mengahwinkan dia dengan puteriku. Kami berlindung jangan sampai Allah dan Rasul-Nya menjadi murka.”

Selepas itu, Sa’ad pun dikahwinkan dengan mahar sebanyak 400 dirham. Rasulullah s.a.w. memberitahu khabar itu kepadanya dan menyuruhnya pergi berjumpa dengan isterinya. Lalu Sa’ad berkata:“ Ya Rasulullah, demi Allah yang mengutuskan kamu sebagai Nabi, saya sesungguhnya tidak ada wang dan saya terpaksa meminta daripada saudara saya.”

Rasulullah s.a.w. berkata:“ Mahar untuk isteri kamu ditanggung oleh tiga orang daripada kaum mukminin. Pergilah kamu kepada Usman bin Affan dan kamu akan terima sebanyak 200 dirham. Kemudian kamu pergi kepada Abdurrahman bin Auf, kamu akan mendapat 200 dirham dan kamu pergi kepada Ali bin Abi Talib, juga sebanyak 200 dirham.”

Maka Sa’ad pun pergi ke rumah Usman dan menerima lebih daripada yang disebut Rasulullah s.a.w., kemudian kepada Abdurrahman, dia menerima lebih daripada 200 dirham dan akhir sekali ke rumah Ali, dia juga menerima lebih daripada 200 dirham. Sebaik saja Sa’ad mendapat wang itu, dia terus pergi ke pasar untuk membeli buah tangan untuk isterinya tiba-tiba dia mendengar suara yang mengatakan:“ Hai kuda Allah, bergeraklah kamu!

Kemudian Sa’ad mendengar suara Rasulullah s.a.w. berkata:“ Keluarlah kamu untuk berjihad! keluarlah kamu untuk berjihad!” Maka Sa’ad memandang ke langit sambil berdoa:“ Ya Allah, Tuhan Pencipta langit dan bumi, Tuhan kepada Muhammad, maka akan aku gunakan wang ini untuk membeli sesuatu yang lebih disukai Allah dan Rasul-Nya.”

Sa’ad menggunakan wang itu untuk membeli kuda, pedang, tombak dan perisai lalu dia menguatkan ikatan serban serta pinggangnya. Dia memakai topi yang cuma kelihatan dua biji mata saja lalu dia berdiri tegak di barisan depan Muhajirin hingga semua orang bertanya kepada Ali. Maka Ali pun berkata:“ Biarkan, mungkin dia dari Bahrain atau dari Syam dan mungkin dia datang untuk menanyakan agama sebab itu dia ingin mengorbankan diri untuk keselamatan kamu.”

Kemudian Sa’ad maju ke depan dengan menggunakan tombak dan pedangnya untuk memukul serta memenggal kepala orang kafir. Sa’ad berjuang hingga kudanya sendiri tidak kuat lagi lalu dia pun turun daripada kudanya. Dia menyinsing lengannya maka dilihat oleh Rasulullah lengannya yang hitam, lalu Rasulullah s.a.w. bertanya: “Adakah kamu Sa’ad?” Maka Sa’ad mengaku dan terus menghadapi musuh. Akhirnya beliau gugur syahid dalam peperangan tersebut.

Sebaik saja Sa’ad gugur, Rasulullah s.a.w. segera mendapatkannya lalu mengangkat kepalanya dan diletakkan diatas pangkuan Baginda sambil mengusap tanah yang melekat di mukanya. Baginda bersabda: “Alangkah harumnya bau kamu, alangkah kasihnya Allah dan Rasul kepada kamu.” Rasulullah s.a.w. menangis dan kemudian tertawa lalu Baginda memalingkan mukanya serta bersabda:“ Kini dia sudah sampai di Haudh, demi Tuhan yang mempunyai Kaabah.”

Selepas Rasulullah s.a.w. bersabda demikian maka Abu Lubabah bertanya:“ Ya Rasulullah, apakah Haudh itu?” Maka Rasulullah s.a.w. pun menerangkan: “Haudh itu ialah telaga yang diberikan Allah kepadaku dan lebarnya ialah di antara Shan’aa Yaman hingga Busra, di tepi telaga dihiasi permata dan mutiara, airnya lebih putih daripada susu dan rasanya lebih manis daripada madu, barang siapa yang minum sekali maka dia tidak akan haus untuk selama-lamanya.”

Kemudian Rasulullah s.a.w. ditanya lagi:“ Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis dan kemudian ketawa dan terus berpaling muka daripadanya?” Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda:“ Aku menangis kerana rindu kepada Sa’ad dan aku tertawa kerana gembira melihat kemuliaan yang diberikan Allah kepadanya. Aku berpaling daripadanya sebab aku melihat bakal isterinya yang terdiri daripada bidadari berebut-rebut untuk mendekatinya hingga terbuka betis mereka, maka aku pun memalingkan segera mukaku kerana malu.”

Kemudian Rasulullah pun menyuruh orang mengumpulkan pedang, tombak dan kuda Sa’ad untuk diserahkan kepada bakal isterinya yang sudah diakad nikah. Selepas itu, Rasulullah s.a.w. memberitahu Amru bin Wahab (mentua Sa’ad), “Sesungguhnya Allah mengahwinkan Sa’ad dengan bidadari yang lebih cantik daripada puteri kamu.”

Khamis, 2 Jun 2011

Cadangan Teks Khutbah Jumaat Sempena Kedatangan Bulan Rejab

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhan-Nya dan menjauhi segala yang ditegah-Nya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Renungilah firman Allah dalam ayat 1 surah al-Isra’:

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلاً مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ

Maksudnya : “Maha suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari masjidil Haram (mekah) ke masjidil Aqsa (palestin) yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”

Setiap kali tibanya bulan Rejab maka umat Islam sentiasa diperingatkan berkenaan suatu peristiwa penting yang telah berlaku terhadap diri Rasulullah s.a.w iaitu Isra’ dan Mikraj di mana melalui peristiwa inilah maka umat Islam diwajibkan agar mendirikan sembahyang lima waktu sehari semalam. Isra’ yang merupakan perjalanan Nabi pada waktu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa manakala Mikraj pula merupakan perjalanan nabi dari Masjidil Aqsa ke langit tertinggi di mana peristiwa ini yang merupakan salah satu daripada mukjizat Nabi Muhammad s.a.w.. Peristiwa ini telah berlaku terhadap tubuh dan roh Rasulullah s.a.w secara serentak. Peristiwa ini telah menguji keimanan umat yang telah pun beriman dan juga kepercayaan mereka yang terus memusuhi baginda dari dulu hingga kini. Peristiwa ini begitu penting untuk diambil pengajaran sewajarnya terutama dalam memikirkan kekuasaan Allah yang berkuasa melakukan apa sahaja yang dikehendaki-Nya termasuk memperjalankan Nabi Muhammad s.a.w. dalam suatu masa yang singkat ke tempat yang begitu jauh

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
فرمان الله تعالى:

لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَدَاوَةً لِّلَّذِينَ آمَنُواْ الْيَهُودَ وَالَّذِينَ أَشْرَكُواْ وَلَتَجِدَنَّ أَقْرَبَهُمْ مَّوَدَّةً لِّلَّذِينَ آمَنُواْ الَّذِينَ قَالُوَاْ إِنَّا نَصَارَى ذَلِكَ بِأَنَّ مِنْهُمْ قِسِّيسِينَ وَرُهْبَانًا وَأَنَّهُمْ لاَ يَسْتَكْبِرُونَ

Maksudnya : “Sesungguhnya kamu dapati mereka yang paling keras permusuhannya terhadap orang mukmin ialah orang yahudi dan orang musyrik. Dan sesungguhnya kamu dapati orang yang paling dekat persahabatannya dengan orang beriman ialah orang yang berkata : “ Sesungguhnya kami ini orang Kristian”. Demikian itu disebabkan ada di antara mereka itu, terdapat pendeta dan rahib, (juga) kerana mereka tidak menyombong diri.

Setiap kali membicarakan peristiwa Isra’ Mikraj maka tidak terlepas untuk menyentuh berkenaan kedudukan bumi Isra’ itu sendiri iaitu Baitul Maqdis dan Masjid Aqsa yang kini dijajah oleh yahudi laknatullah. Pada tahun ini umat Islam memperingati Nakbah atau malapetaka yang menimpa umat Islam Palestin yang sehingga kini terus menderita sejak 63 tahun yang lalu. Pada 31 Ogos 1897 merupakan tarikh Persidangan Basel, Swisszerland iaitu permulaan kepada sejarah tercetusnya gerakan untuk menubuhkan sebuah negara untuk umat Yahudi . Ini diekori dengan Deklarasi Balfor untuk merealisasikan hasrat ini di mana pada 15 Mei 1948 negara Israel diisytiharkan dan didokongi sepenuhnya oleh AS. Tepat 15 hb Mei 2011 baru lalu maka genaplah 63 tahun berlakunya peristiwa Nakbah iaitu peristiwa malapetaka ke atas rakyat Palestin. Pada 15 hb Mei 1948, tentera Zionis Israel telah melancarkan pembersihan etnik iaitu sejumlah 750,000 orang atau 3/4 populasi daripada rakyat Palestin dihalau keluar dari kediaman mereka. Mereka telah dipaksa menjadi pelarian dalam negara Palestin sendiri dan negara-negara jiran yang kini telah mencecah lebih 4.5 juta orang. Kini sudah 6 dekad lebih pelarian Palestin hidup dalam kemiskinan dan penafian keperluan asasi yang sangat parah.

Mereka terpaksa hidup tanpa makanan yang mencukupi, tanpa tempat tinggal, tiada pekerjaan, pendidikan dan kemudahan rawatan. Nasib mereka hingga kini tidak dipeduli oleh masyarakat antarabangsa yang didominasi oleh AS. Sebagai hasil gerakan Zionis Yahudi ini, sekarang bumi Palestin telah dicerobohi oleh lebih 6 juta orang Yahudi sementara lebih 5 juta rakyat Palestin sendiri menjadi pelarian di sekitar negara-negara di Timur Tengah. Sebanyak 80 kem pelarian kini menampung 1 juta pelarian Palestin di Jordan, Lebanon dan Syria.

Sidang Jumaat Yang diberkati Allah ,

قَالَ الرَّسُوْل الله : مَنْ قُتِلَ دُوْنَ مَالِهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ وَ مَنْ قُتِلَ دُوْنَ دِيْنِهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ وَ مَنْ قُتِلَ دُوْنَ دَمِهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ وَ مَنْ قُتِلَ دُوْنَ أَهْلِهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ - رواية الترمذي دان النسائي

Maksudnya: ”Sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan hartanya maka dia adalah mati syahid, sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan agamanya maka dia adalah mati syahid, sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan darahnya maka dia adalah mati syahid dan sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya maka dia adalah mati syahid.”

Perpecahan di kalangan pemimpin dan umat Islam telah membuka ruang yang luas kepada zionis yahudi untuk terus mengganas di bumi Palestin. Kebanyakan umat Islam di negara arab sekeliling bumi Palestin lebih seronok berbicara berkenaan hiburan, sukan dan perkara yang melalaikan daripada membincangkan isu Palestin. Perasaan persaudaraan yang semakin longgar akibat semangat kebangsaan yang kuat disamping tidak merasakan bahawa isu Palestin adalah isu umat Islam bukannya isu rakyat Palestin sahaja. Perasaan tidak menghargai betapa bernilainya Masjidil Aqsa yang merupakan qiblat pertama umat Islam turut menjadi punca utama kepada penerusan tindakan zalim dan ganas yahudi terhadap saudara seagama kita di Palestin. Penyakit takut kepada mati dan tamak kepada habuan dunia yang membarah dalam diri umat Islam juga membuka luas ruang kepada musuh Islam untuk membunuh umat Islam tanpa rasa takut dan bimbang. Perasaan inilah yang merebak hingga ke negara kita sehingga pemimpin tidak berasa malu menggadaikan Pulau Batu Putih kepada Singapura tanpa kesungguhan yang secukupnya dalam mempertahankannya. Jika pulau yang dalam laut telah digadai maka kita bimbang sebahagian bumi Johor turut digadai tanpa rasa bersalah demi mengejar keuntungan.

Sidang jumaat yang dikasihi Allah,

عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ قَالَ: لاَتَقُوْمُ السَّاعَةُ حَتَّى يُقَاتِلَ المُسْلِمُوْنَ اليَهُوْدَ فيقتلهم المُسْلِمُوْنَ حَتَّى يَخْتَبِيْءَ اليَهُوْدِيُّ مِنْ وَرَاءِ الحَجَرِ وَالشَّجَرِ فَيَقُوْلُ الحَجَرُ أَوِ الشَّجَرُ: يَا مُسْلِمُ يَاعَبْدَاللهِ هَذَا يَهُوْدِيُّ خَلْفِي فَتَعَالَ فَاقْتُلْهُ إَلاَّ الغَرْقَد فَإِنَّهُ مِنْ شَجَرِ اليَهُوْدِ.

Maksudnya : “Tidak berlaku hari qiamat sehingga orang Islam memerangi kaum yahudi. Maka mereka akan diperangi oleh orang Islam sehingga yahudi akan bersembunyi di sebalik batu dan pokok lalu berkatalah batu atau pokok : “Wahai orang Islam hamba Allah! ini dia yahudi dibelakangku maka datanglah dan bunuhlah dia melainkan pokok gharqad maka sesungguhnya ia merupakan pokok yahudi.”

Kita juga perlu mengambil berat berkenaan 3 juta rakyat Palestin yang kini menjadi banduan di penjara terbesar di dunia apabila mereka dikepung oleh tentera Israel di Palestin dengan tembok sepanjang 720 km dan 8-12 meter tinggi. Lebih 11 000 rakyat Palestin dipenjarakan di Israel sehingga ada diantara mereka yang dipenjara sehingga lebih 30 tahun. Penjara Israel ini menyaksikan pelbagai tindakan kejam yang dilakukan terhadap banduan sehingga ramai yang mati. Bila mengingati kekejaman penjara Israel ini maka tidak lupa untuk kita mengutuk kekejaman terhadap tahanan ISA yang diperlakukan seperti binatang. Malah ada tahanan yang terpaksa bercerai dengan isteri akibat tekanan yang dahsyat ini. Sempena hari Jumaat yang mulia ini maka untuk sekian kalinya kita mendesak pemimpin agak membebaskan semua tahanan ISA atau bicarakannya di mahkamah jika mereka benar-benar bersalah. Sayangilah bumi dan umat Islam Palestin dan pulaukanlah penjenayah zionis yahudi.

Sama-samalah kita laungkan خَيْبَرْ خَيْبَرْ يَا يَهُوْد جَيْشُ مُحَمِّدٍ سَوْفَ يَعُوْدُ :Berambus! Berambus wahai yahudi! Tentera Muhammad akan kembali

Firman Allah dalam ayat 74 surah an-Nisa’ :

فَلْيُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ الَّذِينَ يَشْرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا بِالآخِرَةِ وَمَن يُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ فَيُقْتَلْ أَو يَغْلِبْ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا

Maksudnya : “Oleh itu (orang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada kesenangan dunia hendaklah mereka berperang pada jalan Allah. Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu dia gugur syahid atau beroleh kemenangan maka Kami akan menganugerahkannya ganjaran pahala yang besar”

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Rabu, 1 Jun 2011

Doa Menyambut Kedatangan Bulan Rejab

Saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Rejab kepada semua pengunjung blog sautulhaqq. Sempena dengan kedatangan bulan Islam ini, marilah kita berdoa kepada Allah...

Maksudnya: "Ya Allah, Berkatilah kami di dalam bulan Rejab dan Syaaban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. Tiada tuhan melainkan Allah yang Maha Lembut lagi Maha Mulia. Maha suci Allah, tuhan 7 petala langit dan tuhan yang mempunyai arasy yang agung. Tiada kekuatan melainkan kekuatan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung."