Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Sabtu, 30 Julai 2011

Cara-Cara Menunaikan Solat Sunat Istikharah

Jika kita sedang menghadapi sesuatu persoalan, terhimpit dalam dua situasi atau sedang ragu-ragu dengan apa yang dilakukan, lebih baik sekiranya kita bangun melakukan solat sunat istikharah. Mohon petunjuk Ilahi...

(Niat Solat Sunat Istikharah)

"Sahaja Aku Solat Sunat Istikharah Dua Rakaat Kerana Allah"



Rakaat Pertama - Baca Surah Al-Fatihah Dan Surah Al-Kafirun.

Rakaat Kedua - Baca Surah Al-Fatihah Dan Surah Al-Ikhlas.

Selepas Solat Berdoalah Kepada Allah



(Doa Solat Sunat Istikharah)

Maksudnya: " Ya Allah! Kami memohon pemilihan-Mu menerusi ilmu pengetahuan-Mu dan kami memohon kekuatan-Mu menerusi kudrat-Mu serta kami meminta kepada-Mu sebahagian dari limpah kurnia-Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan kami tidak berkuasa, Engkau Maha Mengetahui sedangkan kami ini tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau Amat Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, kiranya Engkau Mengetahui perkara ini (...sebutkan hajat...) adalah baik bagi kami dalam urusan agama kami juga dalam urusan penghidupan kami serta natijah pada urusan kami, kini dan akan datang, maka tetapkanlah ia bagi kami dan permudahkanlah ia bagi kami serta berkatilah kami padanya. Dan kiranya Engkau Mengetahui perkara ini (...sebutkan hajat...) membawa keburukan kepada kami dalam urusan agama kami juga dalam urusan penghidupan kami dan natijah urusan kami, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dari kami dan tetapkanlah kebaikan untuk kami sebagaimana sepatutnya. Kemudian jadikanlah kami meredhai ketentuan dan takdir-Mu"

Jumaat, 29 Julai 2011

Manusia Yang Ingin Mengubah Ciptaan Allah Meninggal Dunia

(Wajah Ashraf Selepas Mengubah Ciptaan Allah)

KUALA TERENGGANU, 30/07/2011 - Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, seorang individu yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana telah meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu tepat jam 5 pagi tadi.

Beliau dimasukkan ke hospital berkenaan pada 3 pagi semalam (29/07/2011) setelah mengadu mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah. Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika dihubungi beliau berkata jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor. Katanya beliau sedang menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan. Doktor mengesahkan bahawa anaknya itu mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau lebih dikenali sebagai "unstable angina with cardiogenic shock".

Katanya Mohd Ashraf Hafiz, 25 tahun sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonannya yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar namanya kepada nama wanita ditolak pada 18 Julai lalu. Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir memohon untuk menukar nama di dalam ICnya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu.

* p/s: Dari Allah kita datang... Dan kepada Allah kita kembali... Semoga Allah mengampuni dosa-dosanya... Ambillah peringatan dari peristiwa ini... Dan janganlah mengubah ciptaan Allah kerana Allah mencipta hamba-hambanya dengan sebaik-baik kejadian...

Ahad, 24 Julai 2011

Penganut Kristian Fanatik Norway Mahu Lancar Perang Salib Yang Baru

SUNDVOLLEN, Norway 25 Julai - Seorang penganut fanatik Kristian berhaluan kanan yang telah membunuh sekurang-kurangnya 92 orang awam di Norway menganggap tindakannya sebagai sangat kejam tetapi perlu, kata peguamnya.

Dalam kenyataan pertamanya menerusi peguam sejak dia ditangkap, Anders Behring Breivik, 32 menyatakan kesediaannya untuk menjelaskan tindakannya di mahkamah pada sesi yang dijadual diadakan keesokan harinya berkaitan permohonan untuk melanjutkan tempoh penahanannya.

"Dia percaya tindakannya sangat kejam tetapi pada fikirannya tindakan itu perlu diambil," kata peguam, Geir Lippestad kepada stesen televisyen bebas, TV2.

Katanya, anak guamnya mengaku melepaskan tembakan dan meletupkan bom. Geir Lippestad yang bercakap malam semalam (24/07/2011) tidak memberi butir lanjut mengenai motif Anders Behring Breivik.

Anders Behring Breivik amat membenci "golongan marxis budaya". Dia mahu "perang salib" baru dilancarkan bagi menyekat penyebaran Islam dan dia juga menggemari senjata api dan sukan angkat berat selain menyiarkan pandangannya di laman web, kata pegawai polis Norway.
Rakaman video yang disiarkan di laman web Youtube menunjukkan beberapa gambar Anders Behring Breivik termasuk dia berpakaian penyelam sambil mengacukan senjata automatik.

Jumaat, 22 Julai 2011

Hari Yang Amat Di Nanti-Nantikan

Hari yang ditunggu-tunggu bakal tiba. Kedua-dua mempelai menanti ketibaannya dengan penuh debaran. Disaat itu, si pemuda kacak bakal menambah beban di bahu, membuktikan janji-janji setia yang ditaburkan untuk membahagiakan dan mendekorasi mahligai bersama. Si wanita yang cantik berseri pula kelak akan diserahkan penuh adab pada si jejaka, tersemat di benaknya bahawa ia wajib turuti segala perintah si suami yang setia.


Sanak-saudara sudah memenuhi ruang legar masjid, menunggu ketibaan tok kadi. Anak-anak kecil berlari-lari bermain polis entri. Ibu-ibu sibuk membetulkan tudung yang senget sana, senget sini. Para ketua keluarga bercerita penuh lawak jenaka tak kering gusi. Hanya si jejaka itu yang duduk, tertunduk, sesekali cuba menghangatkan tangan yang semakin dingin, gementar barangkali. Si puteri itu pula bersimpuh malu, bercampur-baur perasaan, SMS bertandang mendoakan kelancaran majlis akad nikah sebentar lagi.

Dulang hantaran tersusun rapi. Jika disusun sebaris, mahu satu saf yang bisa memuatkan 40 jemaah. Cincin pernikahan, jam tangan, kasut, pencuci sana pencuci sini, Mushaf Al-Quran beserta tafsir dan terjemahan, dengan berwarna-warni tulisan; dan bermacam-macam coklat dan buah-buahan.

Langkah bergaya tok kadi memasuki perkarangan masjid. Disambut baik, bersalam-salaman. Duduk bersila, memanggil pengantin lelaki menghadap. Majlis bermula. Mukaddimah disertai dengan doa puji-pujian buat Yang Maha Esa. Taklimat dan satu per satu tazkirah dihadiahkan buat sang mempelai yang bakal mendirikan rumah tangga. Sampai satu masa..

Tok Kadi : Besar Al-Quran tu. Dah pernah khatam baca belum?

Encik A: Err.. Belum ustaz.. Saya selalu baca Surah al-Fatihah dan 3 Qul je.. Yang lain, tak sempat.. heh.. =.=


Ketika itu, merah padam wajah si pengantin lelaki. Menyesal tak sudah. Lantas berlegar-legar di fikirannya akan tanggungjawab mendidik si isteri agar melazimi membaca Al-Quran bersamanya seperti yang dinasihatkan oleh tok kadi sebentar tadi. Tidak terhenti di situ, solat pula kadang buat, kadang buat-buat tak sempat. Puasa pula selalu tak tahan lapar dan dahaga. Pening memikirkan hal tanggungjawab diri dan bakal isteri yang bakal digalas.

Jangan pernah diungkapkan kata penyesalan, kerana tiada sesalan buat manusia akan perkara yang telah berlalu. Apa yang ada adalah hamparan masa hadapan yang terbentang menunggu untuk kita mencorakkannya kembali sesuai dengan kehendak dan tuntutan syariat. Jernihkan kisah silam dengan taubat penuh penghambaan. Kerana hanya Allah, Tuhan Yang Maha Pengampun, Lagi Maha Penerima Taubat. Hijrahkanlah diri ke arah yang lebih baik, sementara peluang dan masa masih ada...

~ Sebelum tiba saatnya lafaz sakinah ~


Dan sebelum tiba saatnya dijemput bertemu dengan Allah, Tuhan Yang Maha Menghidupkan dan Maha Mematikan...


Selasa, 19 Julai 2011

Tentera Rejim Zionis Laknatullah Menawan Armada Kapal Perancis LL4G Ke-2

19/07/2011 - BAITULMAQDIS: Komando tentera laut negara haram Israel telah menawan armada kapal Perancis LL4G ke-2, Dignity al-Karama selepas armada kapal berkenaan cuba membolosi sekatan tentera negara haram Israel itu di perairan semenanjung Gaza.

Menurut laporan, tiada sebarang tentangan dihadapi oleh pihak tentera zionis laknatullah ketika menawan armada kapal Perancis LL4G ke-2 itu. Armada kapal berkenaan telah ditahan sebaik sahaja mereka sampai di perairan antarabangsa sebelum dibawa ke pelabuhan Ashdod.

Komando rejim zionis laknatullah telah menaiki armada kapal Perancis LL4G ke-2 itu selepas 16 aktivis pro-Palestin mengingkari arahan rejim zionis laknatullah supaya mengubah haluan kapal mereka. Pihak tentera rejim zionis laknatullah berkata, pihaknya akan menghalang sebarang cubaan mengangkat sekatan rejim Israil keatas perairan semenanjung Gaza yang mana sekatan keatas perairan berkenaan sudah masuk tahun ke-5. Langkah itu diambil bagi mencegah penyeludupan senjata api kepada kumpulan militan HAMAS.

Isnin, 18 Julai 2011

Ismail Haniyeh Meminta Bantuan Turki Bagi Membangunkan Dan Membina Semula Semenanjung Gaza Yang Musnah Diserang Negara Haram Israel

19 Julai 2011 - PM Palestin di Gaza, Ismail Haniyeh menyeru sahabatnya dari Turki, Recep Tayyip Erdogan membangunkan semula Semenanjung Gaza dan mengangkat sekatan negara haram Israel serta berusaha untuk menaikkan isu al-Quds.

Seruan ini dibuat sehari selepas akhbar negara haram Israel mendedahkan rancangan lawatan Recep Tayyip Erdogan ke semenanjung Gaza yang dijadualkan pada akhir bulan Julai serta kebenaran pihak berkuasa Mesir memberi laluan kepada PM Turki itu melalui pintu sempadannya di Rafah.

Haniyeh dalam suratnya kepada Recep Tayyip Erdogan pada hari Isnin (18/07/2011) meminta jasa kerajaan Turki menyokong rakyat Palestin dan mengangkat kepungan negara haram Israel ke atas semenanjung Gaza. Surat beliau telah disampaikan oleh Ketua Setiausaha Majlis Menteri Turki, Mohammed Ascol dan Penasihat Politik PM Turki, Youssef Rizqa.

Armada Kapal Perancis LL4G Ke-2 Berusaha Menuju Ke Iskandariah, Mesir. Bakal Sampai Ke Perairan Semenanjung Gaza Bagi Menyempurnakan Misi LL4G Ke-2

19 Julai 2011 - Armada kapal LL4G ke-2 milik Perancis yang bernama "Karamah" yang turut serta dalam kempen memecahkan kepungan negara haram Israel ke atas semenanjung Gaza sedang dalam perjalanan menuju ke Iskandariah, Mesir setelah berhenti lama di Greece. Perhentian lama di Greece disebabkan pihak berkuasa Greece menghalang semua armada kapal LL4G ke-2 berlepas dari perairannya menuju ke perairan semenanjung gaza.

Kerajaan Greece dengan arahan negara haram Israel telah menghalang 9 buah armada kapal dan bot LL4G ke-2 daripada berlepas dari perairan Greece menuju ke perairan semenanjung Gaza. Kerajaan Greece juga akan bertindak dengan menggunakan kekerasan tahap maksimum jika para aktivis LL4G ke-2 yang berlabuh di perairannya berkeras mahu meneruskan pelayaran mereka menuju ke perairan semenanjung Gaza.

Pihak berkuasa Perancis juga telah memberikan amaran kepada semua rakyatnya supaya tidak mengambil bahagian dalam misi LL4G ke-2 dengan alasan misi itu berbahaya dan peserta LL4G ke-2 akan berhadapan dengan tindakan ganas tentera zionis laknatullah.

Sabtu, 16 Julai 2011

Salam Nisfu Syaaban

Saya mengucapkan selamat menyambut nisfu Syaaban kepada semua pengunjung blog sautulhaqq khususnya yang beragama Islam...

Jumaat, 15 Julai 2011

Sihir Guna-Guna Dan Kaedah Rawatannya

Pengenalan

Ilmu sihir pengasih atau guna-guna ini selalunya digunakan oleh seseorang individu itu dengan tujuan memiliki insan yang dicintainya walau macam mana sekalipun. Kebiasaannya individu berkenaan akan memuja nama insan yang ia cintai dan insan berkenaan akan mengingatinya dan lupa segala-galanya...

Kaedah-Kaedah Merawat Sihir Guna-Guna

Rabu, 13 Julai 2011

Kunjungan Hormat Mahmoud Abbas Ke Greece Dipersoalkan

13 Julai 2011 - Pihak Hamas mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Mahmoud Abbas mengadakan kunjungan hormat ke Greece dan bertemu dengan Presiden Greece, Karolos Papoulias. Ini disebabkan tindakan kerajaan Greece laknatullah tidak membenarkan semua armada kapal LL4G ke-2 berlepas dari pelabuhannya menuju ke perairan semenanjung Gaza.

Pemimpin Hamas, Salah Bardawel dalam satu kenyataannya: "Sekarang rakyat Palestin cukup marah dengan sikap kerajaan Greece yang secara rasminya menyokong penuh kerajaan haram Israel. Kemarahan ini disebabkan kerajaan Greece bertindak menghalang perjalanan semua armada kapal LL4G ke-2. Kami di Ramallah terkejut mendengar berita bahawa Mahmoud Abbas mengunjungi Greece dan ketibaannya ke sana ditunggu-tunggu serta disambut dengan gilang gemilang sekali".

Bardaweel berkata lagi, "Kami mengutuk sekeras-kerasnya penghinaan yang dilakukan oleh Mahmoud Abbas terhadap Palestin dan rakyatnya. Kami menuntut beliau menjelaskan mengapa beliau mengunjungi Greece dan mengutuk tindakan kerajaan Greece sebagaimana rakyat Palestin mengutuk kerajaan Greece yang kini dilihat seolah-olah cuba untuk bermusuhan dengan Palestin".

Mahmoud Abbas: Fatah Tidak Akan Berdamai Dengan Hamas Jika Salam Fayyad Tidak Menjadi PM Palestin

13 Julai 2011 - Akhbar "al-Hayah" edisi London telah melaporkan bahawa Mahmoud Abbas masih lagi hendak menamakan Salam Fayyad sebagai calon Perdana Menteri bagi pembentukan negara Palestin yang baru walaupun cadangan nama itu mendapat tentangan kuat dari sekutunya, Hamas. Mahmoud Abbas telah berkata: "Tidak akan ada perdamaian dengan pihak Hamas selepas ini kecualilah jika mereka (HAMAS) bersetuju Salam Fayyad dipilih menjadi PM yang akan datang".

Manakala Ismail Haniyeh, PM Palestin kini telah bertemu dengan wakil pihak FATAH di semenanjung Gaza pada hari Isnin yang lalu (11/07/2011) bagi membincangkan kaedah yang terbaik untuk melaksanakan perjanjian damai yang telah disepakati di Kaherah, Mesir. Mahmoud Abbas dilihat seolah-olah terpaksa memilih Salam Fayyad kerana ditekan oleh kerajaan AS dan Eropah. Kerajaan AS dan Eropah akan memberikan bantuan dana kewangan kepada Palestin tetapi dengan syarat Salam Fayyad mesti dilantik menjadi PM Palestin yang baru.

Isnin, 11 Julai 2011

Kerajaan Haram Israel: Terima Kasih Kerajaan Greece, Anda Berjaya Menghalang Armada Kapal LL4G Ke-2 Dari Sampai Ke Perairan Semenanjung Gaza

12 Julai 2011 - Presiden negara haram Israel, Shimon Peres mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Greece dan juga PMnya, Papoulias Karolos kerana telah bekerjasama menghalang armada kapal LL4G ke-2 dari sampai ke perairan Semenanjung Gaza. Shimon Peres berkata demikian semasa bermesyuarat bersama rakan sejawatnya itu di al-Quds.

Kerajaan Greece telah berjaya menghalang semua kapal yang menyertai armada LL4G ke-2 daripada meninggalkan pelabuhannya menuju ke perairan semenanjung Gaza dalam masa lebih dari seminggu. Shimon Peres juga menggesa Ketua Setiausaha PBB, Ban Ki-moon supaya menggunakan pengaruhnya untuk menghalang perjalanan armada kapal LL4G ke-2 menuju ke perairan semenanjung Gaza dengan alasan untuk mengelakkan dari berlakunya keganasan seperti yang berlaku ketika misi LL4G yang pertama Mei 2010. Presiden Greece kemudiannya bertemu dengan PM Israel laknatullah, Benjamin Netanyahu petang semalam dan pada hari ini beliau dijadualkan akan ke Ramallah untuk menghadiri mesyuarat dengan pegawai-pegawai Palestin.

Khamis, 7 Julai 2011

Sukarelawan LL4G Ke-2 Malaysia Menarik Diri Dari Menyertai Misi LL4G Ke-2 Dan Kembali Dari Greece

Buletin TV3 hari ini telah melaporkan bahawa sukarelawan Malaysia dalam misi LL4G Ke-2 telah selamat sampai di lapangan terbang LCCT. Antara yang kelihatan dalam rombongan pulang itu ialah Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan ketua rombongan yang juga mantan Pengerusi Haluan Palestin, Haji Dr. Noorazman Mohd. Shamsuddin.

Pasukan LL4G Malaysia telah dilancarkan oleh PM pada 18 Jun 2011 (Sabtu). Mereka kemudiannya telah cuba untuk berlayar menerusi pelabuhan Greece untuk ke perairan semenanjung Gaza. Pelayaran mereka walau bagaimanapun telah tergendala akibat disabotaj oleh kerajaan Greek. Akibatnya, rombongan sukarelawan Malaysia telah membatalkan hasrat meneruskan misi ini...

AS Tidak Mengiktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara Yang Merdeka

WASHINGTON - 8 Julai 2011 – Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama berkata beliau akan menolak sebarang percubaan satu pihak yang ingin mendapatkan pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu (PBB) bagi sebuah negara Palestin yang merdeka.

Beliau juga bersedia menghadiri mesyuarat bersama dengan sekumpulan perunding damai Asia Barat untuk membincangkan mengenai isu tersebut pada minggu depan. Jurucakapnya, Victoria Nuland berkata AS sedang berusaha "memujuk" kerajaan Israel dan Palestin untuk menyambung kembali rundingan secara langsung selepas rundingan sebelum ini menemui jalan buntu.

“Matlamat kami adalah untuk membawa mereka (Israel dan Palestin) kembali berunding dan tindakan menuntut pengiktirafan daripada PBB (bagi negara Palestin merdeka) bukanlah suatu idea yang baik,” katanya merujuk kepada orang tengah rundingan damai Palestin, Saeb Erekat yang mengadakan pertemuan dengan pegawai atasan AS untuk mendapatkan pengiktirafan.

Dalam pada itu, Saeb Erekat berkata rakyat Palestin tidak akan teragak-agak untuk mengemukakan tuntutan itu kepada PBB menjelang akhir bulan ini. Beliau juga menolak idea yang menyatakan tuntutan pengiktirafan itu bertentangan dengan isu keamanan sambil menyuarakan kekecewaan berhubung rundingan dengan Israel sejak dua dekad lalu menemui jalan buntu. “Berdiam diri mengenai isu Palestin sama sekali tidak boleh diterima,” ujarnya.

Kerajaan Greece Cuba Menghalang Armada LL4G Ke-2 Perancis Menuju Ke Perairan Semenanjung Gaza

BAITULMAQDIS - 8 Julai 2011 - Kapal Perancis yang menyertai misi LL4G ke-2 ditahan oleh pengawal pantai Greece di Crete ketika ia berhenti untuk mengisi minyak di pelabuhan berhampiran. "Kapal "Dignite Al Karama" milik Perancis itu telah ditunda ke Sitia di Crete oleh pengawal pantai Greece selepas dipintas di sebuah pelabuhan berhampiran semasa mengisi minyak.

"Pihak berkuasa menyekat kapal itu belayar atas pelbagai sebab-sebab pentadbiran," kata penganjur misi kemanusiaan itu, Claude Leostic menerusi telefon dari Paris. Kapal itu bersama 12 aktivis pro-Palestin telah belayar dari pelabuhan Greece awal pagi kelmarin dalam cubaan untuk mencabar sekatan Israel ke atas perairan semenanjung Gaza.

Sementara itu di Turki, satu laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menuduh Israel menggunakan kekerasan melampau dan menyebabkan kematian sembilan aktivis Turki "yang tidak dapat diterima" dalam serbuan komando rejim Zionis itu ke atas kapal Mavi Marmara Mei tahun lepas. Menurut sumber, kerajaan Israel dan Turki gagal mencapai kata sepakat selepas enggan menandatangani laporan berhubung serbuan Israel ke atas kapal Turki, Mavi Marmara yang sepatutnya diserahkan hari ini kepada Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon. "Pilihan untuk tidak mengunakan kekerasan sepatutnya didahulukan sebagai langkah pertama," jelas sumber tersebut.

Selasa, 5 Julai 2011

Armada Kapal Kanada LL4G Ke-2 Berusaha Belayar Ke Perairan Semenanjung Gaza, Kerajaan Greece Memintas Dan Merampas Armada Kapal LL4G Ke-2 Kanada

ATHENS 6 Julai - Armada kapal LL4G ke-2 milik Kanada yang membawa bekalan perubatan yang dinaiki lebih kurang 40 orang aktivis telah dipintas oleh pengawal pantai Greece semalam. Kerajaan Greece mendakwa aktivis armada kapal LL4G ke-2 milik Kanada melanggar larangan belayar dari pelabuhan negara itu ke Genting Gaza. Menurut saksi, kapal 'Tahrir' telah dilapor meninggalkan pelabuhan di pulau Crete. Seorang aktivis di Athens berkata kebanyakan aktivis yang berada di atas kapal itu merupakan rakyat Kanada, Belgium, Perancis, Itali dan Turki.

"Pengawal pantai Greece telah berjaya memintas kami. Kami pada mulanya cuba untuk melawan, tetapi tiada sesiapa tercedera dalam kejadian ini. Mereka mungkin membawa kami kembali ke pulau Crete, tetapi kami tetap dengan misi kami mahu ke perairan semenanjung Gaza. Buat masa ini, kapal kami telah dirampas oleh kerajaan Greece sebagai salah satu usaha terdesak kerajaan Greece menghalang armada LL4G ke-2 sampai ke perairan semenanjung Gaza. aktivis kapal ini tidak ditahan seorang pon buat masa ini," kata aktivis David Heap menerusi panggilan telefon dari kapal 'Tahrir'.

Dalam satu kejadian terbaru hari ini, sebuah kapal armada LL4G ke-2 milik Perancis yang "Dignite al Karama" bersama lapan orang aktivisnya turut mengenepikan larangan belayar oleh kerajaan Greece apabila mereka juga cuba meninggalkan perairan negara itu dan belayar ke perairan semenanjung Gaza dalam cubaan mencabar sekatan Israel ke atas perairan semenanjung Gaza.

Isnin, 4 Julai 2011

Kerajaan Greece Cuba Menghalang Armada LL4G Ke-2 Kanada Menuju Ke Perairan Semenanjung Gaza

5 Julai 2011 - Pihak keselamatan pengawal pantai Greece telah cuba menghalang armada kapal LL4G ke-2 milik Kanada dari beredar dari perairannya untuk melakukan pelayarannya ke perairan semenanjung Gaza yang dilihat sebagai usaha terdesak rejim Israel menghalang armada kapal LL4G ke-2 menghampiri Gaza.

Mengikut jadual, 2 buah kapal Greece yang membawa 46 orang aktivis Eropah akan belayar semalam yang turut disertai oleh Setiausaha Agung Inisiatif Palestin, Mustafa Barghouthi tetapi tidak dibenarkan beredar keluar dari pelabuhan Greece. Begitu juga dengan beberapa hari yang lepas, pihak berkuasa Greece telah bertindak menghalang kapal-kapal armada LL4G ke-2 yang lain berlepas dari pelabuhannya menuju ke perairan semenanjung Gaza. Ketua kempen LL4G ke-2 Eropah, Arafat Madhi berkata 2 armada kapal LL4G ke-2 milik Perancis juga tidak dibenarkan belayar meninggalkan pelabuhan Greece dan menuju ke perairan semenanjung Gaza oleh pihak berkuasa Greece.

Sementara itu, berlaku rundingan antara aktivis dengan pihak Zionis di mana rejim zionis telah bersetuju untuk membenarkan masuk 400 trak sehari ke Semenanjung Gaza tetapi para aktivis menolak cadangan tersebut dengan alasan Gaza berhak untuk mendapat kemudahan hidup sebagaimana negara-negara lain di dunia ini termasuklah membenarkan aktiviti laut dijalankan tanpa sebarang sekatan antarabangsa.

Greece Dan Israel Melakukan Latihan Tentera Udara, Persiapan Menghalang Armada Kapal LL4G Ke-2

5 Julai 2011 - Akhbar "Haaretz" Ibrani, melaporkan tentera Udara Zionis telah melakukan banyak latihan tentera bersama dengan tentera udara Greece dalam tempoh 2 minggu dalam usaha mengukuhkan lagi hubungan ketenteraan antara kedua-dua negara dan persediaan menghadapi kedatangan armada kapal LL4G ke-2.

Akhbar itu menegaskan bahawa latihan ketenteraan itu dilakukan ketika kerajaan Greece bersungguh-sungguh menghalang armada kapal LL4G ke-2 dari meninggalkan perairannya menuju ke perairan semenanjung Gaza.

Latihan dijalankan di pangkalan udara Larissa, Greece. Jumlah pasukan tentera yang menjalani latihan ketenteraan itu ialah sepasukan skuadron udara Israel dengan tambahan pasukan elit 669 unit menyelamat tentera Israel bersama dengan pasukan udara Greece.

Ahad, 3 Julai 2011

Kapten Kapal AS Armada LL4G Ke-2 Ditangkap

4 Julai 2011 - Beberapa aktivis AS yang berada di atas kapal "The Audacity of Hope" melaporkan bahawa polis AS telah menangkap kapten kapal tersebut, John Ksamaar yang telah merancang untuk belayar ke Semenanjung Gaza.

Perkara tersebut telah disahkan sendiri oleh pegawai polis di Coastguard Yunani - dengan tidak mahu namanya disiarkan - bahawa kerjaya John digantung untuk sementara waktu dan akan berhadapan dengan beberapa pertuduhan termasuk mengingkari perintah pihak berkuasa agar tidak membahayakan nyawa penumpang terhadap risiko yang mungkin dihadapi oleh para aktivis dan pertuduhan belayar dari pelabuhan tanpa kebenaran terlebih dahulu.

Manakala para aktivis berpendapat bahawa usaha penangkapan tersebut adalah isyarat keras dari pihak berkuasa AS yang dianggap telah bersekongkol dengan rejim Zionis Israel untuk menggagalkan usaha-usaha mereka dan sebagai isyarat kepada kapten kapal yang lain.

Pihak berkuasa AS telah menghalang pelayaran kapal "The Audacity of Hope" Jumaat lalu (01/07/2011), setelah 20 minit meninggalkan pelabuhan "Perama" dan di atas kapal tersebut terdapat 36 akivis AS bersama 4 anak kapal yang lain. Penganjur kempen "Kebebasan Flotilla II" berkata, pada Khamis lepas (30/06/2011) salah sebuah kapal mereka telah dirosakkan semasa belayar di perairan wilayah Turki.

Jumaat, 1 Julai 2011

MAPIM Menganjurkan Misi Kemanusiaan Ke Gaza Kali Ke-2

1 Julai: Majlis Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) akan menganjurkan misi kemanusiaan ke Gaza kali ke-2 sempena dengan bulan Ramadhan dan dijangka bermula pada 15 Ogos 2011 (Isnin). Setiausaha Agung MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, misi ke-2 ini akan disertai lebih kurang 32 orang aktivis yang akan memasuki semenanjung Gaza melalui pintu sempadan Rafah.

Pada tahun 2010, mereka berjaya melepasi pintu sempadan Rafah pada bulan Ramadhan. Ketika itu misi kemanusiaan ini disertai oleh 44 orang aktivis. Tujuan misi kemanusiaan ke gaza kali ke-2 ini ialah untuk melanjutkan usaha melaksanakan beberapa projek kemanusiaan yang sudah dikenalpasti dalam misi lalu.

“Antaranya projek yang bakal dilaksanakan di semenanjung Gaza ialah pembinaan sebuah hospital kanak-kanak, pembinaan semula masjid, pembinaan jalanraya di daerah Khan Yunis, projek Taman Pemulihan kanak-kanak Trauma Pasca Perang, pembinaan Markaz Ulama Rantau Asia, program bandar berkembar dan penawaran pengajian perubatan di Malaysia. Rombongan kali ini juga akan menyaksikan penyempurnaaan pembinaan sebuah masjid di Beit Hanun di utara Gaza iaitu Masjid An Nasr yang disumbang oleh dana yang dikumpul Mapim sejak tahun lepas,” ujarnya.

Untuk rekod, misi tahun lalu diberi nama Gaza Ramadhan March for Freedom telah berjaya menghantar bantuan bernilai RM350,000 secara langsung kepada rakyat Gaza. Tahun lalu, anggota rombongan telah melaksanakan tugas mencari fakta berkaitan dengan keadaan kesihatan, masjid, infrastruktur, pendidikan, pertanian, pusat pengajian tinggi serta sistem politik di Gaza.

Selain itu, rombongan juga melihat kesan-kesan kemusnahan akibat Perang Furqan iaitu serangan Israel ke atas Gaza selama 22 hari dari 28 Disember 2008 hingga 17 Januari 2009. Kali ini, MAPIM akan melengkapkan lagi pengumpulan maklumat yang berkaitan dengan pelbagai kegiatan NGO yang wujud di Gaza dalam rangka mengenalpasti bagaimana NGO di Malaysia boleh bekerjasama dengan pihak kerajaan dan NGO di Gaza dengan lebih berkesan.

MAPIM juga mengatur pertemuan dengan pelbagai kelompok masyarakat sivil di Gaza dari pelbagai sektor seperti wanita, belia, mahasiswa, profesional, ulama, petani, nelayan, usahawan, warga media, ahli akademik, seniman dan budayawan, badan kebajikan dan kanak-kanak, NGO kesihatan serta pendidik sekolah. Melalui usaha-usaha itu, MAPIM berharap misi kali ini akan mengukuhkan lagi usaha merampatkan hubungan rakyat ke rakyat antara Malaysia dan Gaza khususnya serta Palestin umumnya.

Ramadhan di Gaza ke-2 ini berhasrat merapatkan lagi hubungan antara Malaysia dan semenanjung Gaza di dalam pelbagai lapisan agar manfaat dua hala dapat dicapai untuk dimanfaat secara langsung oleh kedua belah pihak. Untuk tujuan itu, MAPIM akan membuka penyertaan anggota rombongan dari NGO dan individu yang berminat untuk menjadi sukarelawan dalam misi ini.

Mereka harus bersedia untuk bukan sahaja mengikuti rombongan tersebut tetapi untuk menjadi sukarelawan berterusan untuk membantu menjayakan pelbagai projek pemulihan Gaza yang diusahakan Mapim.

Misi kali ini mengharapkan peserta akan siap membiayai perbelanjaan perjalanan sendiri serta boleh mengumpul dana untuk dibawa bersama bagi disumbangkan kepada rakyat Gaza. MAPIM berharap agar misi ini akan juga disertai oleh wakil-wakil NGO, ahli politik, ulama, media dan ahli profesional seperti misi yang lalu.