Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Selasa, 5 Julai 2011

Armada Kapal Kanada LL4G Ke-2 Berusaha Belayar Ke Perairan Semenanjung Gaza, Kerajaan Greece Memintas Dan Merampas Armada Kapal LL4G Ke-2 Kanada

ATHENS 6 Julai - Armada kapal LL4G ke-2 milik Kanada yang membawa bekalan perubatan yang dinaiki lebih kurang 40 orang aktivis telah dipintas oleh pengawal pantai Greece semalam. Kerajaan Greece mendakwa aktivis armada kapal LL4G ke-2 milik Kanada melanggar larangan belayar dari pelabuhan negara itu ke Genting Gaza. Menurut saksi, kapal 'Tahrir' telah dilapor meninggalkan pelabuhan di pulau Crete. Seorang aktivis di Athens berkata kebanyakan aktivis yang berada di atas kapal itu merupakan rakyat Kanada, Belgium, Perancis, Itali dan Turki.

"Pengawal pantai Greece telah berjaya memintas kami. Kami pada mulanya cuba untuk melawan, tetapi tiada sesiapa tercedera dalam kejadian ini. Mereka mungkin membawa kami kembali ke pulau Crete, tetapi kami tetap dengan misi kami mahu ke perairan semenanjung Gaza. Buat masa ini, kapal kami telah dirampas oleh kerajaan Greece sebagai salah satu usaha terdesak kerajaan Greece menghalang armada LL4G ke-2 sampai ke perairan semenanjung Gaza. aktivis kapal ini tidak ditahan seorang pon buat masa ini," kata aktivis David Heap menerusi panggilan telefon dari kapal 'Tahrir'.

Dalam satu kejadian terbaru hari ini, sebuah kapal armada LL4G ke-2 milik Perancis yang "Dignite al Karama" bersama lapan orang aktivisnya turut mengenepikan larangan belayar oleh kerajaan Greece apabila mereka juga cuba meninggalkan perairan negara itu dan belayar ke perairan semenanjung Gaza dalam cubaan mencabar sekatan Israel ke atas perairan semenanjung Gaza.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan