Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Khamis, 7 Julai 2011

AS Tidak Mengiktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara Yang Merdeka

WASHINGTON - 8 Julai 2011 – Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama berkata beliau akan menolak sebarang percubaan satu pihak yang ingin mendapatkan pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu (PBB) bagi sebuah negara Palestin yang merdeka.

Beliau juga bersedia menghadiri mesyuarat bersama dengan sekumpulan perunding damai Asia Barat untuk membincangkan mengenai isu tersebut pada minggu depan. Jurucakapnya, Victoria Nuland berkata AS sedang berusaha "memujuk" kerajaan Israel dan Palestin untuk menyambung kembali rundingan secara langsung selepas rundingan sebelum ini menemui jalan buntu.

“Matlamat kami adalah untuk membawa mereka (Israel dan Palestin) kembali berunding dan tindakan menuntut pengiktirafan daripada PBB (bagi negara Palestin merdeka) bukanlah suatu idea yang baik,” katanya merujuk kepada orang tengah rundingan damai Palestin, Saeb Erekat yang mengadakan pertemuan dengan pegawai atasan AS untuk mendapatkan pengiktirafan.

Dalam pada itu, Saeb Erekat berkata rakyat Palestin tidak akan teragak-agak untuk mengemukakan tuntutan itu kepada PBB menjelang akhir bulan ini. Beliau juga menolak idea yang menyatakan tuntutan pengiktirafan itu bertentangan dengan isu keamanan sambil menyuarakan kekecewaan berhubung rundingan dengan Israel sejak dua dekad lalu menemui jalan buntu. “Berdiam diri mengenai isu Palestin sama sekali tidak boleh diterima,” ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan