Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Isnin, 4 Julai 2011

Kerajaan Greece Cuba Menghalang Armada LL4G Ke-2 Kanada Menuju Ke Perairan Semenanjung Gaza

5 Julai 2011 - Pihak keselamatan pengawal pantai Greece telah cuba menghalang armada kapal LL4G ke-2 milik Kanada dari beredar dari perairannya untuk melakukan pelayarannya ke perairan semenanjung Gaza yang dilihat sebagai usaha terdesak rejim Israel menghalang armada kapal LL4G ke-2 menghampiri Gaza.

Mengikut jadual, 2 buah kapal Greece yang membawa 46 orang aktivis Eropah akan belayar semalam yang turut disertai oleh Setiausaha Agung Inisiatif Palestin, Mustafa Barghouthi tetapi tidak dibenarkan beredar keluar dari pelabuhan Greece. Begitu juga dengan beberapa hari yang lepas, pihak berkuasa Greece telah bertindak menghalang kapal-kapal armada LL4G ke-2 yang lain berlepas dari pelabuhannya menuju ke perairan semenanjung Gaza. Ketua kempen LL4G ke-2 Eropah, Arafat Madhi berkata 2 armada kapal LL4G ke-2 milik Perancis juga tidak dibenarkan belayar meninggalkan pelabuhan Greece dan menuju ke perairan semenanjung Gaza oleh pihak berkuasa Greece.

Sementara itu, berlaku rundingan antara aktivis dengan pihak Zionis di mana rejim zionis telah bersetuju untuk membenarkan masuk 400 trak sehari ke Semenanjung Gaza tetapi para aktivis menolak cadangan tersebut dengan alasan Gaza berhak untuk mendapat kemudahan hidup sebagaimana negara-negara lain di dunia ini termasuklah membenarkan aktiviti laut dijalankan tanpa sebarang sekatan antarabangsa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan