Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Khamis, 7 Julai 2011

Kerajaan Greece Cuba Menghalang Armada LL4G Ke-2 Perancis Menuju Ke Perairan Semenanjung Gaza

BAITULMAQDIS - 8 Julai 2011 - Kapal Perancis yang menyertai misi LL4G ke-2 ditahan oleh pengawal pantai Greece di Crete ketika ia berhenti untuk mengisi minyak di pelabuhan berhampiran. "Kapal "Dignite Al Karama" milik Perancis itu telah ditunda ke Sitia di Crete oleh pengawal pantai Greece selepas dipintas di sebuah pelabuhan berhampiran semasa mengisi minyak.

"Pihak berkuasa menyekat kapal itu belayar atas pelbagai sebab-sebab pentadbiran," kata penganjur misi kemanusiaan itu, Claude Leostic menerusi telefon dari Paris. Kapal itu bersama 12 aktivis pro-Palestin telah belayar dari pelabuhan Greece awal pagi kelmarin dalam cubaan untuk mencabar sekatan Israel ke atas perairan semenanjung Gaza.

Sementara itu di Turki, satu laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menuduh Israel menggunakan kekerasan melampau dan menyebabkan kematian sembilan aktivis Turki "yang tidak dapat diterima" dalam serbuan komando rejim Zionis itu ke atas kapal Mavi Marmara Mei tahun lepas. Menurut sumber, kerajaan Israel dan Turki gagal mencapai kata sepakat selepas enggan menandatangani laporan berhubung serbuan Israel ke atas kapal Turki, Mavi Marmara yang sepatutnya diserahkan hari ini kepada Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon. "Pilihan untuk tidak mengunakan kekerasan sepatutnya didahulukan sebagai langkah pertama," jelas sumber tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan