Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Rabu, 13 Julai 2011

Kunjungan Hormat Mahmoud Abbas Ke Greece Dipersoalkan

13 Julai 2011 - Pihak Hamas mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Mahmoud Abbas mengadakan kunjungan hormat ke Greece dan bertemu dengan Presiden Greece, Karolos Papoulias. Ini disebabkan tindakan kerajaan Greece laknatullah tidak membenarkan semua armada kapal LL4G ke-2 berlepas dari pelabuhannya menuju ke perairan semenanjung Gaza.

Pemimpin Hamas, Salah Bardawel dalam satu kenyataannya: "Sekarang rakyat Palestin cukup marah dengan sikap kerajaan Greece yang secara rasminya menyokong penuh kerajaan haram Israel. Kemarahan ini disebabkan kerajaan Greece bertindak menghalang perjalanan semua armada kapal LL4G ke-2. Kami di Ramallah terkejut mendengar berita bahawa Mahmoud Abbas mengunjungi Greece dan ketibaannya ke sana ditunggu-tunggu serta disambut dengan gilang gemilang sekali".

Bardaweel berkata lagi, "Kami mengutuk sekeras-kerasnya penghinaan yang dilakukan oleh Mahmoud Abbas terhadap Palestin dan rakyatnya. Kami menuntut beliau menjelaskan mengapa beliau mengunjungi Greece dan mengutuk tindakan kerajaan Greece sebagaimana rakyat Palestin mengutuk kerajaan Greece yang kini dilihat seolah-olah cuba untuk bermusuhan dengan Palestin".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan