Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Rabu, 13 Julai 2011

Mahmoud Abbas: Fatah Tidak Akan Berdamai Dengan Hamas Jika Salam Fayyad Tidak Menjadi PM Palestin

13 Julai 2011 - Akhbar "al-Hayah" edisi London telah melaporkan bahawa Mahmoud Abbas masih lagi hendak menamakan Salam Fayyad sebagai calon Perdana Menteri bagi pembentukan negara Palestin yang baru walaupun cadangan nama itu mendapat tentangan kuat dari sekutunya, Hamas. Mahmoud Abbas telah berkata: "Tidak akan ada perdamaian dengan pihak Hamas selepas ini kecualilah jika mereka (HAMAS) bersetuju Salam Fayyad dipilih menjadi PM yang akan datang".

Manakala Ismail Haniyeh, PM Palestin kini telah bertemu dengan wakil pihak FATAH di semenanjung Gaza pada hari Isnin yang lalu (11/07/2011) bagi membincangkan kaedah yang terbaik untuk melaksanakan perjanjian damai yang telah disepakati di Kaherah, Mesir. Mahmoud Abbas dilihat seolah-olah terpaksa memilih Salam Fayyad kerana ditekan oleh kerajaan AS dan Eropah. Kerajaan AS dan Eropah akan memberikan bantuan dana kewangan kepada Palestin tetapi dengan syarat Salam Fayyad mesti dilantik menjadi PM Palestin yang baru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan