Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Jumaat, 29 Julai 2011

Manusia Yang Ingin Mengubah Ciptaan Allah Meninggal Dunia

(Wajah Ashraf Selepas Mengubah Ciptaan Allah)

KUALA TERENGGANU, 30/07/2011 - Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, seorang individu yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana telah meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu tepat jam 5 pagi tadi.

Beliau dimasukkan ke hospital berkenaan pada 3 pagi semalam (29/07/2011) setelah mengadu mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah. Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika dihubungi beliau berkata jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor. Katanya beliau sedang menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan. Doktor mengesahkan bahawa anaknya itu mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau lebih dikenali sebagai "unstable angina with cardiogenic shock".

Katanya Mohd Ashraf Hafiz, 25 tahun sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonannya yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar namanya kepada nama wanita ditolak pada 18 Julai lalu. Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir memohon untuk menukar nama di dalam ICnya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu.

* p/s: Dari Allah kita datang... Dan kepada Allah kita kembali... Semoga Allah mengampuni dosa-dosanya... Ambillah peringatan dari peristiwa ini... Dan janganlah mengubah ciptaan Allah kerana Allah mencipta hamba-hambanya dengan sebaik-baik kejadian...

2 ulasan:

  1. ya Allah~ harap tak ade lagi kes macam ni lepas niii~ biarlah yang ade pown sempat berubah dan bertaubat sebelum ajal menjemput~

    BalasPadam
  2. harap-harapnya begitulah...

    BalasPadam