Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Ahad, 24 Julai 2011

Penganut Kristian Fanatik Norway Mahu Lancar Perang Salib Yang Baru

SUNDVOLLEN, Norway 25 Julai - Seorang penganut fanatik Kristian berhaluan kanan yang telah membunuh sekurang-kurangnya 92 orang awam di Norway menganggap tindakannya sebagai sangat kejam tetapi perlu, kata peguamnya.

Dalam kenyataan pertamanya menerusi peguam sejak dia ditangkap, Anders Behring Breivik, 32 menyatakan kesediaannya untuk menjelaskan tindakannya di mahkamah pada sesi yang dijadual diadakan keesokan harinya berkaitan permohonan untuk melanjutkan tempoh penahanannya.

"Dia percaya tindakannya sangat kejam tetapi pada fikirannya tindakan itu perlu diambil," kata peguam, Geir Lippestad kepada stesen televisyen bebas, TV2.

Katanya, anak guamnya mengaku melepaskan tembakan dan meletupkan bom. Geir Lippestad yang bercakap malam semalam (24/07/2011) tidak memberi butir lanjut mengenai motif Anders Behring Breivik.

Anders Behring Breivik amat membenci "golongan marxis budaya". Dia mahu "perang salib" baru dilancarkan bagi menyekat penyebaran Islam dan dia juga menggemari senjata api dan sukan angkat berat selain menyiarkan pandangannya di laman web, kata pegawai polis Norway.
Rakaman video yang disiarkan di laman web Youtube menunjukkan beberapa gambar Anders Behring Breivik termasuk dia berpakaian penyelam sambil mengacukan senjata automatik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan