Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Isnin, 29 Ogos 2011

Salam Aidilfitri

assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua pengunjung blog sautulhaqq… di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut kedatangan bulan syawal dan hari raya aidilfitri kepada semua pengunjung blog sautulhaqq khususnya yang beragama Islam… saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf andai terkasar bahasa sehingga mengguris hati pengunjung blog sekalian… di dalam kegembiraan menyambut kedatangan aidilfitri, saya ingin mengajak semua pengunjung blog sautulhaqq bersama-sama menangisi pemergian bulan ramadhan al-mubarak… semoga Allah menerima ibadah puasa kita… insyaallah… dan marilah kita menambah amalan di bulan syawal ini dengan berpuasa selama enam hari di bulan syawal…

Jumaat, 26 Ogos 2011

Penyeri Idamanku


Penyeri yang kurindui...
Adalah wanita yang mencintai Ilahi...
Lalu cinta kudus itu disulam di dalam peribadi...
Hingga membuatku terpesona dan ingin memperisteri...
Cinta, takut dan harap pada-Nya menguasai diri...
Saban ketika, waktu dan hari...
Hingga jasadnya ditelan bumi...

Penyeri yang kusayangi...
Lidahnya basah dengan zikrullah...
Disudut hatinya mengagungkan Allah...
Wajahnya terpancar nur Ilahi...
Lantaran wuduknya menghiasi diri...
Hingga mataku tak puas merenungi...

Wanita yang ku cintai...
Terhijab auratnya daripada mata ajnabi...
Maruah dirinya dijaga rapi...
Mulia dan terpelihara...
Di mata sesiapa...
Bak mutiara putih ditutup baldu...
Menjadi pujaan kalbuku...

Wanita yang ku impikan...
Menarik tanganku ketika kealpaan...
Lantaran tergoda dek harta dunia yang menggiurkan...
Lalu dibisikkan azimat dengan penuh kasih sayang...
"Abang, marilah kita kembali mengingati Ar-Rahman,"

Wanita yang ku kasihi...
Yang cukup dengan apa yang ada...
Malah bersyukur tiada hentinya...
Yang redha pada apa yang tiada...
Malah memuji Allah yang Maha Kaya...
Dihiasi dengan sifat sabar pula...
Kerana dia cintakan hidup yang bersederhana...
Yang langsung tidak bermatakan benda...

Wanita yang ku sanjungi...
Menjadi bulan kepada zuriatku nanti...
Menyimbah mereka dengan cahaya ilahi...
Menerangi kegelapan mereka di malam hari...
Agar membesarlah semuanya...
Dalam acuan cahaya yang berganda sinarnya...
Untuk menyambung perjuangan Baginda...
Membawa cahaya buat ummah seluruhnya...

Sesungguhnya...
Penyeri yang aku idamkan itu...
Tak pernah luput dalam doaku saban waktu...
Setiap detik dan waktu...
Kerana dia adalah dirimu...
Mawar berduri yang ditakdirkan ilahi buat diriku...

Selasa, 23 Ogos 2011

Kerajaan Nicaragua Menawarkan Suaka Politik Kepada Diktator Muammar Gaddafi

24/08/2011, MANAGUA:- Kerajaan Nicaragua akan menawarkan suaka politik kepada diktator Muammar Gaddafi walaupun belum ada permintaan daripada pemimpin Libya itu setakat ini. “Jika sesiapa yang ingin memohon suaka politik, kami akan memberi jawapan yang positif," kata Bayardo Arce, penasihat hal ehwal ekonomi kepada Presiden Nicaragua, Daniel Ortega kepada pemberita hari ini.

Arce bagaimanapun tidak menyatakan nama pemimpin Libya itu tetapi adalah jelas menunjukkan bahawa diktator Muammar Gaddafi mungkin akan berpindah ke negara Nicaragua berdasarkan teori suaka politik selepas Managua tidak lagi mempunyai kedutaan di Tripoli.

Media tempatan membuat spekulasi awal bahawa diktator Muammar Gaddafi mungkin hidup dalam buangan di Nicaragua kerana Daniel Ortega selama ini dilihat sebagai "penyokong kuat" pemimpin Libya itu dan yang terbaru menyifatkan diktator Muammar Gaddafi sebagai "abang" dan "sahabat". Daniel Ortega adalah antara pemimpin pemberontak berhaluan kiri Nicaragua yang berjuang menentang pemimpin diktator Nicaragua, diktator Anasatasio Somoza pada 1979.

Ahad, 21 Ogos 2011

Salam Lailatulqadar


Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua pengunjung blog sautulhaqq... Bulan Ramadhan sudah memasuki fasa ke-3 dan makin meninggalkan kita... Disini saya mengajak pengunjung blog sautulhaqq khususnya yang beragama Islam, marilah kita mencari satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan iaitu malam lailatulqadar yang cuma terdapat di dalam bulan Ramadhan sahaja... Kita isi malam tersebut dengan ibadah dan malam itu terdapat di 10 malam terakhir bulan Ramadhan... Ana ucapkan selamat mencari lailatulqadar... Semoga Allah mempertemukan kita dengan malam lailatulqadar... Insyaallah...

Sabtu, 20 Ogos 2011

Demo Rakyat Mesir Di Depan Kedutaan Zionis Laknatullah, Kerajaan Mesir Halau Duta Zionis Dan Panggil Pulang Dutanya


Rakyat Mesir Demo Beramai-Ramai Dihadapan Kedutaan Negara Haram Israel Dan Menghalau Duta Zionis Ekoran Serangan Jet Pejuang Israel Terhadap 7 Pengawai Warganegara Mesir. Kerajaan Mesir Telah Memanggil Pulang Dutanya Di Negara Haram Israel...

Jumaat, 19 Ogos 2011

Kerajaan Australia Meminda Undang-Undang, Menjatuhkan Hukuman Penjara Pada Wanita Yang Berpurdah

20/08/2011 - SYDNEY: Pihak berkuasa Australia semalam (19/08/2011) berkata semua pengguna jalan raya yang enggan membuka penutup muka seperti PURDAH, topi keledar dan topeng selepas diminta oleh pihak polis, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga setahun. Keengganan berbuat demikian akan menyebabkan individu berkenaan boleh dikenakan denda sebanyak A$220 (RM681.21). Namun, dalam kes tertentu, pihak berkuasa boleh memenjarakan mereka sehingga setahun dan denda A$5,500 (RM15,477.97).

“Penduduk hanya diminta membuka penutup muka untuk mengenal pasti identiti mereka. Mereka yang mahu dikenal pasti secara persendirian atas alasan budaya dan agama boleh meminta untuk pergi ke balai polis.” kata Perdana Menteri New South Waltes, Barry O’Farrell.

Perubahan undang-undang itu akan mula diperkenalkan ke parlimen Australia minggu depan. Perubahan undang-undang itu juga turut memberi kuasa kepada kerajaan Australia untuk meminta individu berkenaan untuk menanggalkan purdah ketika di mahkamah. Pelawat-pelawat yang ingin melawat kawan dan saudara mara di penjara juga diminta menbuka purdah yang dipakai mereka. Individu yang gagal menurut peraturan itu bakal berdepan dengan denda sehingga A$550 (RM1,700.63).

“Saya menghormati setiap aspek agama dan kepercayaan yang berbeza namun apabila ia membabitkan penguatkuasaan undang-undang, pihak polis perlu diberi kuasa yang mencukupi untuk mengenal pasti identiti seseorang individu berkenaan,” kata O’Farrell dalam satu kenyataan. Perubahan undang-undang itu diikuti dengan kes terbaru dimana seorang wanita Islam telah didenda kerana seorang hakim majistret memutuskan bahawa dia tidak dapat mengenal pasti secara positif individu berkenaan kerana memakai purdah.

Khamis, 18 Ogos 2011

7 Pegawai Warganegara Mesir Syahid Dibom Israel Laknatullah Di Sempadan Rafah

19 Ogos 2011 - Sumber khas yang diperolehi di Kaherah pada waktu subuh hari ini menyatakan bilangan syuhada dari kalangan pihak tentera Mesir telah meningkat kepada 7 orang manakala bilangan tentera Mesir yang tercedera tidak dapat ditentukan. Seorang pegawai tentera Mesir - yang namanya tidak mahu dikenali - berkata bahawa pegawai-pegawai tentera Mesir yang syahid adalah dari kalangan yang berpangkat Brigadier Jeneral. Serangan dilakukan satu batalion tentera sedang menuju ke semenanjung Sinai.

Maklumat terkini mendapati bahawa persiapan sedang dilakukan oleh Revolusi Mesir di kalangan belia yang akan menganjurkan perhimpunan besar-besaran di hadapan Kedutaan negara haram Israel di Kaherah bagi membantah pembunuhan 7 pegawai tentera Mesir oleh tentera Israel laknatullah yang akan diadakan pada hari ini.

Sumber rasmi Mesir semalam (Khamis 18/08/2011)berkata sebelum ini 3 anggota tentera Mesir telah syahid selepas sebuah jet pejuang tentera Zionis laknatullah melepaskan peluru berpandu dekat sempadan Mesir. Rejim Zionis Israel berbohong dengan mengatakan kumpulan pejuang Palestin yang melakukan serangan tersebut.

Manakala agensi berita Mesir, MENA memetik sumber tentera sebagai berkata insiden itu berlaku berhampiran di kawasan antara Rafah ke Semenanjung Gaza. Sebuah pesawat pejuang Zionis telah mengikut laluan di sisi sempadan sehingga mereka tiba di sempadan Rafah dan melepaskan tembakan kearah pihak keselamatan Mesir yang sedang berkawal disitu.

Laksamana Abdul Wahab Mabruk, Gabenor Utara Sinai menafikan bahawa terdapatnya kumpulan pejuang Palestin yang menyusup masuk ke Mesir melalui sempadan Rafah dan kemudiannya masuk ke bandar Eilat di wilayah Palestin 48 untuk melakukan serangan. Ini kerana pihaknya sentiasa mengawal laluan sempadan tersebut dengan kawalan ketat. Beliau menambah lagi, pihaknya menguasai sepenuhnya sempadan Mesir sehingga ke sempadan Palestin dan mendapat kerjasama penuh daripada pihak keselamatan Gaza sehingga tidak memungkinkan berlakunya sebarang penyusupan senjata api.

Aqsa Syarif Di TV Al-Hijrah

Selasa, 16 Ogos 2011

Senarai Nama Tentera Islam Yang Terlibat Di Dalam Peperangan Badar



1. Rasulullah s.a.w.

2. Abu Bakar al-Siddiq r.a.

3. Umar bin al-Khattab r.a.

4. Uthman bin Affan r.a.

5. Ali bin Abu Thalib r.a.

6. Talhah bin Ubaidillah r.a.

7. Bilal bin Rabah r.a.

8. Hamzah bin Abdul Muttalib r.a.

9. Abdullah bin Jahsyi r.a.

10. Zubair bin al-Awwam r.a.

11. Mus’ab bin Umair bin Hasyim r.a.

12. Abdur Rahman bin ‘Auf r.a.

13. Abdullah bin Mas’ud r.a.

14. Saad bin Abi Waqqas r.a.

15. Abu Kabsyah al-Faris r.a.

16. Anasah al-Habsyi r.a.

17. Zaid bin Harithah al-Kalbi r.a.

18. Marthad bin Abi Marthad al-Ghanawi r.a.

19. Abu Marthad al-Ghanawi r.a.

20. Al-Husain bin al-Harith bin Abdul Muttolib r.a.

21. ‘Ubaidah bin al-Harith bin Abdul Muttolib r.a.

22. Al-Tufail bin al-Harith bin Abdul Muttolib r.a.

23. Mistah bin Usasah bin ‘Ubbad bin Abdul Muttolib r.a.

24. Abu Huzaifah bin ‘Utbah bin Rabi’ah r.a.

25. Subaih (maula Abi ‘Asi bin Umaiyyah) r.a.

26. Salim (maula Abu Huzaifah) r.a.

27. Sinan bin Muhsin r.a.

28. Ukasyah bin Muhsin r.a.

29. Sinan bin Abi Sinan r.a.

30. Abu Sinan bin Muhsin r.a.

31. Syuja’ bin Wahab r.a.

32. Utbah bin Wahab r.a.

33. Yazid bin Ruqais r.a.

34. Muhriz bin Nadhlah r.a.

35. Rabi’ah bin Aksam r.a.

36. Thaqfu bin Amir r.a.

37. Malik bin Amir r.a.

38. Mudlij bin Amir r.a.

39. Abu Makhsyi Suwaid bin Makhsyi al-To’i r.a.

40. ‘Utbah bin Ghazwan r.a.

41. Khabbab (maula ‘Utbah bin Ghazwan) r.a.

42. Hathib bin Abi Balta’ah al-Lakhmi r.a.

43. Saad al-Kalbi (maula Hathib) r.a.

44. Suwaibit bin Saad bin Harmalah r.a.

45. Umair bin Abi Waqqas r.a.

46. Al-Miqdad bin ‘Amru r.a.

47. Mas'ud bin Rabi’ah r.a.

48. Zus Syimalain Amru bin Amru r.a.

49. Khabbab bin al-Arat al-Tamimi r.a.

50. Amir bin Fuhairah r.a.

51. Suhaib bin Sinan r.a.

52. Abu Salamah bin Abdul Asad r.a.

53. Syammas bin Uthman r.a.

54. Al-Arqam bin Abi al-Arqam r.a.

55. Ammar bin Yasir r.a.

56. Mu’attib bin ‘Auf al-Khuza’i r.a.

57. Zaid bin al-Khattab r.a.

58. Amru bin Suraqah r.a.

59. Abdullah bin Suraqah r.a.

60. Said bin Zaid bin Amru r.a.

61. Mihja bin Akk (maula Umar bin al-Khattab) r.a.

62. Waqid bin Abdullah al-Tamimi r.a.

63. Khauli bin Abi Khauli al-Ijli r.a.

64. Malik bin Abi Khauli al-Ijli r.a.

65. Amir bin Rabi’ah r.a.

66. Amir bin al-Bukair r.a.

67. Aqil bin al-Bukair r.a.

68. Khalid bin al-Bukair r.a.

69. Iyas bin al-Bukair r.a.

70. Uthman bin Maz’un r.a.

71. Qudamah bin Maz’un r.a.

72. Abdullah bin Maz’un r.a.

73. Al-Saib bin Uthman bin Maz’un r.a.

74. Ma’mar bin al-Harith r.a.

75. Khunais bin Huzafah r.a.

76. Abu Sabrah bin Abi Ruhm r.a.

77. Abdullah bin Makhramah r.a.

78. Abdullah bin Suhail bin Amru r.a.

79. Wahab bin Saad bin Abi Sarah r.a.

80. Hatib bin Amru r.a.

81. Umair bin Auf r.a.

82. Saad bin Khaulah r.a.

83. Abu Ubaidah Amir al-Jarah r.a.

84. Amru bin al-Harith r.a.

85. Suhail bin Wahab bin Rabi’ah r.a.

86. Safwan bin Wahab r.a.

87. Amru bin Abi Sarah bin Rabi’ah r.a.

88. Saad bin Muaz r.a.

89. Amru bin Muaz r.a.

90. Al-Harith bin Aus r.a.

91. Al-Harith bin Anas r.a.

92. Saad bin Zaid bin Malik r.a.

93. Salamah bin Salamah bin Waqsyi r.a.

94. ‘Ubbad bin Waqsyi r.a.

95. Salamah bin Thabit bin Waqsyi r.a.

96. Rafi’ bin Yazid bin Kurz r.a.

97. Al-Harith bin Khazamah bin ‘Adi r.a.

98. Muhammad bin Maslamah al-Khazraj r.a.

99. Salamah bin Aslam bin Harisy r.a.

100. Abul Haitham bin al-Tayyihan r.a.

101. ‘Ubaid bin Tayyihan r.a.

102. Abdullah bin Sahl r.a.

103. Qatadah bin Nu’man bin Zaid r.a.

104. Ubaid bin Aus r.a.

105. Nasr bin al-Harith bin ‘Abd r.a.

106. Mu’attib bin ‘Ubaid r.a.

107. Abdullah bin Tariq al-Ba’lawi r.a.

108. Mas’ud bin Sa’ad r.a.

109. Abu Absi Jabr bin Amru r.a.

110. Abu Burdah Hani’ bin Niyyar al-Ba’lawi r.a.

111. Asim bin Thabit bin Abi al-Aqlah r.a.

112. Mu’attib bin Qusyair bin Mulail r.a.

113. Abu Mulail bin al-Az’ar bin Zaid r.a.

114. Umair bin Mab’ad bin al-Az’ar r.a.

115. Sahl bin Hunaif bin Wahib r.a.

116. Abu Lubabah Basyir bin Abdul Munzir r.a.

117. Mubasyir bin Abdul Munzir r.a.

118. Rifa’ah bin Abdul Munzir r.a.

119. Saad bin ‘Ubaid bin al-Nu’man r.a.

120. ‘Uwaim bin Sa’dah bin ‘Aisy r.a.

121. Rafi’ bin Anjadah r.a.

122. Ubaidah bin Abi ‘Ubaid r.a.

123. Tha’labah bin Hatib r.a.

124. Unais bin Qatadah bin Rabi’ah r.a.

125. Ma’ni bin Adi al-Ba’lawi r.a.

126. Thabit bin Akhram al-Ba’lawi r.a.

127. Zaid bin Aslam bin Tha’labah al-Ba’lawi r.a.

128. Rib’ie bin Rafi’ al-Ba’lawi r.a.

129. Asim bin Adi al-Ba’lawi r.a.

130. Jubr bin ‘Atik r.a.

131. Malik bin Numailah al-Muzani r.a.

132. Al-Nu’man bin ‘Asr al-Ba’lawi r.a.

133. Abdullah bin Jubair r.a.

134. Asim bin Qais bin Thabit r.a.

135. Abu Dhayyah bin Thabit bin al-Nu’man r.a.

136. Abu Hayyah bin Thabit bin al-Nu’man r.a.

137. Salim bin Amir bin Thabit r.a.

138. Al-Harith bin al-Nu’man bin Umayyah r.a.

139. Khawwat bin Jubair bin al-Nu’man r.a.

140. Al-Munzir bin Muhammad bin ‘Uqbah r.a.

141. Abu ‘Uqail bin Abdullah bin Tha’labah r.a.

142. Saad bin Khaithamah r.a.

143. Munzir bin Qudamah bin Arfajah r.a.

144. Tamim (maula Sa’ad bin Khaithamah) r.a.

145. Al-Harith bin Arfajah r.a.

146. Kharijah bin Zaid bin Abi Zuhair r.a.

147. Saad bin al-Rabi’ bin Amru r.a.

148. Abdullah bin Rawahah r.a.

149. Khallad bin Suwaid bin Tha’labah r.a.

150. Basyir bin Saad bin Tha’labah r.a.

151. Sima’ bin Saad bin Tha’labah r.a.

152. Subai bin Qais bin ‘Isyah r.a.

153. ‘Ubbad bin Qais bin ‘Isyah r.a.

154. Abdullah bin Abbas r.a.

155. Yazid bin al-Harith bin Qais r.a.

156. Khubaib bin Isaf bin ‘Atabah r.a.

157. Abdullah bin Zaid bin Tha’labah r.a.

158. Huraith bin Zaid bin Tha’labah r.a.

159. Sufyan bin Bisyr bin Amru r.a.

160. Tamim bin Ya’ar bin Qais r.a.

161. Abdullah bin Umair r.a.

162. Zaid bin al-Marini bin Qais r.a.

163. Abdullah bin ‘Urfutah r.a.

164. Abdullah bin Rabi’ bin Qais r.a.

165. Abdullah bin Abdullah bin Ubai r.a.

166. Aus bin Khauli bin Abdullah r.a.

167. Zaid bin Wadi’ah bin Amru r.a.

168. ‘Uqbah bin Wahab bin Kaladah r.a.

169. Rifa’ah bin Amru bin Amru bin Zaid r.a.

170. Amir bin Salamah r.a.

171. Abu Khamishah Ma’bad bin Ubbad r.a.

172. Amir bin al-Bukair r.a.

173. Naufal bin Abdullah bin Nadhlah r.a.

174. ‘Utban bin Malik bin Amru bin al-Ajlan r.a.

175. ‘Ubadah bin al-Somit r.a.

176. Aus bin al-Somit r.a.

177. Al-Nu’man bin Malik bin Tha’labah r.a.

178. Thabit bin Huzal bin Amru bin Qarbus r.a.

179. Malik bin Dukhsyum bin Mirdhakhah r.a.

180. Al-Rabi’ bin Iyas bin Amru bin Ghanam r.a.

181. Waraqah bin Iyas bin Ghanam r.a.

182. Amru bin Iyas r.a.

183. Al-Mujazzar bin Ziyad bin Amru r.a.

184. ‘Ubadah bin al-Khasykhasy r.a.

185. Nahhab bin Tha’labah bin Khazamah r.a.

186. Abdullah bin Tha’labah bin Khazamah r.a.

187. Utbah bin Rabi’ah bin Khalid r.a.

188. Abu Dujanah Sima’ bin Kharasyah r.a.

189. Al-Munzir bin Amru bin Khunais r.a.

190. Abu Usaid bin Malik bin Rabi’ah r.a.

191. Malik bin Mas’ud bin al-Badan r.a.

192. Abu Rabbihi bin Haqqi bin Aus r.a.

193. Ka’ab bin Humar al-Juhani r.a.

194. Dhamrah bin Amru r.a.

195. Ziyad bin Amru r.a.

196. Basbas bin Amru r.a.

197. Abdullah bin Amir al-Ba’lawi r.a.

198. Khirasy bin al-Shimmah bin Amru r.a.

199. Al-Hubab bin al-Munzir bin al-Jamuh r.a.

200. Umair bin al-Humam bin al-Jamuh r.a.

201. Tamim (maula Khirasy bin al-Shimmah) r.a.

202. Abdullah bin Amru bin Haram r.a.

203. Muaz bin Amru bin al-Jamuh r.a.

204. Mu’awwiz bin Amru bin al-Jamuh r.a.

205. Khallad bin Amru bin al-Jamuh r.a.

206. ‘Uqbah bin Amir bin Nabi bin Zaid r.a.

207. Hubaib bin Aswad r.a.

208. Thabit bin al-Jiz’i r.a.

209. Umair bin al-Harith bin Labdah r.a.

210. Basyir bin al-Barra’ bin Ma’mur r.a.

211. Al-Tufail bin al-Nu’man bin Khansa’ r.a.

212. Sinan bin Saifi bin Sakhr bin Khansa’ r.a.

213. Abdullah bin al-Jaddi bin Qais r.a.

214. Atabah bin Abdullah bin Sakhr r.a.

215. Jabbar bin Umaiyah bin Sakhr r.a.

216. Kharijah bin Humayyir al-Asyja’i r.a.

217. Abdullah bin Humayyir al-Asyja’i r.a.

218. Yazid bin al-Munzir bin Sahr r.a.

219. Ma’qil bin al-Munzir bin Sahr r.a.

220. Abdullah bin al-Nu’man bin Baldumah r.a.

221. Al-Dhahlak bin Harithah bin Zaid r.a.

222. Sawad bin Razni bin Zaid r.a.

223. Ma’bad bin Qais bin Sakhr bin Haram r.a.

224. Abdullah bin Qais bin Sakhr bin Haram r.a.

225. Abdullah bin Abdi Manaf r.a.

226. Jabir bin Abdullah bin Riab r.a.

227. Khulaidah bin Qais bin al-Nu’man r.a.

228. An-Nu’man bin Yasar r.a.

229. Abu al-Munzir Yazid bin Amir r.a.

230. Qutbah bin Amir bin Hadidah r.a.

231. Sulaim bin Amru bin Hadidah r.a.

232. Antarah (maula Qutbah bin Amir) r.a.

233. Abbas bin Amir bin Adi r.a.

234. Abul Yasar Ka’ab bin Amru bin Abbad r.a.

235. Sahl bin Qais bin Abi Ka’ab bin al-Qais r.a.

236. Amru bin Talqi bin Zaid bin Umaiyah r.a.

237. Muaz bin Jabal bin Amru bin Aus r.a.

238. Qais bin Mihshan bin Khalid r.a.

239. Abu Khalid al-Harith bin Qais bin Khalid r.a.

240. Jubair bin Iyas bin Khalid r.a.

241. Abu Ubadah Sa’ad bin Uthman r.a.

242. ‘Uqbah bin Uthman bin Khaladah r.a.

243. Ubadah bin Qais bin Amir bin Khalid r.a.

244. As’ad bin Yazid bin al-Fakih r.a.

245. Al-Fakih bin Bisyr r.a.

246. Zakwan bin Abdu Qais bin Khaladah r.a.

247. Muaz bin Ma’ish bin Qais bin Khaladah r.a.

248. Aiz bin Ma’ish bin Qais bin Khaladah r.a.

249. Mas’ud bin Qais bin Khaladah r.a.

250. Rifa’ah bin Rafi’ bin al-Ajalan r.a.

251. Khallad bin Rafi’ bin al-Ajalan r.a.

252. Ubaid bin Yazid bin Amir bin al-Ajalan r.a.

253. Ziyad bin Lubaid bin Tha’labah r.a.

254. Khalid bin Qais bin al-Ajalan r.a.

255. Rujailah bin Tha’labah bin Khalid r.a.

256. Atiyyah bin Nuwairah bin Amir r.a.

257. Khalifah bin Adi bin Amru r.a.

258. Rafi’ bin al-Mu’alla bin Luzan r.a.

259. Abu Ayyub bin Khalid al-Ansari r.a.

260. Thabit bin Khalid bin al-Nu’man r.a.

261. ‘Umarah bin Hazmi bin Zaid r.a.

262. Suraqah bin Ka’ab bin Abdul Uzza r.a.

263. Suhail bin Rafi’ bin Abi Amru r.a.

264. Adi bin Abi al-Zaghba’ al-Juhani r.a.

265. Mas’ud bin Aus bin Zaid r.a.

266. Abu Khuzaimah bin Aus bin Zaid r.a.

267. Rafi’ bin al-Harith bin Sawad bin Zaid r.a.

268. Auf bin al-Harith bin Rifa’ah r.a.

269. Mu’awwaz bin al-Harith bin Rifa’ah r.a.

270. Muaz bin al-Harith bin Rifa’ah r.a.

271. An-Nu’man bin Amru bin Rifa’ah r.a.

272. Abdullah bin Qais bin Khalid r.a.

273. Wadi’ah bin Amru al-Juhani r.a.

274. Ishmah al-Asyja’i r.a.

275. Thabit bin Amru bin Zaid bin Adi r.a.

276. Sahl bin ‘Atik bin al-Nu’man r.a.

277. Tha’labah bin Amru bin Mihshan r.a.

278. Al-Harith bin al-Shimmah bin Amru r.a.

279. Ubai bin Ka’ab bin Qais r.a.

280. Anas bin Muaz bin Anas bin Qais r.a.

281. Aus bin Thabit bin al-Munzir bin Haram r.a.

282. Abu Syeikh bin Ubai bin Thabit r.a.

283. Abu Tolhah bin Zaid bin Sahl r.a.

284. Abu Syeikh Ubai bin Thabit r.a.

285. Harithah bin Suraqah bin al-Harith r.a.

286. Amru bin Tha’labah bin Wahb bin Adi r.a.

287. Salit bin Qais bin Amru bin ‘Atik r.a.

288. Abu Salit bin Usairah bin Amru r.a.

289. Thabit bin Khansa’ bin Amru bin Malik r.a.

290. Amir bin Umaiyyah bin Zaid r.a.

291. Muhriz bin Amir bin Malik r.a.

292. Sawad bin Ghaziyyah r.a.

293. Abu Zaid Qais bin Sakan r.a.

294. Abul A’war bin al-Harith bin Zalim r.a.

295. Sulaim bin Milhan r.a.

296. Haram bin Milhan r.a.

297. Qais bin Abi Sha’sha’ah r.a.

298. Abdullah bin Ka’ab bin Amru r.a.

299. ‘Ishmah al-Asadi r.a.

300. Abu Daud Umair bin Amir bin Malik r.a.

301. Suraqah bin Amru bin ‘Atiyyah r.a.

302. Qais bin Mukhallad bin Tha’labah r.a.

303. Al-Nu’man bin Abdi Amru bin Mas’ud r.a.

304. Al-Dhahhak bin Abdi Amru r.a.

305. Sulaim bin al-Harith bin Tha’labah r.a.

306. Jabir bin Khalid bin Mas’ud r.a.

307. Saad bin Suhail bin Abdul Asyhal r.a.

308. Ka’ab bin Zaid bin Qais r.a.

309. Bujir bin Abi Bujir al-Abbasi r.a.

310. ‘Itban bin Malik bin Amru al-Ajalan r.a.

311. ‘Ismah bin al-Hushain bin Wabarah r.a.

312. Hilal bin al-Mu’alla al-Khazraj r.a.

313. Oleh bin Syuqrat r.a. (pembantu Rasulullah s.a.w.)

Strategi Peperangan Rasulullah S.A.W.


Taktik Menunggu Musuh:
Digunakan oleh nabi Muhammad s.a.w. dalam Perang Badar. Cara, tentera Islam menunggu kedatangan musuh di tengah medan peperangan dan apabila tentera musuh menghampiri tentera Islam menyerang balas.

Taktik al – Saf:
Digunakan dalam Perang Badar. Cara, tentera dibahagikan kepada 2 barisan; barisan pertama di hadapan bersenjatakan tombak dan perisai manakala barisan kedua bersenjatakan panah dan perisai dan diketuai oleh pemegang bendera. Tentera Islam hanya berjumlah 313 orang, musuh 3,000 orang.

Taktik Menggali Parit:
Digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam Perang al-Ahzab. Tentera musuh seramai 10,000 orang, tentera Islam seramai 3,000 orang. Parit digali menghalang tentera musuh memasuki kota Madinah. Tentera Islam hanya bertahan di dalam kota. Bantuan angin kencang turut melemahkan pihak musuh.

Taktik Kepungan:
Digunakan sewaktu tentera Islam menyerang kota Taif. Tentera Islam mengepung kota ini buat seketika sehingga berjaya memutuskan bekalan makanan. Tentera Islam bertindak melancarkan serangan.

Taktik Membiarkan Musuh Tanpa Dikejar:
Dilaksanakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan diikuti oleh Khulafa’ al-Rasyidin. Tentera Islam dilarang mengejar/memburu tentera musuh yang berundur. Alasannya, tentera Islam hanya bersifat mempertahankan diri daripada serangan dan untuk membuktikan tentera Islam tidak agresif serta mengelakkan tentera Islam diperdaya oleh musuh.

Taktik Penyamaran:
Digunakan sewaktu Perang Khandak. Nabi menghantar Naim bin Masud untuk bertindak sebagai musuh Islam dan memecahbelahkan pakatan musyrikin Makkah dan Yahudi. Musuh akhirnya tewas.

Salam Nuzul Quran

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua pengunjung blog sautulhaqq... saya mengucapkan selamat menyambut Nuzul Al-Quran kepada semua pengunjung blog sautulhaqq khususnya kepada yang beragama Islam... Marilah kita membanyakkan membaca kitab suci Al-Quran kerana Al-Quran akan memberi syafaat di hari akhirat kelak pada pembacanya... Semoga kita tergolong di dalam golongan yang mendapat syafaat Al-Quran di akhirat kelak... Insyaallah...

Jadual Berbuka Puasa Tahun 2011 Bagi Kawasan Ipoh, Batu Gajah, Kampar, Sungai Siput Dan Kuala Kangsar


Jumaat, 12 Ogos 2011

Penerbangan Dan Percutian Abadi


MAKLUMAT PERIBADI

NAMA:

MANUSIA

DESTINASI PERCUTIAN:

NEGARA AKHIRAT (transit alam barzakh)

HARGA PENERBANGAN:

PERCUMA

MASA PENERBANGAN:

BILA-BILA MASA

MASA MENAIKI KAPAL TERBANG:

KETIKA DIJEMPUT MALAIKAT IZRAIL

BARANG-BARANG YANG DIBENARKAN BAWA BERSAMA:

2 METER KAIN PUTIH, AMAL SOLEH, AMAL KEJAHATAN

KEPERLUAN YANG BIASA DIGUNA KETIKA SAMPAI KE DESTINASI PERCUTIAN:

1 - SEDEKAH JARIAH

2 - DOA ANAK YANG SOLEH

3 - ILMU YANG BERMANFAAT

PENERBANGAN INI AKAN MENJADI PENERBANGAN YANG AMAT MENAKUTKAN JIKA PENUMPANG TIDAK MEMATUHI ARAHAN BERIKUT:

1 - MEMATUHI PERINTAH ALLAH DAN MENINGGALKAN LARANGANNYA (bersumberkan Al-Quran dan Al-Hadith)

2 - MEMPERBANYAKKAN ZIKIR KEPADA ALLAH

3 - BERBAKTI KEPADA IBUBAPA

4 - MENGHUBUNGKAN SILATURRAHIM

5 - BERLUMBA-LUMBA MENGERJAKAN AMALAN WAJIB DAN AMALAN SUNAT

6 - MAKAN DAN MINUM DARI SUMBER YANG HALAL

7 - TIDAK PANJANG ANGAN-ANGAN

UNTUK KETERANGAN LANJUT, SILA RUJUK:

AL-QURAN DAN AL-HADITH

DIHARAP PARA PENUMPANG DAPAT MEMBUAT PERSEDIAAN RAPI SEBELUM MENAIKI PENERBANGAN... SELAMAT BERCUTI DAN SELAMAT MENIKMATI PEMANDANGAN INDAH DI DESTINASI PERCUTIAN YANG DITAWARKAN

sila war-warkan percutian ini kepada sahabat-sahabat anda...

Rabu, 10 Ogos 2011

Cara-Cara Memagari Rumah Dari Gangguan Makhluk Halus

Adakah rumah yang anda diami mempunyai salah satu tanda-tanda ini???

1 - Terdengar bunyi guli jatuh di dalam rumah.

2 - Terdengar bunyi sesuatu benda jatuh daru bumbung rumah (kebiasaan terjadi pada waktu malam).

3 - Mempunyai rasa tidak tenang sebaik sahaja menjejakkan kaki di rumah dan perasaan sebaliknya apabila berada di luar rumah.

4 - Keadaan rumah menjadi begitu suram dan menyeramkan.

5 - Terhidu bau busuk seperti bangkai dan tidak menjumpai punca bau tersebut.


Tips-Tips Dan Cara-Cara Memagari Rumah


Bahan-Bahan

1) Garam

2) Daun pandan 14 helai atau buah limau purut 14 biji

3) Minyak kasturi (warna putih atau hitam)

4) Baldi Air (mengikut keluasan dalam rumah)

5) Botol Semburan Air

6) CD Bacaan Ayat-Ayat Ruqyah

Bacaan

1) Membaca Surah Yasin.

2) Membaca Surah Al-Fatihah, Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas 7 kali.

3) Membaca Surah Yasin ayat 9 sebanyak 21 kali.

وَجَعَلْنَا مِن بَيْنِ أَيْدِيهِمْ سَدًّا وَمِنْ خَلْفِهِمْ سَدًّا فَأَغْشَيْنَاهُمْ فَهُمْ لَا يُبْصِرُونَ

4) Membaca Surah Al-A'raf ayat 17 sebanyak 21 kali.

ثُمَّ لَآتِيَنَّهُم مِّن بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ وَعَنْ أَيْمَانِهِمْ وَعَن شَمَائِلِهِمْ ۖ

وَلَا تَجِدُ أَكْثَرَهُمْ

شَاكِرِينَ



Cara-Cara Dan Kaedah-Kaedah Memagar Rumah

1) Pastikan rumah yang ingin dipagar bebas daripada unsur-unsur yang mensyirikkan Allah.

2) Sediakan 1 baldi air (mengikut keluasan rumah)

3) Campurkan garam, daun pandan 14 helai atau buah limau purut 14 biji dan minyak kasturi ke dalam air.

4) Masukkan air yang dicampur bahan tadi ke dalam botol semburan air.

5) Buka semua pintu, tingkap dan almari.

6) Pasang CD bacaan ruqyah dan azan sebanyak 1 kali di tengah-tengah rumah.

7) Sembur air yang dicampur dengan bahan-bahan di setiap sudut rumah (membaca ayat kursi sampai habis berulang kali ketika menyembur air)

Aqsa Syarif Di TV1

Isnin, 8 Ogos 2011

Identiti Pemilik Wordpress Hina Allah, Nabi Muhammad Dan Agama Islam Terbongkar

(pemilik wordpress bernama "Hajjah Sitt Al-Wuzara")

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada pengunjung blog sautulhaqq... Di sini saya ingin berkongsi dengan anda mengenai info pemilik wordpress yang menghina Allah, Nabi Muhammad s.a.w. dan agama Islam... (sila lihat diatas) Wordpress itu dikenali sebagai "Hajjah Sitt Al-Wuzara". Di dalam wordpress itu terdapat banyak penghinaan yang dilemparkannya terhadap Allah, Nabi Muhammad s.a.w. dan agama Islam...

Alamat wordpress yang dimiliki oleh individu ini ialah: https://makcikhajjahsittalwuzara.wordpress.com/
(laman web ini sudah tidak boleh di access)

Khamis, 4 Ogos 2011

Mohon Sumbangan Projek Berbuka Puasa Rakyat Palestin


Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua pengunjung blog sautulhaqq... Disini saya ingin memohon jasa baik anda semua untuk menyumbang sedikit harta anda semua untuk program berbuka puasa dan sahur bagi rakyat Palestin yang kini sangat menderita dizalimi oleh bangsa yahudi laknatullah... Berikut ialah harga pakej berbuka puasa bagi rakyat Palestin...

  • Makanan Sekeluarga = RM200.00
  • Sahur Dan Berbuka Untuk Seorang Rakyat Palestin = RM60.00
  • Sahur Dan Berbuka Puasa Seorang Rakyat Palestin Di Masjidil Aqsa = RM60.00
  • Pakaian Dan Hadiah Hari Raya Aidilfitri = RM200.00

Sekiranya anda ingin memberi sumbangan, anda bolehlah bank-in sumbangan anda di:

- Bank Islam Malaysia Berhad: 12029010047880
- Maybank Malaysia Berhad: 562263010787

setelah anda bank-in sumbangan anda, anda perlu isi borang di sini

sumbangan anda semua didahului dengan ucapan terima kasih... semoga Allah membalas sumbangan anda dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda... Insyaallah...

Renungilah Hadith ini...

Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani, Rasulullah s.a.w. telah bersabda:" Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak akan berkurangan walau sedikitpun."

Selasa, 2 Ogos 2011

Isnin, 1 Ogos 2011

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada pengunjung blog sautulhaqq...
Saya mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada semua pengunjung blog sautulhaqq khususnya yang beragama Islam... Semoga Allah menerima ibadah kita dan Allah pertemukan kita dengan malam lailatulqadar... Insyaallah...