Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Khamis, 18 Ogos 2011

7 Pegawai Warganegara Mesir Syahid Dibom Israel Laknatullah Di Sempadan Rafah

19 Ogos 2011 - Sumber khas yang diperolehi di Kaherah pada waktu subuh hari ini menyatakan bilangan syuhada dari kalangan pihak tentera Mesir telah meningkat kepada 7 orang manakala bilangan tentera Mesir yang tercedera tidak dapat ditentukan. Seorang pegawai tentera Mesir - yang namanya tidak mahu dikenali - berkata bahawa pegawai-pegawai tentera Mesir yang syahid adalah dari kalangan yang berpangkat Brigadier Jeneral. Serangan dilakukan satu batalion tentera sedang menuju ke semenanjung Sinai.

Maklumat terkini mendapati bahawa persiapan sedang dilakukan oleh Revolusi Mesir di kalangan belia yang akan menganjurkan perhimpunan besar-besaran di hadapan Kedutaan negara haram Israel di Kaherah bagi membantah pembunuhan 7 pegawai tentera Mesir oleh tentera Israel laknatullah yang akan diadakan pada hari ini.

Sumber rasmi Mesir semalam (Khamis 18/08/2011)berkata sebelum ini 3 anggota tentera Mesir telah syahid selepas sebuah jet pejuang tentera Zionis laknatullah melepaskan peluru berpandu dekat sempadan Mesir. Rejim Zionis Israel berbohong dengan mengatakan kumpulan pejuang Palestin yang melakukan serangan tersebut.

Manakala agensi berita Mesir, MENA memetik sumber tentera sebagai berkata insiden itu berlaku berhampiran di kawasan antara Rafah ke Semenanjung Gaza. Sebuah pesawat pejuang Zionis telah mengikut laluan di sisi sempadan sehingga mereka tiba di sempadan Rafah dan melepaskan tembakan kearah pihak keselamatan Mesir yang sedang berkawal disitu.

Laksamana Abdul Wahab Mabruk, Gabenor Utara Sinai menafikan bahawa terdapatnya kumpulan pejuang Palestin yang menyusup masuk ke Mesir melalui sempadan Rafah dan kemudiannya masuk ke bandar Eilat di wilayah Palestin 48 untuk melakukan serangan. Ini kerana pihaknya sentiasa mengawal laluan sempadan tersebut dengan kawalan ketat. Beliau menambah lagi, pihaknya menguasai sepenuhnya sempadan Mesir sehingga ke sempadan Palestin dan mendapat kerjasama penuh daripada pihak keselamatan Gaza sehingga tidak memungkinkan berlakunya sebarang penyusupan senjata api.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan