Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Rabu, 10 Ogos 2011

Cara-Cara Memagari Rumah Dari Gangguan Makhluk Halus

Adakah rumah yang anda diami mempunyai salah satu tanda-tanda ini???

1 - Terdengar bunyi guli jatuh di dalam rumah.

2 - Terdengar bunyi sesuatu benda jatuh daru bumbung rumah (kebiasaan terjadi pada waktu malam).

3 - Mempunyai rasa tidak tenang sebaik sahaja menjejakkan kaki di rumah dan perasaan sebaliknya apabila berada di luar rumah.

4 - Keadaan rumah menjadi begitu suram dan menyeramkan.

5 - Terhidu bau busuk seperti bangkai dan tidak menjumpai punca bau tersebut.


Tips-Tips Dan Cara-Cara Memagari Rumah


Bahan-Bahan

1) Garam

2) Daun pandan 14 helai atau buah limau purut 14 biji

3) Minyak kasturi (warna putih atau hitam)

4) Baldi Air (mengikut keluasan dalam rumah)

5) Botol Semburan Air

6) CD Bacaan Ayat-Ayat Ruqyah

Bacaan

1) Membaca Surah Yasin.

2) Membaca Surah Al-Fatihah, Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas 7 kali.

3) Membaca Surah Yasin ayat 9 sebanyak 21 kali.

وَجَعَلْنَا مِن بَيْنِ أَيْدِيهِمْ سَدًّا وَمِنْ خَلْفِهِمْ سَدًّا فَأَغْشَيْنَاهُمْ فَهُمْ لَا يُبْصِرُونَ

4) Membaca Surah Al-A'raf ayat 17 sebanyak 21 kali.

ثُمَّ لَآتِيَنَّهُم مِّن بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ وَعَنْ أَيْمَانِهِمْ وَعَن شَمَائِلِهِمْ ۖ

وَلَا تَجِدُ أَكْثَرَهُمْ

شَاكِرِينَ



Cara-Cara Dan Kaedah-Kaedah Memagar Rumah

1) Pastikan rumah yang ingin dipagar bebas daripada unsur-unsur yang mensyirikkan Allah.

2) Sediakan 1 baldi air (mengikut keluasan rumah)

3) Campurkan garam, daun pandan 14 helai atau buah limau purut 14 biji dan minyak kasturi ke dalam air.

4) Masukkan air yang dicampur bahan tadi ke dalam botol semburan air.

5) Buka semua pintu, tingkap dan almari.

6) Pasang CD bacaan ruqyah dan azan sebanyak 1 kali di tengah-tengah rumah.

7) Sembur air yang dicampur dengan bahan-bahan di setiap sudut rumah (membaca ayat kursi sampai habis berulang kali ketika menyembur air)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan