Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Jumaat, 19 Ogos 2011

Kerajaan Australia Meminda Undang-Undang, Menjatuhkan Hukuman Penjara Pada Wanita Yang Berpurdah

20/08/2011 - SYDNEY: Pihak berkuasa Australia semalam (19/08/2011) berkata semua pengguna jalan raya yang enggan membuka penutup muka seperti PURDAH, topi keledar dan topeng selepas diminta oleh pihak polis, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga setahun. Keengganan berbuat demikian akan menyebabkan individu berkenaan boleh dikenakan denda sebanyak A$220 (RM681.21). Namun, dalam kes tertentu, pihak berkuasa boleh memenjarakan mereka sehingga setahun dan denda A$5,500 (RM15,477.97).

“Penduduk hanya diminta membuka penutup muka untuk mengenal pasti identiti mereka. Mereka yang mahu dikenal pasti secara persendirian atas alasan budaya dan agama boleh meminta untuk pergi ke balai polis.” kata Perdana Menteri New South Waltes, Barry O’Farrell.

Perubahan undang-undang itu akan mula diperkenalkan ke parlimen Australia minggu depan. Perubahan undang-undang itu juga turut memberi kuasa kepada kerajaan Australia untuk meminta individu berkenaan untuk menanggalkan purdah ketika di mahkamah. Pelawat-pelawat yang ingin melawat kawan dan saudara mara di penjara juga diminta menbuka purdah yang dipakai mereka. Individu yang gagal menurut peraturan itu bakal berdepan dengan denda sehingga A$550 (RM1,700.63).

“Saya menghormati setiap aspek agama dan kepercayaan yang berbeza namun apabila ia membabitkan penguatkuasaan undang-undang, pihak polis perlu diberi kuasa yang mencukupi untuk mengenal pasti identiti seseorang individu berkenaan,” kata O’Farrell dalam satu kenyataan. Perubahan undang-undang itu diikuti dengan kes terbaru dimana seorang wanita Islam telah didenda kerana seorang hakim majistret memutuskan bahawa dia tidak dapat mengenal pasti secara positif individu berkenaan kerana memakai purdah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan