Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Selasa, 23 Ogos 2011

Kerajaan Nicaragua Menawarkan Suaka Politik Kepada Diktator Muammar Gaddafi

24/08/2011, MANAGUA:- Kerajaan Nicaragua akan menawarkan suaka politik kepada diktator Muammar Gaddafi walaupun belum ada permintaan daripada pemimpin Libya itu setakat ini. “Jika sesiapa yang ingin memohon suaka politik, kami akan memberi jawapan yang positif," kata Bayardo Arce, penasihat hal ehwal ekonomi kepada Presiden Nicaragua, Daniel Ortega kepada pemberita hari ini.

Arce bagaimanapun tidak menyatakan nama pemimpin Libya itu tetapi adalah jelas menunjukkan bahawa diktator Muammar Gaddafi mungkin akan berpindah ke negara Nicaragua berdasarkan teori suaka politik selepas Managua tidak lagi mempunyai kedutaan di Tripoli.

Media tempatan membuat spekulasi awal bahawa diktator Muammar Gaddafi mungkin hidup dalam buangan di Nicaragua kerana Daniel Ortega selama ini dilihat sebagai "penyokong kuat" pemimpin Libya itu dan yang terbaru menyifatkan diktator Muammar Gaddafi sebagai "abang" dan "sahabat". Daniel Ortega adalah antara pemimpin pemberontak berhaluan kiri Nicaragua yang berjuang menentang pemimpin diktator Nicaragua, diktator Anasatasio Somoza pada 1979.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan