Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Jumaat, 30 September 2011

Palestin Memerlukan 1 Undi Sahaja Lagi Untuk Berjaya Di Dalam Resolusi "Perbentukan Negara Palestin Yang Merdeka" Di PBB

RAMALLAH, 30/09/2011 -: Negara Palestin telah berjaya mendapat sokongan penuh dari 8 buah negara anggota Majlis Keselamatan PBB untuk merealisasikan impian Palestin menganggotai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Negara Palestin cuma memerlukan 1 undi sahaja lagi untuk membuatkan ia menang dalam resolusi PBB "Perbentukan Negara Palestin Yang Merdeka". Bercakap kepada media, Menteri Luar Palestin, Riyad al-Maliki berkata beliau telah menerima jaminan daripada 2 buah negara yang menganggotai PBB iaitu negara Nigeria dan Gabon bahawa mereka akan mengundi "ya" untuk negara Palestin.

“8 buah negara yang menganggotai PBB telah menyokong resolusi negara Palestin. Kami sedang bekerja keras untuk mendapatkan undian yang ke-9 dan ke-10. Negara Palestin sudah mendapat jaminan undian "ya" dari negara Lubnan, Russia, China, India, Afrika Selatan, Brazil, Nigeria dan Gabon.Kami juga sedang berusaha untuk mendapatkan undi dari negara Bosnia, Colombia dan Portugal,” kata Riyad al-Maliki.

Riyad al-Maliki dijadualkan akan melawat negara Bosnia manakala Mahmoud Abbas akan melawat negara Colombia, Portugal, Honduras dan Republik Dominica dalam Oktober tahun 2011.

Selasa, 27 September 2011

Palestin Memerlukan 9 Undi Sahaja Lagi Untuk Berjaya Di Dalam Resolusi "Perbentukan Negara Palestin Yang Merdeka" Di PBB

NEW YORK, 27 September 2011 - Permohonan resolusi negara Palestin untuk mendapatkan pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai sebuah negara negara yang merdeka akan mula dibahaskan oleh Majlis Keselamatan PBB hari ini (selasa) dan dijangka permohonan resolusi berkenaan sedang menghadapi cabaran yang amat getir sekali kerana kini Palestin cuma perlu memperoleh sembilan undi sahaja lagi untuk mendapat kelulusan PBB. Tanpa undi minimum Majlis Keselamatan dalam PBB yang terdiri daripada 15 buah negara, kerajaan AS akan menggunakan kuasa vetonya bagi menyekat permohonan resolusi "Perbentukan Negara Palestin Yang Merdeka".

Sebaik sahaja perbincangan formal bermula, semua para diplomat mengeluar kenyataan bahawa negara Palestin baru sahaja mendapat 6 undi sokongan anggota di dalam Majlis Keselamatan iaitu daripada negara China, Rusia, Brazil, Lebanon, India dan Afrika Selatan. Manakala 3 negara anggota bukan tetap PBB iaitu negara Gabon, Nigeria dan Bosnia belum lagi mendedahkan pendirian mereka sama ada mereka akan mengundi untuk menyokong keanggotaan Palestin ataupon mereka akan mengundi untuk menolak.

"Jika pengundian diadakan hari ini, negara Palestin tidak akan mendapat cukup undi yang diperlukan dan kerajaan AS akan menggunakan kuasa vetonya," kata seorang diplomat Barat.

Majlis Keselamatan PBB akan mengambil masa tidak melebihi 35 hari untuk mengkaji dan menilai permohonan negara Palestin bagi menganggotai PBB. Pada bulan Julai yang lalu, permohonan negara Sudan Selatan, negara anggota PBB yang ke-193 dan yang terbaru bagi menganggotai PBB telah diluluskan dalam jangka masa beberapa hari sahaja sebelum resolusi berkenaan dibawa ke Perhimpunan Agung PBB (UNGA) untuk pengesahan keanggotaan negara berkenaan.

Isnin, 26 September 2011

3 Lokasi Kuil Freemason Yang Masih Aktif Di Malaysia

Lokasi: No. 136, Jalan Utama, Georgetown, Pulau Pinang (berhampiran kebun bunga)


Lokasi: No. 100, Jalan Junid 84000 Muar, Johor Darul Takzim


Lokasi: No. 27, Jalan Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak Darul Ridzuan

Jumaat, 23 September 2011

Presiden Boneka Zionis Jual Bom GBU-28 Kepada Tentera Zionis Laknatullah

(Bom GBU-28)

INFO MENGENAI BOM GBU-28

- Kerajaan AS laknatullah telah menjual sebanyak 55 buah bom GBU-28 (Bom Pemusnah Kubu Bawah Tanah) kepada tentera zionis laknatullah

- Bom GBU-28 itu dikeluarkan dan dihasilkan pada tahun 2009 di AS

- Dihasilkan atas arahan presiden boneka zionis, Barack Obama

- Bom itu seberat 91 KG

- Kebolehan: mampu sampai ke sasaran dengan kadar yang tepat, mensasar objek keras, kebolehan mensasar lokasi strategi seperti rektor Nuklear dan memusnahkan kubu bawah tanah

- Jenis Kenderaan Mengguna Bom GBU-28: Jet Pejuang

Rabu, 21 September 2011

2 Kuasa Besar Veto PBB Menyokong Resolusi Perbentukan Negara Palestin Yang Merdeka

22/09/2011, NEW YORK:- Kerajaan China dan kerajaan Russia masing-masing telah menyatakan sokongan mereka terhadap usaha Palestin untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada perhimpunan Agung badan dunia itu minggu ini.

“Kerajaan China amat memahami, menghormati dan menyokong segala usaha bagi mendapatkan keahlian Palestin dalam PBB,” kata jurucakap kementerian luar China, Hong Lei pada sidang media harian kelmarin. Beliau menegaskan bahawa negara China akan sentiasa menyokong segala tindakan Palestin dan Arab untuk mendesak pengesahan hak etnik mereka selain meminta masyarakat antarabangsa meneruskan usaha ke arah keamanan, menggalakkan rundingan dan desakan meneruskan semula rundingan diantara Palestin-Israel.

Sementara itu timbalan menteri luar Russia, Mikhail Bogfanov yang bercakap kepada pemberita Russia di New York berkata pemimpin Palestin, Mahmoud Abbas memaklumkan kepada mereka mengenai usaha Palestin membawa usul itu kepada Majlis Keselamatan.

“Kami difahamkan resolusi itu akan dikemukakan pada 23 September 2011,” kata timbalan menteri itu dalam komen yang dilaporkan oleh agensi berita Interfax. Ketika ditanya sama ada kerajaan Russia akan menyokong usaha Palestin itu, Bogdanov berkata: “Sudah pasti.”

Negara Palestin perlu mendapatkan sekurang-kurangnya sembilan undi di Majlis Keselamatan dan mengelak daripada kuasa veto jika mahukan usaha mereka mendapatkan keahlian PBB itu diluluskan. Sementara itu, kerajaan Perancis dan kerajaan AS terus mendesak agar tekanan dikenakan ke atas negara Palestin dalam usaha memujuk Mahmoud Abbas menghentikan usahanya menghantar resolusi "pengiktirafan Palestin sebagai sebuah negara yang merdeka" ke PBB.

Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy dan juga presiden boneka zionis, Barack Obama akan membuat gesaan itu dalam ucapan mereka ketika sesi pembukaan Perhimpunan Agung PBB yang dijangka akan diadakan pada 23/09/2011.

Pemimpin boneka zionis itu juga turut merumuskan bahawa mereka tidak dapat menghentikan Mahmoud Abbas daripada meneruskan meneruskan hasratnya menghantar resolusi ke PBB secara rasmi bagi mendapatkan kelulusan Majlis Keselamatan bagi penubuhan sebuah negara yang diiktiraf dan merdeka.

Mahmoud Abbas dijangka akan membuat satu permohonan rasmi bagi mendapatkan pengiktirafan Palestin sebagai sebuah negara yang merdeka pada hari Jumaat (23/09/2011) apabila beliau dijangka akan berucap pada Perhimpunan Agung PBB. PBB mungkin akan mengambil masa berminggu-minggu atau berbulan-bulan bagi memproses resolusi "Perbentukan Palestin Sebagai Sebuah Negara Yang Merdeka".

Selasa, 20 September 2011

Ulangtahun Ke-90 Kerajaan AS Laknatullah Dan Kerajaan Britain Laknatullah Menyokong Penuh Deklarasi Balfour

(surat deklarasi Balfour dalam bahasa Inggeris)

* Ulangtahun ke-90 Kerajaan AS laknatullah menyokong pembentukan negara haram Israel.


-----------------------------------------------------------------------------------------------

Jabatan Luar Negeri2 November 1917

Kepada Tuan,Lord Rothschild

Dengan sukacitanya saya ingin memberitahu atas nama Raja Britain deklarasi berikut sebagai tanda simpati kami dengan aspirasi Zionis Yahudi yang telah disampaikan kepada Kementerian dan telah diluluskan oleh:

"Kerajaan Raja Britain menyokong pembentukan tanah air nasional bagi orang-orang Yahudi di Palestin, dan akan melakukan yang terbaik untuk memudahkan tercapainya tujuan ini. Untuk secara jelas difahami, bahawa tidak akan dilakukan perkara yang mungkin merugikan hak-hak sivil dan keagamaan masyarakat non-Yahudi yang ada di Palestin sekarang, atau hak-hak dan status politik yang dinikmati oleh orang-orang Yahudi di negara-negara lain.

Saya amat berterima kasih jika anda membawa kenyataan ini kepada Persekutuan Zionis.

Yang benar,Arthur Balfour

-----------------------------------------------------------------------------------------------


Surat ini adalah langkah pertama yang diambil oleh Barat bagi mengasaskan entiti Yahudi di tanah Palestin. Dimana kerajaan Britian telah berjanji untuk membina sebuah negara Yahudi di Palestin. Usul perbentukan negara haram Israel telah mendapat sokongan penuh kerajaan AS di PBB.

Orang-orang Palestin terus menderita apabila orang-orang Yahudi menjejakkan kaki ke tanah Palestin, malapetaka terus memburu mereka dari rumah ke rumah pada tahun 1948, dan rumah mereka di hancurkan pada tahun 1967, pembunuhan dan pemusnahan berterusan sehingga kini.

Isnin, 19 September 2011

Filem Hantu Bonceng Mesti Dihentikan Tayangannya & Ditarik Semula Kerana Ada Unsur Menghina Agama Islam


Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua pengunjung blog sautulhaqq... Di sini saya ingin berkongsi dengan anda mengenai satu filem tempatan (Malaysia) yang terang-terang menghina agama Islam dan Rasulullah s.a.w.. Filem ini baru sahaja masuk dipawagam sekitar perayaan Hari Raya Aidilfitri yang lalu dan filem itu berjudul "Hantu Bonceng"... Filem berkenaan dibintangi oleh Zizan sebagai watak utamanya... Filem "Hantu Bonceng" ini diarah oleh pengarah yang terkenal iaitu Ahmad Idham... Filem ini mesti dihentikan kerana mengandungi kata-kata kesat dan dialog yang jelas menghina Rasulullah s.a.w. serta memberi kesan negatif kepada sesiapa yang menontonnya...

Antara dialog filem "Hantu Bonceng" yang jelas menghina Rasulullah s.a.w. ialah:

• "asyhadu anna Muhammadar... syaitan" (maksudnya: aku naik saksi bahawa Muhammad itu syaitan) – babak ketika Zizan berada diatas katil wad hospital.

Hukum memasukkan perkataan "Syaitan" di dalam ucapan dua kalimah syahadah adalah haram dan boleh memesongkan akidah... harus diingatkan perkara yang berkaitan dengan akidah bukan boleh sesuka hati dipermainkan dan dijadikan alat untuk bergurau senda... Umat Islam mesti menuntut dan mendesak pengarah filem "Hantu Bonceng" dan barisan pelakonnya memohon maaf kepada seluruh umat Islam kerana menghina agama Islam...

p/s: Diharap semua produser dan pengarah filem yang lain dapat mengambil berat mengenai isu ini dan tidak mengulangi perbuatan menghina agama Islam dalam filem anda...

Ahad, 18 September 2011

Kerajaan Mesir Bakal Mengadakan Pilihanraya Umum Pada Bulan November

18/09/2011, KAHERAH – Kerajaan Mesir akan mengadakan pilihanraya umum yang pertama sejak penyingkiran diktator Hosni Mubarak sebagai presiden Mesir pada bulan Februari yang lalu melalui tiga peringkat. Peringkat pertama akan bermula pada 21 November. Menurut edisi awal akhbar Al-Ahram (akhbar tempatan) yang memetik kata-kata Jawatankuasa pilihanraya, Abdel Muiz Ibrahim bahawa ia akan diikuti dengan pilihanraya senat pada 22 Januari manakala pilihan raya bagi peringkat terakhir akan diadakan pada 3 Januari depan.

Bagaimanapun pemerintahan Tentera masih belum mengesahkan tarikh berkenaan. Sumber menyatakan bahawa tarikh pilihanraya umum dijangka akan diumumkan pada minggu terakhir bulan ini. Pilihanraya umum mesir kali terakhir telah diadakan pada bulan November 2010 dan ia dibayangi dengan tindakan kerajaan terhadap pembangkang yang diketuai oleh Ikhwanul Muslimin yang mana menyaksikan lebih daripada 1000 orang penyokong pergerakan itu ditahan sepanjang tempoh berkempen atas dakwaan kempen ikhwanul muslimin itu menggugat ketenteraman awam. Malah media yang bersifat bebas dan cenderung mengkritik kerajaan juga dikenakan tindakan tegas. Tindakan inilah yang menjadi pencetus kepada protes anti-kerajaan sehingga berjaya menyingkirkan diktator Hosni Mubarak.

Jumaat, 16 September 2011

Kerajaan Kanada Membantah Resolusi Pembentukan Negara Palestin Yang Merdeka Di PBB

17/09/2011, OTTAWA - Kerajaan Kanada akan membantah resolusi pembentukan negara Palestin yang merdeka dan menganggotai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kata PM Kanada, Stephen Harper selepas Mahmoud Abbas memberitahu rancangannya untuk mengemukakan keanggotaan negara Palestin dalam badan dunia itu.

"Tindakan unilateral seperti ini tidak akan membawa kesan positif dalam mencapai keamanan di Asia Barat. Kerajaan Kanada berpendapat dalam soal ini (untuk mencapai keamanan) ianya amat mengecewakan dan kami akan membantah (keanggotaan Palestin) di PBB," katanya kepada pemberita hari ini.

Mahmoud Abbas dijangka akan mengemukakan resolusi pembentukan negara Palestin yang merdeka di PBB berdasarkan kewujudannya sebelum 1967 termasuk Gaza, Tebing Barat dan Baitulmuqaddis.

Jumaat, 9 September 2011

Rakyat Mesir Membuang Semua Dokumen-Dokumen Penting Zionis Keluar Dari Kedutaan Haram Zionis Di Kaherah


saksikan bagaimana rakyat Mesir membuang semua dokumen kerajaan haram zionis laknatullah keluar dari bangunan kedutaan negara haram Israel di Kaherah, Mesir...

Ban Ki Moon Menyatakan Sokongannya Terhadap Resolusi Pembentukan Negara Palestin Yang Merdeka

(Ban Ki Moon)

Canberra - 10/09/2011, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon mengulangi sokongan beliau kepada resolusi pembentukan negara Palestin yang merdeka semalam (09/09/2011). Beliau juga menegaskan bahawa isu keanggotaan Palestin ke dalam PBB adalah satu isu yang perlu diputuskan oleh semua negara yang menganggotai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Ban Ki Moon yang baru sahaja mengakhiri lawatannya ke Australia dan Pasifik Selatan berkata beliau memberi sokongan penuh kepada penubuhan dua negara tersebut di mana rakyat Palestin dan Israel boleh hidup berjiran dalam keadaan aman dan selamat, “Saya menyokong penubuhan sebuah negara Palestin yang berdaulat. Sudah terlalu lama kita menanti penubuhan negara itu,” katanya kepada wartawan ketika berada di Canberra. Presiden AS, Barack Obama sudah mengemukakan rangka rundingan yang baik antara Israel dan Palestin tetapi semuanya bergantung kepada semua negara yang menganggotai PBB untuk membuat keputusan. Kerajaan AS laknatullah buat pertama kali akan menggunakan kuasa vetonya untuk menghalang percubaan negara Palestin menjadi anggota penuh PBB. Kenyataan presiden boneka zionis, Barack Obama itu menimbulkan kemarahan rakyat Palestin dan bertegas akan meneruskan resolusi PBB tersebut.

Bekas utusan AS ke PBB, George Mitchell berkata negara Palestin mempunyai peluang yang tipis untuk diterima sebagai anggota penuh PBB kerana resolusi perbentukan negara Palestin yang merdeka perlu diputuskan oleh Majlis Keselamatan PBB di mana kerajaan AS mempunyai kuasa veto di dalamnya. Kerajaan AS dan zionis laknatullah berulang kali menyatakan penentangan terhadap resolusi negara Palestin itu dan menyatakan bahawa satu-satunya cara untuk menangani masalah itu ialah melalui rundingan damai.

“Kerajaan AS menolak usaha negara Palestin untuk cuba mewujudkan sebuah negara kerana ia hanya boleh dilakukan melalui rundingan. Jika ada usaha seperti itu di PBB, kerajaan AS akan menggunakan kuasa veto sepenuhnya untuk menhentikan resolusi tersebut,” kata jurucakap Jabatan Negara Amerika Victoria Nuland.

Sementara itu jurucakap Mahmoud Abbas, Nabil Abu Rdainah mengeluarkan kenyataan yang menyebut: “Kami akan ke PBB untuk memohon agar Palestin diterima sebagai anggota penuh PBB bagi melindungi hak rakyat kami dan menubuhkan dua buah negara.”

Rabu, 7 September 2011

Pasukan PBSM Malaysia Merancang Menghantar Pasukan Sukarelawan Ke Somalia Kali Ke-2

07/09/2011 - KUALA LUMPUR: PBSM Malaysia (Mercy Malaysia) merancang untuk menghantar pasukan ke-2 bagi misi bantuan kemanusiaan ke Mogadishu di Somalia. Presidennya, Datuk Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus berkata pada awalnya pasukan itu dijadual akan berlepas ke Mogadishu pada Sabtu (10/09/2011) tetapi setelah bermesyuarat, PBSM Malaysia telah memutuskan untuk menangguhkan rancangan tersebut berikutan dengan kematian jurukamera BERNAMA TV, Noramfaizul Mohd Nor pada Sabtu yang lalu (03/09/2011) di negara Somalia. PBSM Malaysia juga bercadang untuk menghantar pasukan sukarelawannya yang ke-2 bersama dengan pasukan sukarelawan Yayasan Aman Perdana Global dan pertubuhan antarabangsa lain termasuk dari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan Muslim Aid. PBSM Malaysia juga telah menghantar pasukan penilai yang dianggotai oleh 3 orang lelaki. Pasukan Penilai telah pergi ke negara Somalia pada 25 Ogos 2011 (khamis) dan dijangka pulang ke tanah air pada Sabtu (10/09/2011).

"Kami tidak akan membawa bilangan sukarelawan yang besar, mungkin bilangan yang akan menyertai misi ini sedikit dan boleh menjalankan tugas serta boleh bergerak sekiranya berlaku kecemasan. Kebiasaannya lebih kurang 5 ke 7 orang satu kumpulan sukarelawan. Dan kita hanya akan bawa sukarelawan yang berpengalaman dan yang ada pendedahan di kawasan konflik sahaja. Bagi ahli sukarelawan yang tidak mempunyai berpengalaman, kita akan memberi latihan secukupnya sebelum berlepas ke negara Somalia," katanya ketika sidang akhbar.

Untuk misi ke-2 ini, pihak PBSM Malaysia memerlukan dana sebanyak RM600,000 bagi melaksanakan 3 projek di negara Somalia iaitu pengagihan makanan kepada 1,000 keluarga yang kehilangan tempat tinggal, program makanan terapeutik untuk kanak-kanak dan klinik bergerak. Untuk projek jangka masa panjang, pihak PBSM Malaysia memerlukan dana sebanyak RM2 juta. Antara projek jangka masa panjang yang dirancang untuk dilaksanakan ialah penubuhan pusat pemulihan dan kesihatan bagi ibu dan anak, mewujudkan lebih banyak program makanan terapeutik dengan rakan kongsi tempatan serta program yang berkaitan dengan kebersihan.

Pemimpin Hamas Kembali Semula Dari Penjara Rejim Zionis Laknatullah

7 September 2011 - Rejim zionis laknatullah telah membebaskan seorang pemimpin Hamas, Syeikh Hasan Yusuf dari penjara Ramallah di Tebing Barat. Kenyataan akhbar telah dikeluarkan oleh isteri kepada pemimpin Hamas tersebut. Beliau dibebaskan selepas rejim zionis laknatullah gagal mendakwa Syeikh Hassan Yusuf yang telah ditangkap selama 8 hari dan mahkamah zionis telah memutuskan untuk membebaskan Syeikh Hassan Yusuf.

Sheikh Hassan Yusuf dituduh menyertai demonstrasi yang dianjurkan di masjidil Aqsa tanpa permit. Beliau ditangkap setelah selesai menjalani hukuman enam tahun dipenjara zionis laknatullah. Sheikh Hassan Yusuf juga pernah dibuang daerah ke Marj Zuhur (sebuah kawasan di bahagian selatan Lubnan) pada awal tahun 90-an dan menghabiskan banyak waktunya di dalam penjara rejim zionis laknatullah hampir 14 tahun.

Jumaat, 2 September 2011

Aktivis Kemanusiaan Malaysia Maut Di Somalia

(Jurufoto Bernama TV)

03/09/2011 - KUALA LUMPUR: Jurukamera Bernama TV Noramfaizul Mohd Nor, 41 (gambar) meninggal dunia selepas terkena tembakan curi semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan BAKTI di Mogadishu, Somalia semalam (02/09/2011). Wartawan Bernama TV, Khairulanuar Yahaya yang turut serta dalam misi itu berkata kejadian itu berlaku pada pukul 10.30 malam (waktu Malaysia) ketika dalam perjalanan menuju ke sebuah pusat komersial untuk menghantar berita. Allahyarham terkena tembakan di bahagian bahu dan tembakan berkenaan menembusi bahagian paru-parunya. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir semasa menerima rawatan pada pukul 11.07 malam (waktu Malaysia). Misi kemanusiaan ke Somalia bermula pada 28 Ogos 2011 (ahad) dan dijangka tamat dan pulang ke tanah air pada 8 September 2011 (khamis).