Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Rabu, 21 September 2011

2 Kuasa Besar Veto PBB Menyokong Resolusi Perbentukan Negara Palestin Yang Merdeka

22/09/2011, NEW YORK:- Kerajaan China dan kerajaan Russia masing-masing telah menyatakan sokongan mereka terhadap usaha Palestin untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada perhimpunan Agung badan dunia itu minggu ini.

“Kerajaan China amat memahami, menghormati dan menyokong segala usaha bagi mendapatkan keahlian Palestin dalam PBB,” kata jurucakap kementerian luar China, Hong Lei pada sidang media harian kelmarin. Beliau menegaskan bahawa negara China akan sentiasa menyokong segala tindakan Palestin dan Arab untuk mendesak pengesahan hak etnik mereka selain meminta masyarakat antarabangsa meneruskan usaha ke arah keamanan, menggalakkan rundingan dan desakan meneruskan semula rundingan diantara Palestin-Israel.

Sementara itu timbalan menteri luar Russia, Mikhail Bogfanov yang bercakap kepada pemberita Russia di New York berkata pemimpin Palestin, Mahmoud Abbas memaklumkan kepada mereka mengenai usaha Palestin membawa usul itu kepada Majlis Keselamatan.

“Kami difahamkan resolusi itu akan dikemukakan pada 23 September 2011,” kata timbalan menteri itu dalam komen yang dilaporkan oleh agensi berita Interfax. Ketika ditanya sama ada kerajaan Russia akan menyokong usaha Palestin itu, Bogdanov berkata: “Sudah pasti.”

Negara Palestin perlu mendapatkan sekurang-kurangnya sembilan undi di Majlis Keselamatan dan mengelak daripada kuasa veto jika mahukan usaha mereka mendapatkan keahlian PBB itu diluluskan. Sementara itu, kerajaan Perancis dan kerajaan AS terus mendesak agar tekanan dikenakan ke atas negara Palestin dalam usaha memujuk Mahmoud Abbas menghentikan usahanya menghantar resolusi "pengiktirafan Palestin sebagai sebuah negara yang merdeka" ke PBB.

Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy dan juga presiden boneka zionis, Barack Obama akan membuat gesaan itu dalam ucapan mereka ketika sesi pembukaan Perhimpunan Agung PBB yang dijangka akan diadakan pada 23/09/2011.

Pemimpin boneka zionis itu juga turut merumuskan bahawa mereka tidak dapat menghentikan Mahmoud Abbas daripada meneruskan meneruskan hasratnya menghantar resolusi ke PBB secara rasmi bagi mendapatkan kelulusan Majlis Keselamatan bagi penubuhan sebuah negara yang diiktiraf dan merdeka.

Mahmoud Abbas dijangka akan membuat satu permohonan rasmi bagi mendapatkan pengiktirafan Palestin sebagai sebuah negara yang merdeka pada hari Jumaat (23/09/2011) apabila beliau dijangka akan berucap pada Perhimpunan Agung PBB. PBB mungkin akan mengambil masa berminggu-minggu atau berbulan-bulan bagi memproses resolusi "Perbentukan Palestin Sebagai Sebuah Negara Yang Merdeka".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan