Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Jumaat, 9 September 2011

Ban Ki Moon Menyatakan Sokongannya Terhadap Resolusi Pembentukan Negara Palestin Yang Merdeka

(Ban Ki Moon)

Canberra - 10/09/2011, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon mengulangi sokongan beliau kepada resolusi pembentukan negara Palestin yang merdeka semalam (09/09/2011). Beliau juga menegaskan bahawa isu keanggotaan Palestin ke dalam PBB adalah satu isu yang perlu diputuskan oleh semua negara yang menganggotai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Ban Ki Moon yang baru sahaja mengakhiri lawatannya ke Australia dan Pasifik Selatan berkata beliau memberi sokongan penuh kepada penubuhan dua negara tersebut di mana rakyat Palestin dan Israel boleh hidup berjiran dalam keadaan aman dan selamat, “Saya menyokong penubuhan sebuah negara Palestin yang berdaulat. Sudah terlalu lama kita menanti penubuhan negara itu,” katanya kepada wartawan ketika berada di Canberra. Presiden AS, Barack Obama sudah mengemukakan rangka rundingan yang baik antara Israel dan Palestin tetapi semuanya bergantung kepada semua negara yang menganggotai PBB untuk membuat keputusan. Kerajaan AS laknatullah buat pertama kali akan menggunakan kuasa vetonya untuk menghalang percubaan negara Palestin menjadi anggota penuh PBB. Kenyataan presiden boneka zionis, Barack Obama itu menimbulkan kemarahan rakyat Palestin dan bertegas akan meneruskan resolusi PBB tersebut.

Bekas utusan AS ke PBB, George Mitchell berkata negara Palestin mempunyai peluang yang tipis untuk diterima sebagai anggota penuh PBB kerana resolusi perbentukan negara Palestin yang merdeka perlu diputuskan oleh Majlis Keselamatan PBB di mana kerajaan AS mempunyai kuasa veto di dalamnya. Kerajaan AS dan zionis laknatullah berulang kali menyatakan penentangan terhadap resolusi negara Palestin itu dan menyatakan bahawa satu-satunya cara untuk menangani masalah itu ialah melalui rundingan damai.

“Kerajaan AS menolak usaha negara Palestin untuk cuba mewujudkan sebuah negara kerana ia hanya boleh dilakukan melalui rundingan. Jika ada usaha seperti itu di PBB, kerajaan AS akan menggunakan kuasa veto sepenuhnya untuk menhentikan resolusi tersebut,” kata jurucakap Jabatan Negara Amerika Victoria Nuland.

Sementara itu jurucakap Mahmoud Abbas, Nabil Abu Rdainah mengeluarkan kenyataan yang menyebut: “Kami akan ke PBB untuk memohon agar Palestin diterima sebagai anggota penuh PBB bagi melindungi hak rakyat kami dan menubuhkan dua buah negara.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan