Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Ahad, 18 September 2011

Kerajaan Mesir Bakal Mengadakan Pilihanraya Umum Pada Bulan November

18/09/2011, KAHERAH – Kerajaan Mesir akan mengadakan pilihanraya umum yang pertama sejak penyingkiran diktator Hosni Mubarak sebagai presiden Mesir pada bulan Februari yang lalu melalui tiga peringkat. Peringkat pertama akan bermula pada 21 November. Menurut edisi awal akhbar Al-Ahram (akhbar tempatan) yang memetik kata-kata Jawatankuasa pilihanraya, Abdel Muiz Ibrahim bahawa ia akan diikuti dengan pilihanraya senat pada 22 Januari manakala pilihan raya bagi peringkat terakhir akan diadakan pada 3 Januari depan.

Bagaimanapun pemerintahan Tentera masih belum mengesahkan tarikh berkenaan. Sumber menyatakan bahawa tarikh pilihanraya umum dijangka akan diumumkan pada minggu terakhir bulan ini. Pilihanraya umum mesir kali terakhir telah diadakan pada bulan November 2010 dan ia dibayangi dengan tindakan kerajaan terhadap pembangkang yang diketuai oleh Ikhwanul Muslimin yang mana menyaksikan lebih daripada 1000 orang penyokong pergerakan itu ditahan sepanjang tempoh berkempen atas dakwaan kempen ikhwanul muslimin itu menggugat ketenteraman awam. Malah media yang bersifat bebas dan cenderung mengkritik kerajaan juga dikenakan tindakan tegas. Tindakan inilah yang menjadi pencetus kepada protes anti-kerajaan sehingga berjaya menyingkirkan diktator Hosni Mubarak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan