Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Selasa, 27 September 2011

Palestin Memerlukan 9 Undi Sahaja Lagi Untuk Berjaya Di Dalam Resolusi "Perbentukan Negara Palestin Yang Merdeka" Di PBB

NEW YORK, 27 September 2011 - Permohonan resolusi negara Palestin untuk mendapatkan pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai sebuah negara negara yang merdeka akan mula dibahaskan oleh Majlis Keselamatan PBB hari ini (selasa) dan dijangka permohonan resolusi berkenaan sedang menghadapi cabaran yang amat getir sekali kerana kini Palestin cuma perlu memperoleh sembilan undi sahaja lagi untuk mendapat kelulusan PBB. Tanpa undi minimum Majlis Keselamatan dalam PBB yang terdiri daripada 15 buah negara, kerajaan AS akan menggunakan kuasa vetonya bagi menyekat permohonan resolusi "Perbentukan Negara Palestin Yang Merdeka".

Sebaik sahaja perbincangan formal bermula, semua para diplomat mengeluar kenyataan bahawa negara Palestin baru sahaja mendapat 6 undi sokongan anggota di dalam Majlis Keselamatan iaitu daripada negara China, Rusia, Brazil, Lebanon, India dan Afrika Selatan. Manakala 3 negara anggota bukan tetap PBB iaitu negara Gabon, Nigeria dan Bosnia belum lagi mendedahkan pendirian mereka sama ada mereka akan mengundi untuk menyokong keanggotaan Palestin ataupon mereka akan mengundi untuk menolak.

"Jika pengundian diadakan hari ini, negara Palestin tidak akan mendapat cukup undi yang diperlukan dan kerajaan AS akan menggunakan kuasa vetonya," kata seorang diplomat Barat.

Majlis Keselamatan PBB akan mengambil masa tidak melebihi 35 hari untuk mengkaji dan menilai permohonan negara Palestin bagi menganggotai PBB. Pada bulan Julai yang lalu, permohonan negara Sudan Selatan, negara anggota PBB yang ke-193 dan yang terbaru bagi menganggotai PBB telah diluluskan dalam jangka masa beberapa hari sahaja sebelum resolusi berkenaan dibawa ke Perhimpunan Agung PBB (UNGA) untuk pengesahan keanggotaan negara berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan