Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Rabu, 7 September 2011

Pasukan PBSM Malaysia Merancang Menghantar Pasukan Sukarelawan Ke Somalia Kali Ke-2

07/09/2011 - KUALA LUMPUR: PBSM Malaysia (Mercy Malaysia) merancang untuk menghantar pasukan ke-2 bagi misi bantuan kemanusiaan ke Mogadishu di Somalia. Presidennya, Datuk Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus berkata pada awalnya pasukan itu dijadual akan berlepas ke Mogadishu pada Sabtu (10/09/2011) tetapi setelah bermesyuarat, PBSM Malaysia telah memutuskan untuk menangguhkan rancangan tersebut berikutan dengan kematian jurukamera BERNAMA TV, Noramfaizul Mohd Nor pada Sabtu yang lalu (03/09/2011) di negara Somalia. PBSM Malaysia juga bercadang untuk menghantar pasukan sukarelawannya yang ke-2 bersama dengan pasukan sukarelawan Yayasan Aman Perdana Global dan pertubuhan antarabangsa lain termasuk dari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan Muslim Aid. PBSM Malaysia juga telah menghantar pasukan penilai yang dianggotai oleh 3 orang lelaki. Pasukan Penilai telah pergi ke negara Somalia pada 25 Ogos 2011 (khamis) dan dijangka pulang ke tanah air pada Sabtu (10/09/2011).

"Kami tidak akan membawa bilangan sukarelawan yang besar, mungkin bilangan yang akan menyertai misi ini sedikit dan boleh menjalankan tugas serta boleh bergerak sekiranya berlaku kecemasan. Kebiasaannya lebih kurang 5 ke 7 orang satu kumpulan sukarelawan. Dan kita hanya akan bawa sukarelawan yang berpengalaman dan yang ada pendedahan di kawasan konflik sahaja. Bagi ahli sukarelawan yang tidak mempunyai berpengalaman, kita akan memberi latihan secukupnya sebelum berlepas ke negara Somalia," katanya ketika sidang akhbar.

Untuk misi ke-2 ini, pihak PBSM Malaysia memerlukan dana sebanyak RM600,000 bagi melaksanakan 3 projek di negara Somalia iaitu pengagihan makanan kepada 1,000 keluarga yang kehilangan tempat tinggal, program makanan terapeutik untuk kanak-kanak dan klinik bergerak. Untuk projek jangka masa panjang, pihak PBSM Malaysia memerlukan dana sebanyak RM2 juta. Antara projek jangka masa panjang yang dirancang untuk dilaksanakan ialah penubuhan pusat pemulihan dan kesihatan bagi ibu dan anak, mewujudkan lebih banyak program makanan terapeutik dengan rakan kongsi tempatan serta program yang berkaitan dengan kebersihan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan