Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Jumaat, 28 Oktober 2011

Foto Ketika Pengumuman Keputusan Pilihan Raya Umum Tunisia 2011

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog sautulhaqq... disini saya ingin berkongsi dengan anda semua beberapa keping gambar mengenai suasana pilihanraya Umum di negara Tunisia selepas kejatuhan diktator Zine Abidine Ben Ali...

Syeikh Dr Rasyid Ganouchi (pemimpin parti Islam Ennahda) ketika pengumuman keputusan pilihanraya umum Tunisia dibuat


kegembiraan terserlah di wajah rakyat Tunisia sebaik sahaja mengetahui parti Islam Ennahda memenangi pilihanraya umum Tunisia


Syeikh Dr Rashid Ganouchi (pemimpin parti Islam Ennahda) ditemuramah wartawan selepas pengumuman keputusan pilihanraya umum Tunisia


alhamdulillah, selepas kejatuhan pemimpin diktator Zine Abidine Ben Ali, kerajaan Tunisia telah mengadakan pilihanraya umum bagi memilih pemimpin baru bagi memimpin negara Tunisia... dengan izin Allah, parti Islam Ennahda yang di pimpin oleh Syeikh Dr Rashid Ganouchi berjaya memperolehi kemenangan yang besar dalam pilihanraya yang diadakan di Tunisia dan memperolehi majoriti yang cukup di parlimen bagi membentuk kerajaan baru Tunisia yang berdaulat... dengan kemenangan sulung parti Islam Ennahda di Tunisia, maka bermulalah satu era di mana pertubuhan dan pergerakan Islam mulai diterima di Timur Tengah... diharap dengan kemenangan parti Islam ini, impian untuk melihat kerajaan Tunisia menjalankan undang-undang Allah dan sistem pemerintahan Islam menjadi satu kenyataan... insyaallah...

Khamis, 27 Oktober 2011

Kontroversi Kek "Enot"

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog sautulhaqq… disini saya ingin berkongsi dengan anda mengenai kontroversi sebuah kek yang dibuat oleh seorang artis Malaysia yang pernah mencetuskan kontroversi mengenai "pelaksanaan hukum hudud di negara Malaysia"… artis berkenaan bernama “Enot”


(kek kontroversi "Enot")

kontroversi kek artis ini ialah terdapat gambar “badan wanita memakai pakaian dalam” diatas keknya (gambar atas)… gambar kek berkenaan pernah ditayang di ruangan facebooknya di sini (sekarang sudah tiada lagi kerana gambar itu sudah dikeluarkan) dan artis ini juga mengeluarkan komen yang tidak cerdik bagi mempertahankan tindakannya itu. antara komennya apabila ditegur ialah:

- Ni makanan halal dik apanya yang haram??adik tuhan ke tahu letak kan haram n halal atas keja seseorg.. jdi klu xsuka untk melihatnya delete fb akk ni dri jd friend adik k tq.. kt manusia buat keja kt x pyh nak sibuk wat keja tuhan..

(komen di facebook “Enot”)

p/s khas buat Enot: kek yang awak buat tu memang halal... yang haram tu gambar yang dekat atas kek buatan awak tu... gambar yang tidak menutup aurat... di dalam Islam, penganutnya yang berjantina wanita diwajibkan menutup aurat... mereka cuma boleh mendedahkan muka dan tapak tangan sahaja... lain-lain anggota tubuh badan cuma boleh dilihat oleh lelaki yang bergelar suami sahaja... orang lain tidak boleh tengok... mendedahkan aurat di khalayak ramai hukumnya adalah haram... seperkara lagi... ramai sahabat-sahabat yang menegur anda sebab mereka sayangkan anda... mereka menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Islam iaitu menegur antara satu sama lain jika ada melakukan kesilapan... mereka menegur anda di dunia ini supaya di akhirat nanti apabila Allah tanya mereka boleh jawab... sudah-sudahlah dengan kontroversi yang awak timbulkan ini... jangan ingat dunia je... fikir juga pasal akhirat... dunia ini sementara... akhirat tu kekal selamanya...

Rabu, 26 Oktober 2011

Harta-Harta Raja Namrud Yang Masih Wujud Sehingga Hari Ini

assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua pengunjung blog sautulhaqq... disini saya ingin berkongsi dengan anda mengenai beberapa harta milik Raja Namrud (raja yang zalim di zaman Nabi Ibrahim a.s.) yang masih wujud lagi sehingga ke hari ini... berikut ialah gambar-gambar peninggalan raja zalim di zaman Nabi Ibrahim a.s.:





Jumaat, 21 Oktober 2011

Rakaman Video Muammar Gaddafi Dibunuh Pejuang NTC


video ini memaparkan keadaan diktator Muammar Gaddafi ditemui oleh tentera NTC Libya... diktator berkenaan telah cedera parah ketika ditemui dan sudah menhembuskan nafasnya yang terakhir... semoga menjadi iktibar kepada semua pemimpin dunia, sekiranya anda zalim dalam pemerintahan, anda akan menerima nasib yang sama seperti yang dialami oleh diktator Muammar Gaddafi di dalam video ini...

Khamis, 20 Oktober 2011

NTC Mengesahkan Diktator Muammar Gaddafi Berkemungkinan Besar Terbunuh Di Dalam Pertempuran

SIRTE, 21/10/2011:- Pihak berkuasa Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) mengesahkan bekas pemimpin Libya, diktator Muammar Gaddafi berkemungkinan besar terbunuh di bandar kelahirannya iaitu bandar Sirte. Diyakini diktator berkenaan terkorban di dalam serangan yang dilancarkan oleh Pejuang Revolusi Libya semalam (20/10/2011). Menteri Penerangan Libya, Mahmoud Shammam telah mengesahkan sendiri bahawa diktator Muammar Gaddafi telah terbunuh selepas mendapat maklumat daripada Pejuang NTC sendiri yang melihat mayat diktator Libya itu.

“Anggota kami di Sirte sudah melihat mayatnya. Mustafa Abdul-Jalil (Pengerusi NTC) akan mengesahkan perkembangan itu. Pejuang NTC memberitahu Muammar Gaddafi dilihat telah menyertai satu konvoi melarikan diri dari bandar Sirte dan mereka terus menyerang konvoi berkenaan,” kata pejuang NTC kepada pihak media. Jurucakap operasi ibu pejabat NATO di Naples, Itali, Kolonel Roland Lavoie memberitahu pihak NATO gagal mengesahkan diktator Muammar Gaddafi sudah terbunuh.

Kekejaman Bangsa Yahudi Terhadap Orang Islam Di Palestin


saksikanlah video diatas ini yang memaparkan kekejaman dan kejahatan bangsa Yahudi laknatullah terhadap orang Islam di bumi Palestin... semoga Allah hancurkan bangsa Yahudi di dunia ini dengan sehancur-hancurnya... marilah kita sama-sama mendoakan saudara seakidah kita yang sedang dianiaya di bumi Al-Aqsa ini dan amalkan qunut nazilah di dalam solat 5 waktu anda... kita tidak dapat membantu mereka dengan tenaga tetapi kita dapat membantu mereka dengan wang dan doa...

Selasa, 18 Oktober 2011

Kerajaan Haram Israel: FATAH Tidak Terlibat Langsung Dalam Perjanjian Pertukaran Tahanan Dengan HAMAS

19 Oktober 2011 - Jurucakap Menteri Luar kerajaan haram Israel menafikan adanya perjanjian dengan pihak FATAH di Tebing Barat dalam isu pembebasan tahanan Palestin. Perjanjian pembebasan tahanan Palestin cuma dibuat dengan pihak HAMAS. Pergerakan HAMAS menyifatkannya ianya sebagai suatu pembohongan dan pendustaan yang cukup jelas yang dilakukan pergerakan FATAH. Semalam (18/10/2011) telah menyaksikan fasa pertama perjanjian pertukaran banduan antara Hamas dengan kerajaan haram Israel yang ditaja oleh kerajaan Mesir berjaya dengan sempurnanya. Fasa ke-2 bakal menyusul.

Hari Bersejarah Buat Gaza, HAMAS Dan Palestin

19 Oktober 2011 - Puluhan ribu rakyat Gaza keluar bagi menyambut dan meraikan pembebasan tahanan Palestin yang ditahan di penjara yahudi laknatullah. Pembebasan tahanan warga Palestin merupakan salah satu perjanjian di dalam perjanjian yang ditandatangai di Mesir mengenai pertukaran tahanan antara kerajaan haram Israel dengan HAMAS. PM HAMAS di Gaza, Ismail Haniyeh turut menyertai masjlis sambutan kepulangan tahanan Palestin dan menyifatkan ianya adalah sesuatu yang amat bersejarah bagi penduduk Palestin terutamanya penduduk semenanjung Gaza dan HAMAS.

Semua tahanan Palestin yang dibebaskan dari penjara yahudi laknatullah diarak beramai-ramai melalui jalan utama di Gaza iaitu Syarie Salah Eddin manakala beribu-ribu lagi rakyat Palestin telah keluar di jalanraya sambil mengibarkan bendera Palestin dan sepanduk. Beribu-ribu anggota Briged al-Qassam telah membawa senjata automatik dan bertopeng bagi mengawal disepanjang jalan dari Rafah sehinggalah ke tempat sambutan di Bandar Gaza. Brigade al-Qassam setia menanti kedatangan tahanan Palestin yang dibebaskan dari Israel sejak pagi lagi.

Ahad, 16 Oktober 2011

Qurban Kasih Ummah 1432H



marilah kita menghayati klip video ini… semoga ianya bermanfaat buat kita semua… insyaallah…

Sabtu, 15 Oktober 2011

Kempen Melakukan Ibadah Qurban Dan Aqiqah Di Palestin


assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua pengunjung blog sautulhaqq... insyaallah tidak lama lagi umat Islam bakal merayakan perayaan Aidiladha... sehubungan dengan itu saya ingin mengajak anda semua menyertai aktiviti qurban dan aqiqah di Palestin... berikut adalah maklumat-maklumat mengenai aktiviti berkenaan...

PROGRAM ANJURAN:

NGO IKRAM, JIM, KIMB, AQSA SYARIF

RM BAHAGIAN QURBAN:

RM1000.00 (1 bahagian)

NO AKAUN BANK:

BIMB (1211 3010 005797)

MAYBANK (5622 0960 8847)

TARIKH TUTUP:

31 OKTOBER 2011

BORANG PENYERTAAN BOLEH DIHANTAR DI:

Sekretariat Program Qurban & Aqiqah Kasih Ummah 1432H, Lot 300.2, Lorong Selangor, Pusat Bandar Melawati 53100 Kuala Lumpur

KETERANGAN LANJUT


penyertaan anda di dalam program ibadah qurban dan aqiqah di Palestin didahului dengan ucapan terima kasih... semoga Allah menerima ibadah qurban dan aqiqah anda serta dibalas dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda... insyaallah...

Jumaat, 14 Oktober 2011

Syarat-Syarat Menjadi Anggota Hamas & Ahli Brigade Izzuddin Al-Qassam

sesiapa yang ingin menjadi anggota pergerakan HAMAS & dan menjadi anggota brigade Izzuddin Al-Qassam mestilah melalui beberapa ujian dan syarat yang ditetapkan oleh pergerakan HAMAS... antara syarat-syaratnya ialah:-

✔ tidak merokok

✔ tidak minum minuman keras

✔ tidak meninggalkan solat subuh secara berjemaah

✔ lulus ujian akhlak dan keimanan

✔ ikhlas dan bebaskan diri dari maksiat

✔ menghafal hadith Rasulullah s.a.w.

✔ berpuasa sunat

✔ berdisiplin

✔ membaca al-quran setiap hari (sehari mesti 1 juzu')

Rabu, 12 Oktober 2011

Konspirasi Kristian Di Sebalik Watak Darth Vader Di Dalam Filem Star Wars

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog sautulhaqq... disini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai konspirasi tersembunyi kristian di sebalik penciptaan watak "Darth Vader" yang terdapat di dalam filem "STAR WARS"... semoga perkongsian ini memberi manfaat buat kita semua dalam menghadapi tipudaya musuh-musuh Islam... insyaallah...

(filem "STAR WARS" episode III)

SEDIKIT INFO MENGENAI WATAK DARTH VADER DI DALAM FILEM "STAR WARS"

✔ filem sains fiksyen ini diarah oleh pengarah yang bernama Steven Spilbearg...

✔ watak "Darth Vader" merupakan watak jahat di dalam filem "STAR WARS"...

✔ costum "Darth Vader" dalam filem "STAR WARS" dicipta oleh David Prowse dan George Lucas...

(David Prowse berdiri di sebelah costum "Darth Vader" ciptaannya)

(George Lucas berdiri di sebelah costum "tentera manusia" ciptaannya)

✔ filem "STAR WARS" mula ditayang pada 25 Mei 1977 (rabu)...

✔ mulai ditayang di AS oleh Universal Studio...

✔ idea menghasil filem "STAR WARS" dicetuskan oleh penerbit filem yahudi terkenal yang bernama George Lucas (kini merupakan pemilik syarikat Lucas Film)...

✔ George Lucas berdarah campuran British dan Jerman...

✔ pada tahun 1980, pihak gereja besar di AS telah menganjurkan satu pertandingan melukis dan gambar yang memenangi pertandingan berkenaan ialah gambar "Darth Vader"... ia memenangi tempat no 3... ia dilukis oleh Christopher Rader...

(berita mengenai pemenang pertandingan yang dianjurkan oleh pihak gereja disiar dalam akhbar)

✔ tujuan pertandingan itu diadakan bertujuan memilih gambar untuk diletak di bangunan gereja besar di AS...

(imej watak "Darth Vader" di menara gereja besar di AS... perlukan teropong untuk melihatnya)

* renungkanlah kata-kata ini:

"setiap muslim yang mukallaf hukumnya adalah wajib dalam memelihara KEISLAMANNYA dari segala hal yang dapat menghancurkan, membatalkan dan memutuskannya dari tali ISLAM iaitu MURTAD." - Imam Habib Abdullah bin Thahir

Hamas Dan Kerajaan Haram Israel Bersepakat Melakukan Pertukaran Tahanan

12/10/2011, GAZA :- Ketua biro politik Hamas, Khaled Meshaal berkata diantara syarat pertukaran tahanan yang dipersetujui diantara kerajaan Hamas dengan kerajaan haram Israel ialah seorang tentera Zionis laknatullah iaitu Koperal Gilad Shalit akan diserah kembali ke kerajaan haram Israel dangan syarat pertukaran itu menyamai dengan pembebasan seramai 1000 tahanan lelaki 27 tahanan wanita warga Palestin yang ditahan secara haram di penjara rejim zionis dan pertukaran itu akan dilakukan dalam bentuk 2 fasa.

Seramai 450 orang tahanan warga Palestin akan dibebaskan dalam fasa yang pertama dan ia mesti dilakukan dalam masa seminggu. Seterusnya seramai 550 tahanan warga Palestin lagi akan dibebaskan pada bulan hadapan (bulan november) bagi fasa yang ke-2. Khaled Meshaal juga berkata bahawa di dalam perjanjian pertukaran tahanan dengan kerajaan haram Israel, semua tahanan warga Palestin yang ditahan di penjara musuh akan dibebas serta merta.

* pihak HAMAS akan sentiasa berwaspada dalam setiap rundingannya dengan pihak musuh...

Isnin, 10 Oktober 2011

Selamat Menunaikan Ibadah Umrah & Ibadah Haji


assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog sautulhaqq... dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah haji dan umrah khususnya kepada pengunjung blog sautulhaqq yang beragama Islam... saya doakan semoga anda selamat pergi ke tanah haram dan selamat kembali ke tanah air dan selamat mengerjakan rukun Islam yang ke-5... saya doakan anda semua memperolehi haji dan umrah yang mabrur... insyaallah...

Sabtu, 8 Oktober 2011

Jumlah Populasi Terkini Bangsa Yahudi Di Dunia

(zionis laknatullah flag)

NAMA NEGARA

JUMLAH (ORANG)

USA (AS)

5.6 JUTA

NEGARA HARAM ISRAEL

4.9 JUTA

RUSSIA

400,000

KANADA

360,000

LONDON

280,000

UKRAINE

280,000

ARGENTINA

220,000

JERMAN

71,000

IRAN

25,000

PANAMA

7000

HONG KONG

2500

GIBRALTAR

650

YAMAN

400

SYRIA

100

MOROCCO

30,000

MALI

1000

AZERBAIJAN

2000

UZBEKISTAN

30,000

TURKI

10,000

INDIA

2000

TUNISIA

1200

Jumaat, 7 Oktober 2011

Tentera Syria Menyeksa Guru Agama Sehingga Mati Syahid


berikut ialah salah satu video yang menunjukkan bagaimana tentera kerajaan Syria menyeksa seorang guru yang mengajar agama Islam sehingga guru berkenaan mati syahid... semoga Allah membalas pembunuh berkenaan dengan azab yang setimpal... semoga roh guru yang mengajar agama Islam itu ditempatkan bersama-sama dengan orang yang beriman... insyaallah... saksikanlah video ini...

Ceramah Perdana Mengenai Misi A2G2


TAJUK CERAMAH: "PENGALAMAN MENYERTAI MISI A2G2"

TEMPAT: DATARAN ILMU, LOT 3727, KAMPUNG SUBANG, SELANGOR DARUL EHSAN

MASA: SELEPAS ISYAK

TARIKH: 07 OKTOBER 2011 (JUMAAT)

PENCERAMAH: DR MOHD TAHIR ABD RAHMAN (PESERTA MISI A2G2)

MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI

Khamis, 6 Oktober 2011

Negara Palestin Berjaya Di Peringkat Awal Dalam Permohonan Menyertai PBB Dan Resolusi "Perbentukan Negara Palestin Yang Merdeka" Di PBB

PARIS, 07/10/2011 -: Negara Palestin sudah berjaya melepasi halangan pertama untuk menjadi anggota penuh PBB apabila kebanyakan negara anggota jawatankuasa eksekutif PBB menyokong permohonan itu pada 06/10/2011 (khamis) meskipon ditentang hebat oleh kerajaan AS laknatullah dan kerajaan haram Israel.

Sekutu negara Palestin dikalangan negara Arab telah berjaya menepis tekanan diplomatik kerajaan haram Israel, kerajaan AS dan kerajaan Perancis dalam usaha membawa usul "permohonan negara Palestin menyertai PBB" dan resolusi "Perbentukan Negara Palestin Yang Merdeka" ke jawatankuasa negara anggota PBB yang mana jawatankuasa berkenaan telah meluluskan permohonan negara Palestin selepas 40 buah negara anggota PBB mengundi menyokong, 4 negara anggota PBB mengundi untuk membantah dan 14 negara anggota PBB mengundi untuk berkecuali. Permohonan negara Palestin untuk menyertai PBB akan dikemukakan sekali lagi kepada semua negara anggota PBB pada perhimpunan agung PBB yang dijadualkan berlangsung pada akhir bulan Oktober 2011 (25 oktober 2011 - 10 november 2011) untuk kelulusan muktamad.

Sebelum ini negara Palestin pernah memohon untuk mengganggotai PBB tetapi gagal... Pada tahun ini (2011) para diplomatik PBB telah berkata bahawa mereka akan menggunakan kaedah lain di PBB iaitu kaedah memohon menyertai PBB menerusi draf resolusi. Pegawai PBB juga telah mengesahkan bahawa keputusan undi "ya" amat meyakinkan di kalangan negara anggota ahli eksekutif PBB bagi membolehkan usul itu di undi sekali lagi di kalangan 193 negara anggota PBB. Kelulusan 2/3 amat diperlukan untuk membolehkan negara Palestin menjadi anggota penuh PBB.

Rabu, 5 Oktober 2011

Konspirasi Yahudi Di Sebalik Facebook

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog sautulhaqq... disini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai 1 konspirasi yahudi laknatullah disebalik penciptaan laman perisian di internet yang bernama "facebook"... semoga ianya berfaedah buat kita semua agar tidak tertipu dengan tipu daya musuh Islam...

(imej lama facebook)

sekiranya anda mempunyai akaun di facebook, anda pasti tahu bahawa imej diatas adalah imej sebelum anda masuk ke dalam facebook (imej facebook lama)... sekarang imej sebelum memasuki akaun di facebook sudah berubah... disebelah kiri perkataan "sign up" terdapat imej peta dunia dan disertai dengan imej orang yang mempunyai garis-garis yang bersambung antara 1 simbol ke simbol yang lain... inilah salah satu konspirasi yahudi laknatullah merosakkan umat manusia khususnya umat Islam...

(kelihatan imej perkataan sex di imej lama facebook)

sekiranya anda menyambung semua imej orang yang bersambung antara satu sama lain, anda akan dapat melihat satu imej yang membentuk satu perkataan iaitu perkataan "SEX". inilah salah satu konspirasi tersembunyi yahudi laknatullah merosakkan minda umat manusia khususnya umat Islam... kepada sesiapa yang bergelar umat Islam, berwaspadalah terhadap musuh agamamu...

Pandangan Artis Malaysia Mengenai Cadangan Pelaksanaan Hukum Hudud Dilaksanakan Di Malaysia

keratan akhbar Sinar Harian 5 Oktober 2011 (Rabu)

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog sautulhaqq... Disini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai satu keratan akhbar Sinar Harian yang berkisarkan mengenai pandangan artis Malaysia terhadap 1 hukum Allah yang disyariatkan kepada umat Rasulullah s.a.w. iaitu hukum hudud... kebelakangan ini isu "pelaksanaan hukum hudud" sering diperbincangkan di dada-dada akhbar utama serta di kaca tv... dan berdasarkan respon kerajaan Malaysia mengenai isu ini ialah kerajaan Malaysia sama sekali tidak akan menggunakan sistem yang ditetapkan oleh Allah kepada umat manusia khususnya kepada penganut agama Islam iaitu "sistem hukum hudud" yang begitu menjamin keadilannya bagi seluruh umat manusia...

suka saya nyatakan disini bahawa pandangan saya mengenai isu ini ialah saya menyokong 100% perlaksanaan sistem syariah dan "sistem hukum hudud" di Malaysia kerana berpendapat bahawa sistem ini adalah sistem yang dijatuhkan, disyariatkan dan dijalankan dengan penuh keadilan serta sistem ini dijalankan bukan tujuan menganiaya manusia bahkan menyelamatkan manusia dan harta benda... Selain itu sistem ini disyariatkan oleh pencipta manusia dan seisi alam ini (Allah)... sudah pastilah pencipta alam ini mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya... sewajarnya pihak yang bertanggungjawab khususnya kerajaan Malaysia yang beragama Islam melaksanakan tuntutan agama... kerajaan Malaysia mendakwa negara Malaysia ialah sebuah negara Islam di kaca mata dunia, jadi seharusnya kerajaan Malaysia membuktikan dakwaan mereka dengan melaksanakan hukum Islam (hukum hudud)... kepada orang yang bukan beragama Islam, anda janganlah bimbang kerana "sistem hudud" telah dijamin keadilan dalam pelaksanaannya dan anda tidak akan dizalimi sama sekali...

kepada yang mampu melaksanakannya, lakukanlah apa yang diperintahkan-Nya kerana kita hidup di dunia ini cuma sementara. sampai masanya pencipta kita akan menjemput kita mengadap-Nya... disana nanti kita akan disoal mengenai pelaksanaan hukum yang Ia syariatkan di dunia dahulu... ingat siksaan di akhirat kekal selamanya... jadi fikir-fikirkanlah dan laksanakannya selagi masih ada masa...

10 Negara Perokok Terbesar Di Dunia

10 Negara Perokok Terbesar di Dunia

1. China = 390 Juta Perokok Setahun

2. India = 144 Juta Perokok Setahun

3. Indonesia = 65 Juta Perokok Setahun

4. Rusia = 61 Juta Perokok Setahun

5. Amerika Syarikat = 58 Juta Perokok Setahun

6. Jepun = 49 Juta Perokok Setahun

7. Brazil = 24 Juta Perokok Setahun

8. Bangladesh = 23.3 Juta Perokok Setahun

9. Jerman = 22.3 Juta Perokok Setahun

10. Turki = 21.5 Juta Perokok Setahun

Isnin, 3 Oktober 2011

Ahmadinejad Mencadangkan Langkah Mudah Selesaikan Isu Palestin Di PBB

03/10/2011, TEHERAN -: Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad mengesyorkan satu "langkah mudah" bagi menyelesaikan konflik berpanjangan antara negara Palestin-negara haram Israel iaitu "semua pendatang haram zionis mesti pulang ke negara masing-masing".

“Sekiranya negara-negara yang menyokong rejim Zionis laknatullah mahu isu ini diselesaikan, jalannya mudahnya senang sahaja... setiap pendatang haram yang dibawa masuk oleh rejim zionis laknatullah ke Palestin mesti pulang ke negara asal (negara sebelum mereka datang ke Palestin). Sesetengah orang miskin dibawa masuk ke negara Palestin dengan jaminan keselamatan dan pekerjaan sehingga menjadikan rakyat Palestin sendiri sebagai pelarian di negara mereka sendiri. Jadi sekarang rakyat Palestin sepatutnya diberi hak di tanah air mereka sendiri dan pendatang haram yang dibawa masuk oleh rejim zionis laknatullah mesti berambus dari bumi Palestin." kata Mahmoud Ahmadinejad di dalam satu persidangan antarabangsa.

Mahmoud Ahmadinejad juga berkata demikian sebagai reaksinya terhadap tindakan berdolak-dalik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam menyelesaikan konflik negara Palestin yang mana negara Palestin memohon badan dunia itu mengiktirafnya sebagai sebuah negara yang berdaulat dan merdeka. Persidangan antarabangsa mengenai Palestin telah diadakan di Teheran selama 2 hari dan dihadiri oleh ahli Parlimen dari 20 buah negara dan ketua negara termasuk pemimpin Hamas, Khaled Meshaal.