Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Isnin, 3 Oktober 2011

Ahmadinejad Mencadangkan Langkah Mudah Selesaikan Isu Palestin Di PBB

03/10/2011, TEHERAN -: Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad mengesyorkan satu "langkah mudah" bagi menyelesaikan konflik berpanjangan antara negara Palestin-negara haram Israel iaitu "semua pendatang haram zionis mesti pulang ke negara masing-masing".

“Sekiranya negara-negara yang menyokong rejim Zionis laknatullah mahu isu ini diselesaikan, jalannya mudahnya senang sahaja... setiap pendatang haram yang dibawa masuk oleh rejim zionis laknatullah ke Palestin mesti pulang ke negara asal (negara sebelum mereka datang ke Palestin). Sesetengah orang miskin dibawa masuk ke negara Palestin dengan jaminan keselamatan dan pekerjaan sehingga menjadikan rakyat Palestin sendiri sebagai pelarian di negara mereka sendiri. Jadi sekarang rakyat Palestin sepatutnya diberi hak di tanah air mereka sendiri dan pendatang haram yang dibawa masuk oleh rejim zionis laknatullah mesti berambus dari bumi Palestin." kata Mahmoud Ahmadinejad di dalam satu persidangan antarabangsa.

Mahmoud Ahmadinejad juga berkata demikian sebagai reaksinya terhadap tindakan berdolak-dalik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam menyelesaikan konflik negara Palestin yang mana negara Palestin memohon badan dunia itu mengiktirafnya sebagai sebuah negara yang berdaulat dan merdeka. Persidangan antarabangsa mengenai Palestin telah diadakan di Teheran selama 2 hari dan dihadiri oleh ahli Parlimen dari 20 buah negara dan ketua negara termasuk pemimpin Hamas, Khaled Meshaal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan