Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Rabu, 12 Oktober 2011

Hamas Dan Kerajaan Haram Israel Bersepakat Melakukan Pertukaran Tahanan

12/10/2011, GAZA :- Ketua biro politik Hamas, Khaled Meshaal berkata diantara syarat pertukaran tahanan yang dipersetujui diantara kerajaan Hamas dengan kerajaan haram Israel ialah seorang tentera Zionis laknatullah iaitu Koperal Gilad Shalit akan diserah kembali ke kerajaan haram Israel dangan syarat pertukaran itu menyamai dengan pembebasan seramai 1000 tahanan lelaki 27 tahanan wanita warga Palestin yang ditahan secara haram di penjara rejim zionis dan pertukaran itu akan dilakukan dalam bentuk 2 fasa.

Seramai 450 orang tahanan warga Palestin akan dibebaskan dalam fasa yang pertama dan ia mesti dilakukan dalam masa seminggu. Seterusnya seramai 550 tahanan warga Palestin lagi akan dibebaskan pada bulan hadapan (bulan november) bagi fasa yang ke-2. Khaled Meshaal juga berkata bahawa di dalam perjanjian pertukaran tahanan dengan kerajaan haram Israel, semua tahanan warga Palestin yang ditahan di penjara musuh akan dibebas serta merta.

* pihak HAMAS akan sentiasa berwaspada dalam setiap rundingannya dengan pihak musuh...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan