Selamat Datang ke blog sautulhaqq

Selasa, 18 Oktober 2011

Hari Bersejarah Buat Gaza, HAMAS Dan Palestin

19 Oktober 2011 - Puluhan ribu rakyat Gaza keluar bagi menyambut dan meraikan pembebasan tahanan Palestin yang ditahan di penjara yahudi laknatullah. Pembebasan tahanan warga Palestin merupakan salah satu perjanjian di dalam perjanjian yang ditandatangai di Mesir mengenai pertukaran tahanan antara kerajaan haram Israel dengan HAMAS. PM HAMAS di Gaza, Ismail Haniyeh turut menyertai masjlis sambutan kepulangan tahanan Palestin dan menyifatkan ianya adalah sesuatu yang amat bersejarah bagi penduduk Palestin terutamanya penduduk semenanjung Gaza dan HAMAS.

Semua tahanan Palestin yang dibebaskan dari penjara yahudi laknatullah diarak beramai-ramai melalui jalan utama di Gaza iaitu Syarie Salah Eddin manakala beribu-ribu lagi rakyat Palestin telah keluar di jalanraya sambil mengibarkan bendera Palestin dan sepanduk. Beribu-ribu anggota Briged al-Qassam telah membawa senjata automatik dan bertopeng bagi mengawal disepanjang jalan dari Rafah sehinggalah ke tempat sambutan di Bandar Gaza. Brigade al-Qassam setia menanti kedatangan tahanan Palestin yang dibebaskan dari Israel sejak pagi lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan